Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 13 Oktober 2010

Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)

Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB)menjadi komitmen baru kerajaan untuk mengubah wajah kawasan pedalaman serta kampung terutama dari segi pembangunan prasarana serta usaha meningkatkan pendapatan penduduknya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat kawasan berkenaan dapat dibangunkan sejajar dengan dasar Model Baru Ekonomi (MBE) sekali gus membawa bersama luar bandar dalam arus pembangunan perdana negara.
Beliau berkata, sudah tiba masanya kawasan itu dilengkapi dengan prasarana lebih maju selain penduduknya mampu meraih pendapatan tinggi.
‘‘Saya ingin melihat wajah baru di kawasan luar bandar. Saya tidak mahu melihat petani-petani kita dalam keadaan miskin. Carilah kegiatan ekonomi yang ada nilai tinggi kepada mereka.
‘‘Umpamanya jika ada kawasan lapang, jangan jadikan ia tanah terbiar sebaliknya gunakan untuk tingkatkan pendapatan. Kita perlu mencari satu kegiatan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi,’’ katanya ketika berucap melancarkan PILB di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Terdapat tujuh teras pembangunan luar bandar dalam pelan berkenaan antaranya :
  • pembangunan modal insan dan pengupayaan masyarakat efektif; 
  • pembangunan ekonomi yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan serta 
  • pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang menyeluruh dan berkesan.
Perdana Menteri turut yakin pelaksanaan pelan berkenaan akan menyerlahkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara terbaik di dunia dari segi membela nasib penduduk luar bandar.
‘‘Selama ini pun kerajaan tidak pernah mengabaikan penduduk luar bandar dan ia terbukti daripada penubuhan beberapa agensi seperti Mara, Felda, Felcra, RISDA, TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Agrobank yang semata-mata untuk membantu penduduk luar bandar.
‘‘Atas asas itu saya katakan tidak ada kerajaan di dunia yang ada trek rekod membela nasib penduduk luar bandar seperti dilakukan oleh kerajaan Malaysia,’’ katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan penduduk luar bandar merasai limpahan nikmat secara seimbang dan secara menyeluruh hasil pembangunan negara.
Najib sementara itu, sedar dalam usahanya memberi yang terbaik kepada penduduk luar bandar akan terdapat pihak cuba menuding jari menyalahkan kerajaan kerana gagal melengkapkan kemudahan asas kepada penduduk luar bandar secara keseluruhan.
‘‘Ya, orang akan tuding jari kepada kita. Kampung ini tidak ada jalan lagi. Kampung ini tidak ada bekalan elektrik lagi. Ya, mesti ada saki baki yang belum diselesaikan lagi.
‘‘Mana mungkin dalam masa yang singkat kita melakukan segala-galanya. Tetapi saya percaya bagi kita tempoh 10 tahun akan datang, insya-Allah sebahagian besar agenda ini akan dapat disempurnakan,’’ katanya.
Beliau berkata, pelan itu juga adalah tanda usaha keras kerajaan untuk melengkapkan lagi kemudahan asas di saki baki kampung yang sehingga kini masih belum menerima bekalan air serta elektrik.
[Apakah Pelan Pembangunan Jerantut pula ?]

3 ulasan:

Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata...

Salam Parlimen81,

Salam UD,

Petikan Ucapan DS Najib semasa Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PILB) kelmarin.

‘‘Ya, orang akan tuding jari kepada kita. Kampung ini tidak ada jalan lagi. Kampung ini tidak ada bekalan elektrik lagi. Ya, mesti ada saki baki yang belum diselesaikan lagi.
‘‘Mana mungkin dalam masa yang singkat kita melakukan segala-galanya. Tetapi saya percaya bagi kita tempoh 10 tahun akan datang, insya-Allah sebahagian besar agenda ini akan dapat disempurnakan,’’ katanya.

Petikan dari blog Urag Drrulug.
"WZWH meminta terlalu banyak dan mungkin rakyat tidak dapat memberi sebanyak yang diminta. (Baca dibawah) 10 Tahun pada dasarnya adalah 2 penggal dan DUN Tahan sendiri sudah duduk dikerusi itu sepenggal".

Tidakkah DS Najib mengulangi apa yang WZWH cakap WZWH mahu pengundi DUN Tahan bagi WZWH dan YB Dato' Wan Amizan 10 tahun untuk majukan DUN Tahan!

chenerong ular berkata...

jika orang yang waras pemikiran nya,menunggu melebihi 50 tahun adalah terlalu lamaini nak sambung lagi 10 tahun,dah jadi 60 tahun lebih,campur lima tahun tempoh perlaksanaan projek dah jadi hampir 70 tahun,jika manusia yang mencecah 70 tahun keatas ne dah tak berapa sehat dah kecuali mok cik WOOK DI TRENGGANU TU JER YANG SEHAT WA-ALFIAT MENUNGGU KEPULANGAN SUAMI TERCINTA.Kita bukan bercakap sekarang tapi sejak dari dulu hungga ke sekarang tiada nampak titik2 permulaan,tak jadi pru 12,mintak tempoh sampai pru 13, 14, seterusnyalah,lu kira lah sendiri sampai PRU KEBERAPA,MUNGKIN YB YB YANG ADA NE PUN AKAN MATI DULU PRUJEK TAK SAMPAI2

p81 berkata...

Insyallah. Kalau pru13 nanti pakatan tak memerintah pahang dan seperti ramalan MB pahang ialah tengku lan maka tak syak lagi setpol MB pahang masa itu ialah WZWH . Parlimen81 ingin menjadi yg pertama mengucapkan tahniah utk WZWH.Tahniah !