Salam 1 Jerantut
Tahniah MDJ kerana hasil usaha bersama dengan FA Jerantut dan Pejabat Belia Jerantut padang di Kompleks Sukan Jerantut kini akan dipasang dengan rumput tiruan bertaraf dunia .
Tender awal projek ini oleh KBS asalnya hanyalah memasang Padang Tiruan bersaiz 90mx45m yang bernilai lebih kurang anggaran RM1.2 juta tapi mengikut maklumat terikini dari pihak Majilis Daerah Jerantut , Mesyuarat Post Kabinet peringkat Kementerian Belia dan Sukan telah menyatakan persetujuan untuk membesarkan saiz padang rumput tiruan Padang FA Jerantut dari saiz 90mx45m kepada saiz 105mx68m .
Maka bolehlah orang Jerantut melihat aksi pasukan Pahang berlatih di padang ini nanti . Maka akan lebih ramailah pemain handalan dari Jerantut dapat dihasilkan untuk pasukan Pahang dan Malaysia.
Tapi dalam seronok bercerita pasal Jerantut dapat Padang Bopla Tiruan ini , parlimen81 masih lagi kesian dan sedih kerana rayuan belia Pulau Tawar untuk mempunyai Padang Bola Cow Grass jer masih tidak ditunaikan oleh pihak yang berwajib sila klik sini
Harap pihak berwajib tolonglah dengar rayuan belia Pulau Tawar itu dan juga belia-belia dari kawasan lain di Jerantut ini .
Nasihat Untuk Pembaca
"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)
Jumaat, 25 Januari 2013
Rabu, 23 Januari 2013
Listen Listen Listen - Semua Blogger & FB Group Jerantut di Gesa Highlightkan Isu-Isu Tempatan Jerantut
STOP sekejab kita bicara hal-hal Negara dan Luar Negara . Kita tumpu kepada isu Jerantut . Upload banyak-banyak gambar aktiviti di Jerantut , hal di kampung kita .
Maka blog parlimen81 dengan ini mengistiharkan bermula hari ini 23hb Januari hingga 22hb Februari 2013 sebagai bulan BLOGGER DAN FACEBOOK ISU TEMPATAN JERANTUT.
Harap blogger lain dan group facebook akan juga menyambut seruan blog parlimen81 ini.
sekian terima kasih
Ahad, 20 Januari 2013
Bekalan Air Terputus Lagi di Jerantut - Krisis Air Terawat di Pahang
Dalam sibuk-sibuk akhbar-akhbar dan TV TV bercerita pasal krisi air di Selangor dan satu-satunya kaedah penyelesaian yang ada dalam pemikiran ahli politik BN iaitu Langat2 dan Terowong Air dari Pahang ke Selangor maka tiba-tiba berlaku krisi air yang teruk di Jerantut pula pada minggu lepas. Tapi tiada akhbar dan TV yang melaporkannya kerana Jerantut bukan Ampang atau bukan Hulu Langat yang dibawah pemerintahan Pakatan Rayyat . Jerantut adalah dibawah pemerintah Barisan Nasional . Amat memalukan jika krisis air yang melanda Jerantut ini dihighligtkan dalam akhbar dan tv arus perdana .
Difahamkan menurut laporan-laporan dalam kumpulan FB Jerantut krisis bekalan air yang melanda Jeantut baru-baru ini adalah kerana loji bekalan air Batu Embun tidak dapat beroperasi secara normal kerana sumber air mentah sangat berkeladak yang menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup ( ia ke macam tipu jer sebab2 ini .... jawapan sebenar sila berhubung terus dengan PAIP Jerantut ... harap jawapan yang mereka beri tidak ada unsur penipuan)
Bila PAM berhenti beroperasi maka bekalan air terawat juga makin berkurangan untuk menampung hampir 25% akaun di sekitar Jerantut .
Anatara sebab sungai menjadi kotor adalah kerana berlakunya aktiviti perlombongan bijih yang tidak terkawal di hulu sungai . dalam kes ini ialah sungai Pahang sendiri dan Sungai Jelai yang menjadi punca kepada air mentah Loji Batu Embun.
Difahamkan aktiviti perlomboingan ini ada yang haram dan ada yang halal yang mana pemilikan lesennya dimiliki oleh ahli-ahli politik dan pemimpin disekitar Jerantut dan Lipis
Lombong bijih di hulu sungai Besol di Jerantut dan Sg Lik di Kerambit menjadi punca utama sungai menjadi keroh dan berkeladak. Parlimen pernah beberapa kali membuat entry dalam blog ini berkaitasn dengan krisis air di Jerantut tapi hanya dipandang sepi oleh pihak-pihak yang berwajib .
Jerantut Alami Krisis Air
Masalah Air di Jerantut Tiada Penyelesaian
PAIP Jerantut Kena Ambil Iktibar Kes PAM Rosak di Selangor
Selain Jerantut masalah terputus bekalan air ini juga berlaku u didaerah lain di negeri Pahang ni . Dalam ahli-ahli politik BN dan akhbar-akhbar dan TV TV pro BN sibuk dengan masalah air yang kononnya berlaku dio Selangor dan Kelantan rupenya masalah air yang kronik berlaku di negeri perdana menteri yang kita sayangi . Kenapa TV3 , RTM , UTUSAN , Kumpulan NST tak highlight kat muka depan isu ini . Kata perjuangkan rakyat tanpa mengira fahami politik ?
Lihat senarai dibawah ini masalah air yang berlaku di Pahang.

KRISIS AIR YANG KRONIK DI NEGERI PERDANA MENTERI MALAYSIA
KERANA TERLALU SIBUK MENIMBULKAN ISU MASALAH AIR DI KELANTAN, PERDANA MENTERI DAN SEKALIAN MENTERI MEMBIARKAN SAHAJA MASALAH AIR DI NEGERI-NEGERI BARISAN NASIONAL, PALING TERUK LAGI IA BERLAKU DI BEBERAPA DAERAH DI NEGERI PERDANA MENTERI SENDIRI.
Yang Lucunya, mereka datang ke Kelantan dan menawarkan jika memilih Barisan Nasional, masalah Air akan selesai di Kelantan dalam keadaan negeri mereka sendiri mengalami masalah yang sama.
Yang menarik, Isu Masalah Air di Negeri Barisan Nasional TIDAK PERNAH KELUAR dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian di FRONT PAGE sebagaimana mereka menimbulkan Isu Air di Kelantan, tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. TV3 melalui Slot Aduan Rakyat telah memaparkan ISU KELUHAN DAN RINTIHAN RAKYAT di Bera, Pahang. Saksikan di bawah paparan eksklusif sebagaimana yang telah disebarkan dalam facebook baru-baru ini.
Berikut dibawah kes-kes yang dilaporkan oleh Akhbar yang berlaku di Negeri Perdana Menteri, Janji Di Tepati
TEMERLOH: Laungan “mana rakyat didahulukan”, “mana janji ditepati” bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip.
Penduduk mendakwa, gangguan bekalan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.
KESIMPULANNYA
Jumaat, 18 Januari 2013
Parlimen Bubar 22 Februari 2013 ? Betul Ke ?
Ada khabar angin berkata bahawa terdapat cadangan untuk pembubaran Parlimen dan semua DUN dibawah BN pada 22 Februari 2013 iaitu hari Jumaat iaitu mengambil sempena keberkatan hari tersebut.
Difahamkan khabar angin juga mengatakan bahawa tarikh penamaan calon ialah pada 16 Mac 2013 ? dan tarikh pilihanraya ialah pada 30 Mac 2013 ?
Lagi sekali ingat tarikh ini :
Parlimen Bubar : 22 Februari 2013
Hari Penamaan Calon : 16 Mac 2013
Hari Pengundian : 30 Mac 2013
Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang . Pengerusi BN telah arahkan supaya semua bilik gerakan jentera BN dibuka selewat2nya pada 1 Februari 2013 .
Berapa bilik gerakan yang telah dibuka sekarang ini oleh BN Jerantut .
Apakah bilikan gerakan Pakatan Rakyat Jerantut juga telah mula dibuka atau adak terfapat arahan dari kepimpinan Pakatan Rakyat Jerasntut untuk mengerahkan bilikan dibuka sekarang ini .
Bersiap sediakah semua parti komponen BN dan PR dengan bendera dan banner untuk pilihan raya ini .
Apakah pula persiapan bahagian gerak gempur BN dan PR .
Sudah siapkah isu-isu yang ingin dimainkan sepanjang PRU13 nanti dan sudah siap sediakah BN dan PR untuk menjawap isu-isu yang akan dilontarkan oleh pihak lawan .
Rasanya sama ada BN atau PR telah ada senarai calon masing-masing.
Siapakah Calon Ahli Parlimen Jerantut ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Pulau Tawar ? UMNO vs PAS/PKR ?
Siapakah Calon ADUN Tahan ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Damak ? MCA/UMNO vs PKR/ DAP ?
Adakah BN calonkan lagi Tengku Lan , Dr Shukri , Wan Amizan dan Lau Lee kali ini atau BN Jerantut akan menampilkan semua muka baru ?
Adakah betul senarai calon PR Dr Hamzah , Ustaz Yuhanis , Ustaz Zakuan dan Cikgu Koh ?
atau masin-masing BN dan PR akan menawarkan calon baru ?
Kepada pengundi bijak2lah mengundi. Yang belum daftar maaf anda tak layak mengundi pru13 ini. Kepada jemaah tabligh marilah sama2 mengundi. tunaikan hak anda. anda tak mahu mengundi iyu hak anda tapi jgn pengaruhi rajan anda
Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .
Jumaat, 4 Januari 2013
PAIP Jerantut Kena Ambil Iktibar Kes PAM Air Selangor Rosak
PAIP Jerantut dan Pahang kena ambil iktibar dari kejadian kerosakan berganda yang menimpa 2 buah pam air kendalian SYABAS di Selangor . Dua PAM Air tersebut mengalami kerosakan yang hampir serentak dalam tempoh 24 jam yang menyebabkan hampir 500,000 isi rumah disekitar Ampang Wangsa Maju dan Cheras terputus bekalan air selama hampir seminggu. Noh Omar kata kejadian tersebut menunjukan Selangor tak mampu uruskan air (klik sini)
Orang Jerantut juga telah banyak kali juga mengalami keputusan bekalan air . Putus sikit-sikit adalah kadang-kadang ada paip pecah . Kadang-kadang sungai kotor sangat pam tak boleh beroperasi . PAIP kena pastikan jangan PAM air yang banyak di loji Batu Embun tu sampai rosak serentak seperti di Wangsa Maju . Jangan nanti pam air batu embun rosak dan pam air di Jengka 8 juga rosak , mati separuh Jerantut tiada air bersih . Huru hara jadinya rakyat Jerantut macam huru haranya penduduk disekitar Ampang , Cheras dan Wangsa Maju akibat kerosakan dua buah stsen pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu.
Mengikut ceritanya pam air Pudu Hulu rosak akibat kerosakan bekalan elektrik dan sementara itu kerosakan di pam air Wangsa Maju kerana kelima-lima pam air rosak serentak . ROSAK SERENTAK ? Ini semua salah kerajaan negeri Selangor lambat luluskan projek Langat 2 dan lambat luluskan pelan pembangunan pam tambahan di Wangsa Maju kata SYABAS (klik sini) Tapi kata seorang pakcik yang duduk di Kampung Mat Daling Ulu Tembeling pulak " Apa kaitan kerosakan serentak kelima-lima pam air di Wangsa Maju dengan Projek Langat dan Projek Pam Tambahan di Wangsa Maju ? Pelik bin ajaib " kata pakcik tersebut .
Tambah pakcik itu lagi "jangan nanti kalau pam air milik PAIP di Batu Embun rosak semuanya PAIP salahkan kerajaan Pahang lambat luluskan pembinaan embangan di Sungai Tekai pulak ".
Jadi p81 nak ingatkan PAIP Jerantut supaya sentiasa melakukan kerja-kerja predictive dan preventive maintenance terhadap infrasturktur pam air yang ada diseluruh Jerantut agar kejadian kelima-lima pam air rosak serentak di Wangsa Maju yang dibawah selenggaraan SYABAS tidak terjadi di Jerantut
Langgan:
Catatan (Atom)

.png)