Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 12 Mac 2011

Gempa , Tsunami dan Janakuasa Nuklear .

Selepasa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun semalam , dua janakuasa nuklear Jepun telah mengalami masalah . Apa yang berlaku sebenarnya dan apakah bahawa akibat masalah tersebut ?


Dua buah janakuasa nuklear di Jepun telah mengalamai masalah penyejukan di bahagian reaktor selepas kejadian gempa bumi . Ini menyebabkan kerajaan Jepun mengarahkan sebahagian penduduk dalam radius tertentu disekitar janakuasa tersebut berpindah dengan segera . Dijangkakan lebih ramai lagi akan dipindahkan . Terdapat 5 reaktor yang mengalami masalah penyejukan sekarang ini iaitu 2 di janakuasa Fukushima No. 1 dan 3 reaktor di janakuasa Fukushima No. 2.

Apa yang terjadi ?

Gegaran akibat gemba bermagnitud 8.9 telah menyebabkan rod kawalan reaktor dimasukan kedalam core  , ini adalah langkah keselamatan yang akan mengawal kadar aliran neutron yang berfungsi memecahkan atom uranium. Dalam kes ini , bila  kadar aliran neutron mengurang , ia menyebabkan tahap kepanasan dalam reaktor kurang dan ini menyebabkan suhu haba tidak berupaya  memanaskan air untuk menghasilkan stim bertekanan tinggi yg berupaya memutarkan turbine dan seterusnya eletrik tidak dapat dijana

Tetapi core ini walaupun sudah dikawal tapi masih lagi menghasilkan haba secara berterusan dan masih lagi sangat panas dan akan menyebabkan ia memanaskan air disekeliling reaktor tersebut dan air ini akan kering dalam tempoh yang singkat kecuali terdapat air sejuk yang akan berterusan dipam melalui menara reaktor (sama macam sistem penyejukan enjin kereta kitalah - dalam kereta kita ada water pump yang akan mengitarkan air melalui enjin dan masuk semula ke radiator untuk disejukan air tersebut ) . Tapi dalam kes nuklear plant kat jepun ini tsunami telah merosakkan sistem pembekalan talian grip ekektrik  yang akan dan seterusnya pump air eletrik tidak berfungsi untuk mengepamkan air ke reaktor dan menyejukan reaktor . Lebih memburukan sistem janakuasa diesel untuk backup eletrik juga telah rosak . ini menyebabkan hanya tinggal sistem backup dari bateri sahaja yang beroperasi .

Berapa Lama Bateri Boleh Tahan ?


Bateri dalam sistem ini hanya boleh tahan selama 8 jam sahaja . Oleh itu bateri baru atau generator baru perlulah segera di hantar kesini . Ini memerlukan tindakan kepakaran pengangkutan tentera untuk menghantar bateri atau generaor kesini .

Apa telah terjadi sekarang ?

Tiada siapa yang tahu keadaan sebenarnya . ada yang melaporkan bahawa tekanan  didalam reaktor sekarang telah mecapai tahap 50% lebih dari kadar biasa . Ini menunjukkan bahawa air yang digunakan untuk menyejukan telah menjadi sangat panas dan jika tidak dikawal segera boleh menyebabkan letupan yang akan menyebabkan malapetaka yang sangat besar melebihi malpetaka gempa dan tunami itu sendiri .

Adakah Pelepasan Radiasi Memberhayakan .

Pihak berkuasa kata , tak berbahaya tetapi mereka telah memindahkan semua orang yang tinggal dalam radius 10km dari janakuasa janakuasa tersebut . Pada tahun 1979 pelepasan radiasi pernah dilakukan di Theree Mile Island di Pennsyvania dan dilaporkan tiada kesan kesihatan dilaporkan .
 Pelepasa perlu di buat untuk mengurangkan tahap tekanan dalam reaktor . Biasanya pelepasan akan dilakukan jika tekanan mencapai tahap 1000psi . ( sama jika kita bandingkan dengan tangki gas asli yang kita lihat di kawasan perumahan aprtment atau dikilang atau pasaraya . setiap tangki gas tersebut mempunyai automatik pressure relief valve . Jika pressure mencapai tahap tertentu gas akan dilepaskan untuk kurangkan pressure dan mengelakkan letupan tangki .)

Adakah terdapat Kebocoran Radiasi .

Tidak Pasti . Bermacam-macam laporan yang bercanggah , setengah media jepun melaporkan tahap radiasi sekarang ini diluar janakuasa furushima No.1 adalah 8 hingga 9 kali dari tahap biasa . dan ini menurut mereka menunjukan terdapat kebocoran kecil . Sementara itu radiasi level di dalam janakuasa Fukushima No. 1 dilaporkan telah mencapai 1000 kali tahap biasa

Adakah Akan Menyebabkan Bencana Besar .



Seorang professor di Universiti Tokyo berkata , bencana akibat radioaktif seperti di Chernobyl adalah sangat tipis kemungkinan untuk berlaku . Walaupun dalam keadaan yang paling teruk sekali pun hanya kemungkinan terdapat sedikit kebooran dan peralatan akan rosak tetapi tidak mungkin berlaku letupan besar-besaran . Jika pelepasan tekanan dilakukan secara berhati-hati dan terkawal hanya akan terjadi sedikit kebocoran radiasi . Dan yang pasti kebocoran tidak akan melepasi radius 3 km 



petikan dari pelbagai sumber dan diolah dan diterjemahkan dan diubah suai mengikut lengok bahasa boleh difahami  ha ha ha ....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malaysia kena ada langkah keselamatan yang ketat untuk jankuas nuklear ni .....