Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 23 Januari 2013

Listen Listen Listen - Semua Blogger & FB Group Jerantut di Gesa Highlightkan Isu-Isu Tempatan Jerantut

Listen Listen Listen . Memandangkan PRU-13 telah hampir benar inilah masanya untuk kita menilai prestasi dan meminta bulan dan bintang dari ahli-ahli politik , parti politik dan jabatan kerajaan . Blog Parlimen81 menyeru semua blogger-blogger dan Facebook group samada blog perseorangan , blog masyarakat , blog anak muda , blog budak sekolah , blog kampung , group FB politik , group FB sedara mara , group FB budak sekolah , orang tua apa sahaja marilah sama-sama kita berbicara tentang isu tempatan kampung masing-masing , hal-hal kerbau lembu , hal hal kenduri khawin di kampung kita , hal-hal jalan kebun , hal hal masjid kampung kita  dan apa-apa hal asalkan ianya berkaitan dengan isu tempatan di Jerantut.

STOP sekejab kita bicara hal-hal  Negara dan Luar Negara . Kita tumpu kepada isu Jerantut . Upload banyak-banyak gambar aktiviti di Jerantut , hal di kampung kita .

Maka blog parlimen81 dengan ini mengistiharkan bermula hari ini 23hb Januari hingga 22hb Februari 2013 sebagai bulan BLOGGER DAN FACEBOOK ISU TEMPATAN JERANTUT.

Harap blogger lain dan group facebook akan juga menyambut seruan blog parlimen81 ini.

sekian terima kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam saudara,

Buat apa kita bercerita dan memaparkan keadaan kampung dan apa-apa yang berlaku hanya utk pilihanraya yg tinggal hanya beberapa lagi. sebelum ini apa pemimpin2 kita buat ? 24 jam berpolitik. sekarang nie semua rakyat perlu menilai apa yang pemimpin buat sepanjang mereka di beri amanah. jangan lah kita menjadi bodoh sepanjang hayat dipergunakan oleh mereka yg gila kuasa. bila perlu bertalu-talu mereka jumpa kita bila dapat kuasa dan amanah yg diberikan ke mana mereka berada ? fikir2 lah tuan2 biar kita menjadi raja sepanjang masa kerana kuasa sebenarnya ditangan kita.selamat berjuang.