Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 8 Oktober 2010

Prestasi Terkini Wakil Rakyat Dari Jerantut

Salam semua warga Jerantut . Kali ini parlimen81 ingin mengajak semua rakyat jerantut menyenaraikan apakah jasa-jasa yang telah di tinggalkan oleh setiap wakil rakyat sekarang yang masih mewakili rakyat di Parlimen Jerantut , DUN Pulau Tawar , DUN Tahan dan DUN Damak . Mungkin anda tahu apakah janji-janji yang dilaungkan oleh setiap pemimpin ini semasa melobi untuk menjadi calon parti dan calon pilihanraya ... cuba bezakan calon parti dan calon pilihanraya .... melobi menjadi calon parti ialah janji-janji semasa usaha-usaha untuk menjadi calon pilihanraya bagi mewakili partinya ... melobi dalam parti ... sementara melobi ketika pihanraya ialah janji-janji yang dilafazkan kepada rakyat dalam kawasan pilihanraya bagi mewakili parti yang diwakilinya.

Sementara itu setelah terpilih menjadi wakil rakyat apakah usaha-usaha yang telah dilakukannya sebagai mewakili kawasannya bagi memajukan dan meyuarakan kehendak rakyatnya kepada kerajaan yang memerintah . Perlu iningat samaada anda seorang wakil rakyat dari parti pemerintah atau parti pembangkang tugas anda yang utama ialah mewakili rakyat kawasan anda . Anda kena pastikan suara rakyat kawasan didengar di dewan rakyat dan di dewan undangan negeri .

7 ulasan:

chenerong ular berkata...

salam parlimen81,saya rasa tajuk yang anda minta penduduk di parlimen jerantut ini bincang atau tuliskan satu persatu,sama ada janji pilihanraya yang telah di lafaskan oleh calun2 semasa kempen pilihan raya telah terlasana atau tidak,apa perkara besar yang dijanjikan oleh calun2 bertanding masa itu?.janji yang paling asas selalu di sebut,AKAN BERKERJA SECARA JUJUR,IKHLAS,AKAN MENYELESAIKAN MASAALAH RAKYAT SETEMPAT,MENAIK TARAF EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT.NE DAH LEPAS PILIHARAYA?,MANA ADA BERKERJA SECARA JUJUR DAN IKHLAS,YANG ADA BERKERJA SECARA RAKUS UNTUK MENDAPATKAN HABUAN SENDIRI,BUKAN MENYELESAIANKAN MASAALAH RAKYAT,SELESAIKAN MASAALAH SENDIRI DAN PENYOKONG PARTI SENDIRI,BUKAN PENGUNDI,BUKAN MENAIKTARAFKAN SOSIO EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT,MENAIKTARAFKAN EKONOMI SENDIRI DAN PENYOKONG PARTI SENDIRI,DARI YANG KURANG HARTA, BAERAMBAH HARTA,KURANG KERETA BESAR TAMBAH KERETA BESAR,BERBIJI BIJI PULAK.TANAH BERTAMBAH BERIBU HEKTER,SEMUA BERTAMBAH,KERANA NAFSU BERTAMBAH SELEPAS PILIHAN RAYA, SEPATUTNYA SAUDARA SURUH PENGUNDI PERLIMEN81 TERMASUK DUN MENULIS,APAKAH PERKARA2 YANG TAK BAIK DAN TAK JUJUR YANG DILAKUKAN OLEH YB YB KITA DI JETRANTUT INI.

Tanpa Nama berkata...

jasa wakil rakyat ye.... sebearnya wakil rakyat tak boleh claim dia buat jasa ... sebab dia dipilih oleh rakyat untuk berkerja ...dai di bayar gaji .... kalau seorang pegawai daerah mengarahkan jurutera daerah menyiapkan jalan kampung adakah pegawai daerah itu berjasa ... memang dia berjasa tapi sudah menjadi kerja dia untuk mengurus daerahnya ...bukan duit dia pun .. serupa juga wakil rakyat bukan duit dia pun semua duit kerajaan ... kerajaan dapat duit dari cukai keatas rakyatnya ... saya kira wakil rayat itu sudah melaksanakan kerjanya jika dia menyuarakan apa sahaja kehendak rakyat kepada kerajaan yang memerintah .... lepas itu terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakannya ... tanggungjawab wakil rakyat sudah lepas ...

Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata...

Salam Tanpa Nama 00:43,
Tugas wakil rakyat bukan sahaja perlu bersuara kepada kerajaan tapi perlu mencadang, follow up dengan kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan, kadang-kadang perlu bertaki dan bertekak, punyai hubungan yang baik dan mesra dengan kerajaan dan pegawai-pegawai. Disamping faham kehendak komuniti bisnes, pemaju dan korporat. Juga ada hubungan dengan Raja. Sememangya wakil rakyat perlu mendampingi rakyatnya ambil tahu kehendak dan masalah mereka.

Tanpa Nama berkata...

Betul point yg wzwh bagi tu semua betul . faham kehendak golongan korporat , bisness dan pemaju itu juga betul kalau kehendak mereka itu ialah kehendak sebagai seorang rakyat ... Tapi kalau golongan itu menggunakan wakil rakyat sebagai pelobi mereka bagi kepentingan perniagaan mereka dan kemudian memberi imbuhan atas usaha wakil rakyat itu melobi sesuatu projek.dan kemudian wakil rakyat itu menerima imbuhan itu dengan senang hati .Itu bukan lagi kerja wakil rakyat tapi kerja lintah darat dan perasuah negara.

Tanpa Nama berkata...

Ramai rakyat salah faham tugas sebenar wakil rakyat ini . Dan wakil rakyat juga salah faham tugas sebenar mereka . Tugas wakil rakyat bukan memberi kain batik atau kain pelikat kat org ramai . Tugas wakil rakyat bukan mewakili risda , felcra menyampaikan bantuan saham kpd org ramai . Wakil rakyat tak perlu disambut dengan bunga mawar , wakil rakyat tak perlu meja khas di majlis2 tertentu . Wakil rakyat tak perlu berada diatas pentas bersama pegawai kerajaan atau menteri ... Wakil rakyat berada dibawah pentas bersama rakyat . Wakil rakyat perlu menjiwai rakyat

Tanpa Nama berkata...

wakil rakyat dan rakyat sekarang ini perlu membetulkan urusan, sekarang ini budaya meminta-minta dikalangan masyarakat melayu perlu dihentikan kerana faktor ini jugalah menyebabkan seseorang wakil rakyat itu terpaksa mencari wang samada jalan baik atau tidak baik bagi memenuhi kehendak puak meminta-minta itu

kalau kita nak hitungkan dengan gaji wakil rakyat sudah pasti tidak mampu untuk memberi kepada puak-puak berkenaan, sepatutnya gaji digunakan untuk keluarga dan belanja urusan-urusan mereka, peruntukan yang diberikan kepada mereka pula adalah untuk projek pembangunan yang boleh dikeluarkan melalui pejabat daerah

untuk itu rakyat perlu memahami keadaan ini..

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya rakyat masih belum memahami apakah peranan wakil rakyat, diantara peranan wakil rakyat ni secara kasarnya bolehlah dikatakan sebagai posmen rakyat.., apa yang aku nampak rakyat memahami apabila sebut je YB, rakyat mula berperanan untuk mintak duit dengan YB, yang meminta-minta ni kebanyakannya adalah dari orang Melayu, orang Cina tidak punyai masalah begitu. Dizaman yang semakin maju ini sepatutnya tidak berlaku lagi, wakil rakyat tidak punyai tunai melainkan wang gaji mereka yang sepatutnya untuk keluarga mereka, peruntukan yang diberikan kerajaan boleh dituntut di pejabat daerah melalui pengeluaran inden.., aku berpendapat kalau perkara ini berterusan dikalangan masyarakat tidak mustahillah berlaku penyalahgunaan kuasa dikalangan wakil rakyat dengan meminta wang dari taukeh2 cina...., renung!!!!!