Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Ahad, 19 Jun 2011

Pilihanraya Masjid - Ketakutan Yang Amat Sangat Pemimpin UMNO

Sejarah dari dahulu sampai sekrang bila ada pemilihan AJK masjid secara pemilihan oleh ahli kariah masjid maka kebanyakan AJK yang akan menang dalam pemilihan tersebut adalah orang yang cenderung menyokong PAS .

Sebab itu sejak beberapa tahun yang lepas semua negeri dibawah kepimpinan UMNO telah menukar kaedah pelantikan AJK masjid atau surau dengan pengerusi akan dilantik oleh pihak berkuasa agama daerah atau negeri (yang mana nama yang dicadangkan adalah yang telah ditapis oleh kepimpinan UMNO cawangan kebiasaannya) .

Sebab itu bila ada hasrat dari kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pemilihanan secara undian dari kalangan ahli kariah maka berduyun-duyun kepimpinan UMNO membantah hasrat tersebut . Bermacam alasan dan kesalahan cuba di selongkar agar pemillihan itu tidak berlaku . Kerana UMNO amat yakin bila ini terjadi maka sudah tentu tidak akan ada dari kalangan AJK Masjid atau surau yang terdiri dari kalangan ahli UMNO .

Kaedah yang sama telah diamalkan di negeri Selangor dimana tidak ada sebarang masalah setakt ini . Pemilihan berjalan lancar dan masjid / surau lebih makmur dengan pengisian dan program surau yang sarat berbanding dengan kaedah lama dimana pengerusi dilantik oleh pihak berkuasa agama atas nasihat ADDUN Bn atau Ketua cawangan di kariah tersebut.

Sebenarnya UMNO tidak perlu membantah hasrat kerajaan Pulau Pinang itu . Apa yang UMNO perlu buat ialah menyedarkan ahli-ahli UMNO yang semakin lalai dan tidak ramai yang berjemaah dan mengimarahkan masjid  dan surau di kawasan masing-masing . Kalau kita lihat sekarang ini kebanyakan jemaah masjid yang mengimarahkan masjid adalah terdiri dari kalangan yang cendrung kepada PAS . Ini menunjukan bahawa PAS telah berjaya dalam program tarbiyah mereka untuk mendekatkan pengikut mereka dengan Allah S.A.W .

Sebab itu ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak dalam UMNO perlu mentarbiyah ahli-ahli mereka untuk dekat kepda Allah . Ahli-ahli ini umpama ketam akalu ibu mengiring maka anakpun jalan mengiring . jadi kepimpinan UMNO juga perlu berubah untuk dekatkan diri dengan masjid dan surau -surau bukan diwaktu maghrib maih lagi bersembang di padang bola buka puluk 3 pagi masih lagi di kopitiam .

Sedarlah wahai pemimpin UMNO kaedah yang hedak dilaksanakan di Pulau Pinang itu telah pernah dilaksanakan di semua negeri dibawah kepimpinan UMNO dan tidak menimbulkan masalah . Yang bermasalah ialah ahli dan pepimpin UMNO yang menjauhkan diri dari masjid dan surau bukan kaedah pemilihan tersebut.

Di Jerantut sendiri cuba kita jengok-jengok surau dan masjid diwaktu maghrib , isyak dan subuh siapa ahli-ahli jemaah yang sentiasa istiqamah berjemaah disana . Tepuk dada tanya selera .

Tiada ulasan: