Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 1 November 2011

Pemuda PAS Jerantut Telah diPERKASAkan , SiapSedia Hadapi PRU13

Info terkini yang parlimen81 dapat ialah Pemuda PAS Jerantut telah diperkasakan . Beritanya bergini seramai lebih 500 orang Pemuda PAS dari cawangan-cawangan pAS di sekitar Jerantut telah di hantar mengikuti program jati diri pemuda PAS di Markaz Tarbiyyah PAS di Gombak pada minggu lepas . Diberitakan hampir 13 buah biji bas telah digunakan untuk mengangkut pemuda-pemuda ini ke program selama 3H2M yang berlangsung di Gombak .

Di program tersebut semua pemuda-pemuda PAS Jerantut ini telah menghadiri kuliah membina jati diri oleh Tuan Ibrahim Tuan Man , Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi .

Sementara itu diberitakan para pimpinan pemuda PAS yang terdiri dari Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz Nasrudin bin Hassan, & Yb Hj Salahudin bin Ayub pula telah memantapkan peserta-peserta ini dengan kaedah-kaedah gerak kerja politik  dan ketahanan diri dalam perjuangan.

p81 telah salin tentatif program ini dari laman web program tersebut :

HARI PERTAMA : 28 OKTOBER 2011 - JUMAAT

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran Peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar & Al Ma'thurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat Program Oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 pm : Urus & Hemat Diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur & Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib Berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Perasmian oleh Al Fadhil Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Aam PAS
8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam
9.40 - 11.40 pm : Pidato Tarbawi oleh Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz Nasrudin bin Hassan, Syeikh Ahmad Najjar [ dari HAMAS Palestine ] & Yb Hj Salahudin bin Ayub
12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur



HARI KEDUA : 29 OKTOBER 2011 - SABTU

4.30 - 5.10 am : Qiamullail & Munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah & Al Ma'thurat
6.10 - 6.50 am : Kuliah ar Ruuhiyah oleh Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri & Sarapan Pagi
8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1 oleh Dr.Mahdi Akef mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin
9.30 - 10.20 am : Rehat
10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi oleh Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri. Moderator : Ust Syed Abdul Kadir Al Joofre
12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur Berjamaah.
2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Landskap Politik Semasa oleh Dato' Mustafa Ali, Ustaz Dato' Abu Bakar Chik. Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban
4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah & Al Ma'thurat
5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah
6.15 - 7.10 pm : Rehat & Makan Malam
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik oleh Al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa, Ahli Majlis Syura Ulama'
8.40 - 9.00 : Solat Isyak Berjamaah
9.15 - 11.45 pm : Ceramah Pentas Pemuda oleh Tuan Haji Muhammad bin Sabu (Timbalan Presiden PAS Pusat), Dr. Kamal Al Helbawi ( Wakil Ikhwanul Muslimin Mesir), Yb. Dato' Mahfuz Umar (Naib Presiden PAS) & Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia. Kata-kata aluan oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) dan dipengerusikan Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM).


12.00 am : Program ditangguhkan


HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - AHAD

4.30 - 5.40 am : Qiamullail & Munajat
5.50 - 6.30 am : Solat Subuh Berjamaah & Al Ma'thurat
6.35 - 7.20 am : Kuliah Ar Ruuhiyah 2 oleh Ustaz Idris Ahmad, Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat
7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri & Sarapan Pagi
9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda : Tajuk : Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda oleh Ust Nasrudin Hassan Tantawi, Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Iskandar al Hiss
10. 05 - 11.00 am : Rehat
11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1 oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah
1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2 oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss & Sany Hamzan (Pengarah JPP DPPM).
4.45 pm : Solat Asar berjamaah, Al Ma'thurat, Doa Wehdah & Bersurai



Berdasarkan jumlah penyertaan dari Pemuda PAS Jerantut ini dan susunan program yang telah diaturkan itu menunjukkan pemuda-pemuda PAS Kawasan Jerantut sekarang dalam keadaan yang sangat teruja untuk berkhidmat sepenuh tenaga kepada PAS Kawasan Jerantut ini .

Jika 500 pemuda PAS Jerantut ini berjaya mengaplikasikan semua ilmu yang mereka dapat hasil dari pemukiman selama 3H2M tesebut dan memulakan segera gerak kerja mereka di semua cawangan PAS di Jerantut ini maka PAS Jerantut  tidak lagi bermasalah menghidupkan cawangan mereka dengan gerak kerja pilihanraya .

P81 percaya 500 pemuda itu mungkin mewakili 5 hingga 20 orang dari setiap cawangan PAS dari Jerantut ini . Maksudnya peranan pemuda-pemuda ini ialah menyebarkan pula ilmu yang mereka dapat ini kepada setiap ahli-ahli dalam cawangan mereka pula . Jika ini berjaya dilaksanakan maka para pimpinan PAS Jerantut sekrang ini sudah boleh goyang kaki dan tak sabar untuk menunggu NAJIB balik dari HAJI bagi mengumumkan tarikh pilihanraya.

Dua minggu lepas p81 juga mendapat maklumat bahawa hampir 20 orang pemuda PAS Jerantut juga telah dihantar ke seminar ICT dan Blogger PAS juga di Gombak .

Ini menunjukan PAS Jerantut juga kini benar-benar sudah benar2 meningkatkan indikator pilihanraya mereka keGEAR 3 menunggu masa sahaja untuk menekan gear 4 dan 5 .

2 hari lepas terdapat Mat sabu dapatang berceramah di jerantut dengan Cikgu bard .... dan diberitakan Nik Aziz juga akan turun ke Jerantut dalam bulan ini .  Secara rambang PAS Jerantut memang telah bersedia . UMNO juga telah bersedia dengan pelancaran pasukan media baru dan setiausaha yang baru , DAP bagaimana ? KITA nampaknya semakin aktif .

Tiada ulasan: