Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 17 Jun 2011

Tahniah Bekas Ketua Wanita UMNO Jerantut

 Tahniah kepada bekas Ketua Wanita UMNO Jerantut dan juga bekas Guru Besar SK Gintong kerana telah di pilih sebagai Peladang Jaya Negeri Pahang 2011 baru baru ini .

Bangga sungguh p81 kerana seorang lagi kepimpinan UMNO Jerantut telah berjaya menjadi peladang yang berjaya . Kejayaan ini bukan setakat kejayaan di peringkat daerah tapi telah diiktiraf di peringkat negeri Pahang dan Malaysia .

Dulu bekas setiausaha UMNO Bahagian Jerantut juga telah diplih sebagai Peladang Jaya peringkat Pahang pada tahun 2000  (klik sini) dan peringkat kebangsaan pada tahun 2002 (klik sini).  kini seorang lagi telah berjaya di perngkat negeri Pahang . Harap-harap dia juga akan berjaya  diperingkat Malaysia nanti .

Harap dengan kejayaan bekas ketua wanita bahagian jerantut ini akan menjadi pembakar semangat kepada lain-lain wanita umno untuk menjadi petani yang berjaya . Agaknya kalaulah Datuk Nazilah ini kekal sebagai ketua wanita umno dulu tentu ramai wanita akan menjadi peladang yang berjaya .

Ketua wanita yang baru ini pula juga adalah seorang usahawan . Dengar cerita ketua wanita sekarang ini ada  buat rombongan lawatan sambil belajar ke Vietnam pagi ini . Banyak boleh wanita umno belajar kat sana tu . Belajar macam mana nak menembak . boleh buat pusat latihan menembak kat jerantut nanti . belajar menyusur cabang2 sungai mekong . nanti boleh usahakan macam mana nak buat perkara yang sama kat pulau mansuk ke kat sungai betong ke kat feri ke menyusuri pulau dedari.  orang sana makan babi tapi awak janganlah pula makan babi tu .... pilih lah makanan halal . kalau kat sana awak pandai memilih mana yang halal dan mana yang haram . harap-harap bila balik nanti awak semua tahulah mana halal mana haram ye . jangan semua awak sebat je . belajar macam mana org sana ternak lebah . nanti boleh buat ladang lebah tualang terbesar kat malaysia kat tembeling . belajar macam mana operasi pasar ben thant . nanti boleh buat pasar pelbagai macam ben thant kat kat area station keteapi jerantut tu. jangan lupa borong banyak2 baju dan kain kat sana tu . raya dah nak dekat ni . baju kurung kat sana lawa-lawa tu . nanti raya pagi pakai baju lain petang pakai baju lain malam pakai baju lain .... tunjuk kat orang kampung semua awak ada baju lawa.

ehh lupa nak tanya berapa kos keseluruhan rombongan ke vietnam ni ? semua guna duit sendiri ke atau ada org sponsor ?

lagi satu lupa nak tanya bekas ketua wanita yang dapat gelaran peladang jaya tu ..... 3 hektar je ke awak dapat tanah anugerah kerajaan tu ? matnye sikit ngat , rugilah awak tak mintak banyak2 .... orang lain boleh dapat sampai 50 ekar !

lagi satu , agaknya bilalah ada seorang petani kat jerantut tu nak dapat gelaran Peladang Jaya peringkat daerah jerantut . kalau tanya orang pertanian , orang fama jerantut tu hampir semua kenal orang tu tapi dia tak masuk politik so tak dapatlah gelaran peladang jaya . kalau nak ikutkan dia tu boleh dapat gelaran PELADANG JAYA MALAYSIA.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yer ke p81, mantan ketua wanita umno tu merupakan mantan pengetua tahap?

Tanpa Nama berkata...

yer ke p81, mantan ketua wanita umno tu merupakan mantan pengetua tahap?