Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 22 Disember 2007

Rasa Sayang Club




Trip ke Jerantut Sabtu ni mungkin trip yang terakhir untuk tahun ini. Gua kangen nak tengok sendiri band Hujan yang tersohor ini bermain secara live. Dan gua dengar cerita gig-gig Hujan ni awek memang tak hengat punya ramai. Gig ni akan berlangsung kat Rasa Sayang Club, Jerantut iaitu venue yang sama Fury main tahun lepas. Lantainya licin dan gua cenderung untuk jatuh.Gua harap dalam trip untuk menengok band Hujan ni, hujan tak akan turun sekali sebab kalau hujan lebat maka jalan Kuala Lipis-Jerantut akan ditutup sebab air naik kat Mela/Kerambit.Gua ada beberapa MP3 Hujan yang gua dapat kat mana tak ingat dah. Diaorang punya demo tak boleh beli kat mana-mana selain daripada kat gig yang diaorang perform. Itu ler pasal gua memberi pengecualian dalam memiliki mp3 band Hujan ni dalam kompiter gua sebab CD mereka susah nak dapat. Nanti masa gig gua angkat la sekeping buat cover-line. Band ni skang popular dengan lagu Pagi Yang Gelap dan tak habis-habis kedengaran di corong radio sampai gua sendiri dah naik menyampah mendengarnya. Lirik diaorang pun macam haram dan nampak macam tibai je tulis. Namun Hujan is a very good band dan lagu-lagu diaorang sangat friendly dan catchy walaupun aura saduran tu sesekali terasa.

Tiada ulasan: