Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Ahad, 12 September 2010

Janji Tengku Lan

Beberapa hari sebelum pilihanraya 2004 . Kampung saya telah didatangi oleh Tengku Azlan untuk bertanya khabar penduduk .... itulah kali pertama sejak beliau menang pilihanraya pada tahun 1999 beliau kembali ke kampung saya. Masa itu beliau datang dengan diiringi oleh beberapa belas orang pengikut setia (mungkin kaki bodek setia). Tak silap saya masa itu beliau menaiki kereta X5 . dan pengikut-pengikut setia begitu bangga sekali bercerita kepada orang kampung akan kehebatan kereta Tengku Azlan .

Kebetulan pada masa itu saya berada di kedai kopi tempat Tengku Lan singgah berjumpa dan bersalam dengan penduduk kampung . Habis satu kedai dibelanja oleh Tengku Lan pada hari itu . Huh bangga sungguh saya sebab kena belanja oleh Tengku Lan ... Baik sungguh hati Tengku Lan .Terima kasih tengku Lan sebab belanja saya air teh hari itu (teh masa tu hanya 80 sen secawan). Kalau saya tahu Tengku Lan nak datang dan belanja hari itu awal-awal saya dah order lamb chop yang mahal-mahal .

Kebetulan bila Tengku Lan sampai kekedai itu kerusi dihadapan saya dimeja yang sama kosong dan jadi Tengku Lan pun duduklah berhadapan dengan saya dan bersembang-sembang dengan semua yang duduk dimeja saya itu . Saya tak sembang pun dengan Tengku Lan ini . sebab saya muda sangat lagi masa tu saya cuma jadi pendengar yang setia sahaja . Tapi satu sahaja janji Tengku Lan yang sangat-sangat yang saya ingat sampai hari ini ketika sesi sembang-sembang itu ialah rayuan Tengku Lan kat orang kampung yang duduk semeja dengan dia hari itu ialah Tolonglah bagi peluang kat dia sekali je lagi . Lepas ni habis penggal tu dia dah tak nak jadi calon lagi . dan lagi satu dia kata yang lebih kurang maksud nya "YB ni maksima 2 penggal dah cukup . Kalau lebih nanti orang dah tak suka atau dah tak effective . Sebab itu masa sesi sembang tu dia minta orang kampung beri dia peluang sekali je lagi untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat . Lepas penggal tu dia nak serah kat orang lain pulak .

Sebab itu bila masa pilihanraya tahun 2008 saya terkejut bila Tengku Lan lagi sekali menjadi calon BN bagi Parlimen P81 .

Tiada ulasan: