Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 15 Jun 2012

Kerajaan BN Tambah Hutang Hadapi PRU13


Pilihanraya dah semakin hampir sangat . Budget tambahan dah dipohon oleh Datuk Najib sebanyak hampir RM14 billion . tak sampai 3 bulan dah habis hampir RM10.3 billion budget tambahan yang diluluskan pada Mac 2012 . Budget yang diluluskan pada tahun lepas untuk 2012 ialah hampir RM233 Billion. Maknanya untuk tahun ini dah hampir RM24 billion budget tamabhan . Parahlah Pakatan Rakyat nak bayar balik hutang nanti kalau berjaya memerintah Malaysia . Tapi tak pe yang untung adalah rakyat jelata . Ini sudah tentu budget khas untuk pilihanraya. Dari sekarang hingga hari pilihanraya rakyat akan dapat habuan dari budget ini . kalau budget dapat dalam bulan July maka ada 3 bulan utk perabihkan budget ini untuk rakyat . Rakyat boleh minta jalan baru . boleh minta baiki rumah . boleh minta duit belanja raya . boleh minta jalan nak ke kebun . boleh minta tampal jalan lubang2 . YB pulak boleh buat macam2 program kat kawasan nya . Untungnya rakyat . Kontraktor pun untung . dah lama poket kering . inilah masanya nak cekau sikit sorang projek segera margin beso.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini membentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) bagi memohon peruntukan tambahan berjumlah RM13,795,345,000 termasuk RM360 juta bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai peruntukan mengurus tambahan pertama tahun ini.
  
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
  
Ia antara lain bagi tujuan perbelanjaan pengurusan 14 kementerian, Perkhidmatan Am Perbendaharaan, SPR, Perbendaharaan dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
  
Menurut rang undang-undang itu, kira-kira RM11.2 bilion akan disalurkan kepada Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Kementerian Kerja Raya (RM446 juta) diikuti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (RM404 juta). 
Sejumlah RM360 juta akan diperuntukkan kepada SPR, Kementerian Dalam Negeri (RM353.5 juta), Kementerian Pertahanan (RM210 juta), Kementerian Pelajaran (RM195 juta) dan JPM (RM112.9 juta).
  
Ia merupakan peruntukan tambahan kepada RM232.8 billion peruntukan bagi Belanjawan 2012 yang diluluskan tahun lepas.

Tiada ulasan: