Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 13 Mac 2013

Parlimen Bubar 15 Mac 2013 PRU-13 6 April 2013

UNIT RISIKAN berbisik lagi ke telinga BLOG PARLIMEN81 dan membuat spekulasi lagi bahawa Datuk Najib menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib akan menghadap Yang Dipertuan Agong hari ini Khamis 13 Mac  bagi memohon pekenan untuk membubarkan parlimen besok 15 Mac 2013 dan seterusnya membolehkan Pilihanraya Ke-13 dilaksanakan pada 6 April 2013.

Sepatutnya pembubaran dilakukan pada 22 Februari 2013 tetapi memandangkan terdapat masalah calon BN dibeberapa kawasan yang belum selesai maka terpaksa ditangguh sehingga esok . Dan kebetulan pula MB Selangor mengumumkan Selangor akan bubar selepas Chap Goh Mei . Maka PM Najb baru perasan bahawa jika beliau membubarkan parlimen 22 Februari 2013 maka ianya akan melukakan hati orang cina dan memberi mileage kepada MB Selangor . Jadi 27 Februari 2013 dirasakan masa yang sesuai untuk membubarkannya. Tapi kejadian di Lahad Datu telah mengaglkan lagi Pm Najib untuk membubarkan parlimen . Kini kejadian di Lahad Datu sudah agak reda dan kini masa yang sesuai untuk membuabarkannya iaitu bubar dihari yang mulia dalam segala hari iaitu hari Jumaat 15 Mac 2013.
Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang . Pengerusi BN telah arahkan supaya semua bilik gerakan jentera BN dibuka selewat2nya pada 1 Februari 2013 lalu . Dan sejak itu BN Jerantut begitu aktif dengan program KAS SAYANG JERANTUT yang tamat pada 24 Februari lalu dan dijangka disambung lagi beberapa hari.

Berapa bilik gerakan yang telah dibuka sekarang ini  oleh BN Jerantut . Apakah bilikan gerakan Pakatan Rakyat Jerantut juga telah mula dibuka atau adak terdapat arahan dari kepimpinan Pakatan Rakyat Jerantut untuk mengarahkan bilik gerakan dibuka sekarang ini .Bersiap sediakah semua parti komponen BN dan PR dengan bendera dan banner untuk pilihan raya ini .

Apakah pula persiapan bahagian gerak gempur BN dan PR .Sudah siapkah isu-isu yang ingin dimainkan sepanjang PRU13 nanti dan sudah siap sediakah BN dan PR untuk menjawap isu-isu yang akan dilontarkan oleh pihak lawan .

Rasanya sama ada BN atau PR telah ada senarai calon masing-masing.
Siapakah Calon Ahli Parlimen Jerantut ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Pulau Tawar ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Tahan ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Damak ? MCA vs PKR/ DAP ?

Ketika  BN masih dong dang dong dang dengan senarai calon-calonya samaada Tengku Lan , Dr Shukri , Wan Amizan dan Lau Lee kali ini atau BN Jerantut akan menampilkan semua muka baru ?
Pakatan Rakyat dah hampir pasti dengan senarai calon bagi setiap dun  dan parlimen iaitu PR Dr Hamzah , Ustaz Yuhanis , Ustaz Zakuan dan Cikgu Koh ?

Kepada pengundi bijak2lah mengundi. Yang belum daftar maaf anda tak layak mengundi pru13 ini. Kepada jemaah tabligh marilah sama2 mengundi. tunaikan hak anda. anda tak mahu mengundi itu hak anda tapi jgn pengaruhi rakan anda

Bagi BLOG PARLIMEN81 punya analisis dijangkakan BN akan menyapu bersih semua kerusi-kerusi yang ditandinginya melalui UMNO iaitu Parlimen Jerantut , DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar dengan pertambahan majoriti disetiap peti undi. Sementara itu DUN Damak BN di jangka akan kalah tipis dengan undi BN dijangka meningkat tapi Pakatan Rakyat akan menang di kerusi ini. Sementara itu analisis blog parlimen81 pula menjangkakan BN akan terus menguasai dewan undangan negeri pahang selepas PRU13 nanti. Pakatan Rakyat pula p81 jangkakan agak beruntung jika dapat mempertahankan kerusi yang dipegang oleh PKR dan PAS sekarang ini yang mana kerana analisis menunjukan sokongan melayu telah kembali kepada BN terutamanya diluar bandar yang mana 70% pahang adalah dari luar bandar. Walaubagaimanapun p81 jangkakan DUN Jengka akan bersaing sengit kerana ramai peneroka Felda adalah berasal dari Kedah dan Kelantan. Sementara DUN tandingan MCA seperti Bilut dan Teruntum akan jatuh ke PR sama seperti Damak. Sementara itu Triang dan Tras dijangka terus kekal dibawah Pakatan Rakyat . Jika Pakatan berjaya mempertahankan Beserah dan Semantan dan menambah Indera Mahkota maka  BN akan membentuk kerajaan Pahang dengan kemenangan sebanyak 34 kerusi berbanding dengan 42 kerusi yang ada. Tapi firsat p81 mengatakan bahawa PAS akan kehilangan semua kerusinya dalam PRU13 nanti dengan itu BN akan membentuk kerajaan dengan kemenangan 37 kerusi . Firasat p81 jga kuat mengatakan PKR akan kehilangan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .

6 ulasan:

Juanita Adam berkata...

mulia dalam segala hari iaitu hari Jumaat 14 Mac 2013? 14hb tu khamis ler...

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya penganalisis tarikh pun tak betul macammana nak jadi tok nujum yg boleh dipercayai

Tanpa Nama berkata...

Apa yg aku tau kalau tengku lan bertanding lg gerenti punya p 081 ni milik PR .. tanda tempat aku ckp ni . Suruh dia hantar perisik lain selain dr dk , hj rosdi tu jerantut ni musnah sebab kroni la dan yg rosak nama tengku lan adalah kroni.dan tanya ngan setiap org kg mau mana 1 jd ahli parlimen .. ampunkan patik tengku .

Tanpa Nama berkata...

selamat berjuang

Tanpa Nama berkata...

kpd penyokong tegar pas diharap jaga tingkah laku dan jaga bahasa, jgn dalam usaha anda ingin tunjuk diri anda sebagai penyokong sebenar sehingga terlupa menjaga adab sopan dan tutur kata. ini akan buat org di sekeliling akan berasa mual. maka akan merugikan pas itu sendiri. lebih baik diam dan biar jentera yg lakukan tugas, sampai masa kita luahkan pada kertas undi

Tanpa Nama berkata...

19 mac 2013 doh weeii...idok sabo nok memangkoh niee...apa cerr nie tuan presidenn...