Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 20 September 2010

Kisah Empat Ekor Katak.

Empat ekor katak duduk di atas sebatang kayu yang terapung di hulu sebatang sungai. Tiba-tiba batang kayu itu dihanyutkan oleh arus yang mengalir ke arah muara.Empat ekor katak itu gembira dan seronok kerana sebelum ini mereka tak pernah belayar.

Tidak berapa lama kemudian, katak pertama berkata, "Sesungguhnya batang kayu ini memang hebat. Ia bergerak seolah-olah ia hidup. Belum ada batang kayu yang seperti ini diketahui sebelum ini."

Kemudian katak kedua pula berkata, "Tidak wahai sahabat ku. Batang kayu ini sama macam batang kayu yang lain. Hanya air sungai yang sedang mengalir ke laut, dan menghanyutkan kita bersama batang kayu ini."

Selepas itu katak ketiga pula bersuara dan berkata, "Bukan batang kayu atau sungai yang bergerak. Pergerakan itu cuma dalam minda kita sahaja. Tanpa pemikiran, tidak ada apa-apa pun yang akan bergerak."

Kemudian ketiga-tiga katak itu mula berbalah tentang apakah sebenarnya yang bergerak. Perbalahan itu akhirnya menjadi semakin bising dan panas.Mereka akhirnya berpaling kepada katak keempat yang sejak tadi membisu sehinggalah tiga katak yang lain itu meminta pendapatnya.

Katak keempat itu berkata, "Setiap dari kamu betul, dan tidak ada antara kamu yang salah. Pergerakan itu sebenarnya batang kayu itu sendiri dan air sungai dan juga pemikiran kita."

Ketiga-tiga katak itu menjadi marah kerana tidak ada satu pun mahu mengaku yang pendapatnya adalah yang paling benar dan bahawa pendapat kedua katak lain adalah salah sama sekali.

Kemudian sesuatu yang aneh berlaku. Ketiga-tiga katak bersepakat dan menolak katak keempat dari batang kayu dan jatuh ke dalam sungai. Maka ‘the moral of the story’ memang begitulah perangai ‘orang kita’, tidak suka kepada orang yang bijak dan berkata benar terutama orang yang lebih bijak dari mereka. Mereka akan sumpah jadi batu seperti Sang Kelembai atau dibunuh seperti Hang Nadim.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.Ramai pemimpin pemimpin dalam UMNO yang bijak bijak telah ditolak keluar.Yang tinggal hanyalah yang hampas hampas yang tak berguna aje.Tu sebab UMNO membusuk

SPU berkata...

Sila maklumkan jika blog tuan masih ingin dilinkkan dalam blog SPU dengan menghubungi email atau komen di posting di blog SPU, terima kasih.

chenerong ular berkata...

SATU CONTOH TELADAN YANG BETUL,MEMANG BERLAKU,SELAGI MANUSIA MEMPUNYAI NAFSU YANG RAKUS,MENGEJAR KUASA,PANGKAT,KEDUDUKAN DAN PENYOKONG YANG SETIA UNTOK MENGELILINGI MEREKA,IANYA AKAN BERLAKU TAK KIRA DI KELOMPOK, UMNO,PAS PKR ATAU PATI2 LAIN YANG ADA DI MALAYSIA,SEBAB BUKAN 100% pemain politik ini,mempunyai niat seiring denagn perbuatan dan tingkah laku yang di zahirkan oleh mereka,kata muda,CAKAP TAK SERUPA BIKIN. WASALLAM

Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata...

Salam Parlimen81,
Parlimen81 eluk tanya SPU tu "ajak-ajak ayam ke" ha ha ha. WZWH dah hantar komen minta link kat SPU. Sampai hari ni komen WZWH tidak pernah keluar. Sepatutnya selepas komen Azli Shukri keluar komen WZWH. Ternyata SPU "takut sungguh" blog WZWH link kat SPU sebab mungkin atas sebab-sebab agenda politik SPU yang setia kepada 'MASTER"nya dibelakang. Atau mungkin SPU sakit hati tengok sekiranya dilinkkan blog WZWH sudah tentu blog WZWH sentiasa teratas sebab kerap keluar posting. The fact is that SPU is afraid dan pengecut dengan blog WZWH.The most double standard and bias and hippocratic blog in Jerantut.

Tanpa Nama berkata...

Sala,

Aku macam biasa dengar cerita ini, yang di ajar oleh mahaguru dari Ulu Cheka. Apa pun cerita kiasan ini banyak pengajaran nya untuk di jadikan panduan. Yang penting nya sangat relevan.

Tanpa Nama berkata...

salam,
bagus p81,saudara menulis sambil beraramal.curahan idea untuk membentuk sahsiah manusia amat dituntut oleh agama.jadikan blog anda sebagai blog mendidik insan agar mengenal diri sendiri.kebanyakan blog yang ada di jerantut sekarang ini banyak yang buka aib orang.mereka lupa janji tuhan bahawa pembuka aib orang akan dibuka aibnya pula oleh allah.senarai pendahulu blogger yang suka buka aib orang dan tidak bermaruah ialah:
1.patpatsikuberulat
2.cawan tembaga
3.spu(LIHAT POSTINGNYA HARI INI 20.9.10)