Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 9 Mac 2013

Nasib Baik Bukan di Jerantut !!!! Confirm Barisan Nasional Menang Kat Perak PRU13

Ini bukan di Jerantut tapi di Perak sana dalam dun Behrang tempat adunnya yang lompak keluar parti PKR dan seterusnya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat  Perak . Dulu kawasan ini BN letak calon dari MIC dan kalah dengan Jamaludin majoriti 1000 lebih sikit . Kemudian jamaludin lompat keluar dari PKR dan jatuhlah kerjaan PR di Perak . 
Tapi nak cerita di sini dalam PRU 13 nanti MIC tak bertanding kat sini dah sebab UMNO akan ambil kerusi ini . Apapkah justifikasinya untuk UMNO bertanding dalam kerusi tradisi MIC disini . 
Senang jer . dulu kat sini pengundi India ada 19% . Itu adalah justifikasi untuk mana-mana tempat untuk melayakkan MIC bertanding . Jadi kenapa UMNO pulak bertanding kali ini apa justifikasinya . Sebab pengundi mengikut data terbaru PSR pengundi India sudah merosot dari 19% ke 12.7% jer . Jadi MIC tak boleh claim lagi kerusi ini . Tak layak untuk MIC claim keursi Behrang jika pengundinya hanya 12% . 
Wow kenapa sampai 7% drop pengundi India kat sini . Ada Persempadanan semula ke ? Tiada ? Jadi bagimana boleh drop . Lu tanya SPR and lu fikirlah sendiri . Dan yang lebih drastik lagi dulu kerusi ini hanya ada makhluk selain dari makhluk Melayu , Cina dan India hanya 0.22% . Data terbaru menunjukan makhluk lain kat sini dah naik jadi 9.6% . Wow kenaikan 9% lebih. Lagi sekali nak tanya SPR . Ada persempadanan semula ke ? Tiada ? jadi kenapa ada penurunan dan pertambahan yang bukan alang-alang ni.
Atau SPR melakukan pembetulan data pengundi yang dulu tersilap masuk DUN lain . itu mungkin salah satu jawapanya. ha Ha ha ...
Keputusan PRU 12 (2008)
N59 Behrang
Jumlah Pengundi : 18552
Peratusan Kaum : 
Melayu : 57.09%
Cina : 23.44%
India 19.25%
Lain-Lain : 0.22%

1. Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) (6,771)
2. Datuk M. Ramasamy (BN) (5,744)
Majoriti: 1,027
Jumlah undi: 13,027
Peratus mengundi: 70.22%
Undi rosak: 512
Penyandang: R. Apalanaidu (BN)
(Majoriti: 3,748 undi)

DATA PEMILIH (JUN 2012)


















N59 BEHRANG
Jumlah Pengundi : 22,546
Peratusan Kaum :
M : 12,624 (56%)

C :  4,888 (21.7%)
I  :  2867 (12.7%)
L :  2167 (9.6%)



Mungkin inilah jawapan standard dari SPR untuk persoalan p81 diatas itu :
SEBUAH buku Fakta Sebenar: Di Sebalik Dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR telah dilancarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya kelmarin. Buku ini menjawab semua soalan dan tuduhan yang kerap ditanya dan dimainkan oleh pihak pembangkang dan badan bukan kerajaan yang mempersoalkan tugas SPR.
Berikut adalah penjelasan yang terkandung di dalam buku ini.


APRIL 2012
DAKWAAN 1
SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti.
Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13.
Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam lokaliti berkenaan didaftarkan.
SPR menyedari kedudukan beberapa lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) diguna pakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan.
Perlu ditekankan bahawa pembetulan lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang sebenarnya mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.
Selepas tindakan pembetulan kedudukan pemilih mengikut lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing.
Tetapi ramai pemilih yang memberi maklum balas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.
Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

DAKWAAN 2
Kawasan mengundi Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR.
Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Bagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan lokaliti di dalam sesuatu daerah mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.
Apa yang sebenarnya berlaku dalam kes yang melibatkan alamat dalam lokaliti Khalid ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya yang mana proses ini dijalankan mengikut Peruntukan Subperaturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).
Khalid telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di bawah kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut, tanpa menyedari bahawa di lapangan yang alamat lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Justeru, lokaliti Jalan 16/2 di mana Khalid berdaftar ialah sebenarnya berada di bawah kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) dilaksanakan pada tahun 2004 SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan-pembetulan lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan lokaliti terhadap lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya di mana di atas muka bumi, lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen. Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.





Tiada ulasan: