Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 9 Mei 2012

SAH !!!! PM NAJIB BERTANDING DI PARLIMEN JERANTUT PRU13

PM Najib diberitakan telah berbisik kepada Tengku Lan di Jengka 8 baru-baru ini bahawa beliau bersedia untuk bertukar kerusi dengan Tengku Lan . Tengku Lan akan bertanding di Pekan yang telah confirm BN akan menang besar sementara itu Datuk Najib akan menggunakan pengaruhnya yang tengah meletup-letup sekarang ini untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jerantut . 

Kalau melihat kepada sambutan yang diberikan oleh rakyat Jerantut yang menyambut kunjungan beliau ke Jengka 8 hari Selasa lalu . Maka amat mudah untuk Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menang kerusi Parlimen Jerantut . Peneroka-peneroka yang telah dijanjikan dengan RM15,000 setiap keluarga sudah tentu satu keluarga akan memberikan sokongan 100% kepada Datuk Seri Najib .

Jentera BN di Jerantut sudah tentu tiada ada masalah untuk digerakkan bagi memenangkan Datuk Najib . Tidak akan ada lagi perpecahan atau cas keting diantara penyokong Dato Wan Amizan dan penyokong Dato Dr Shukri di bilik gerakan disekitar Jerantut . Semua ahli akan bersatu di belakang Datuk Najib .

Yang menjadi persoalan sekarang ialah kerusi Dun Tahan . Siapakah yang akan mengantikan Datuk Wan Amizan yang akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Datuk Najib . Kalau mengikut gambar disebelah ini dah sah Dato Dr Shukri telah direstui sebagai calon DUN Pulau Tawar kerana berjaya mengerakan hampir 50,000 orang membanjiri Jengka 8 yang terletak didalam DUN Pulau Tawar.

to be continue ..... please come back later untuk mengetahui kenapa Datuk Wan Amizan tidak direstui oleh Datuk Najib






Tiada ulasan: