Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 29 Oktober 2013

Bolehkah Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal menjadi TPM pertama dari Sabah/Sarawak ?

Tiga tahun dari sekarang . Sebelum pilihanraya PRU14 , UMNO dijangka akan mengadakan pemilihan lagi sekali kepimpinan tertinggi parti. 

Datu Seri Najib semakin kukuh cengkaman beliau didalam UMNO , Muhyiddin tidak dapat berbuat apa-apa untuk merampas kedudukan Najib . Sementara itu sepupu beliau semakin lemah disemua negeri selain Pahang dan Johor . 

Bagi mencerminkan perpaduan yang kukuh gabungan Sabah , Sarawak dan Tanah Melayu dalam pembentukan Malaysia sudah tiba masanya seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik dari kalangan pemimpin paling popular dari Sarawak/Sabah . 

Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal dirasakan calon paling layak untuk menduduki kerusi TPM bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sahfie Apdal mendapat undi yang mengalakan dari pewakilan seluruh Malaysia . Hanya tertinggal beberapa undi dari Zahid Hamidi . 

Najib perlukan Shafie Afdal sebagai Timbalan beliau bagi mengantikan Muhyiddin Yassin . Pemilihan UMNO tiga tahun dari sekarang adalah medan terbaik uuntuk Shafie Afdal mencalonkan diri bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dari Sabah/Sarawak untuk Malaysia.

Zahid Hamidi tidak akan berani untuk mencalonkan diri sebagai TPM . Beliau adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang cepat berubah pendirian . Pengecut . Beliau adalah opportunis . Sudah tentu Najib tidak suka orang yang berpendirian begitu . Shafie Afdal adalah orang yang paling sesuai menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri  Malaysia bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin . Populariti Muhyiddin sebagai TPM tidak pernah teruji . Adalah baik bagi Shafie Afdal menguji populariti beliau . Tentu sahaja Datuk Seri Najib akan merestui Shafie Afdhal untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dari segi undian , sudah tentu pewakilan dari Kelantan , Terengganu , Pahang , Kedah , Selangor  , Sabah  , Perliis dan Negeri Sembilan akan menyokong beliau untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO . 

UMNO Jerantut juga perlu menyokong Shafie Afdhal . Beliau telah banyak memberi peruntukan kepada Jerantut dalam membangunkan infrsturuktur luar bandar . Shafie Afdhal ada talent dan aura seperti Obama ketika Obama mencalonkan diri sebagai calon Presiden Amerika dulu . Shafie Afdal perlu menggunakan kelebihan itu untuk mencalonkan diri dalam pemilihan UMNO yang akan datang sebagi calon Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Rabu, 23 Oktober 2013

Agaknya Siapa Yang Akan Mengisi Slot AJK Lantikan dalam UMNO Bahagian Jerantut

Mengikut perlembagaan UMNO , Cikgu Nazlan berkuasa melakukan perlantikan tambahan berikut kedalam jawatankuasa UMNO Bahagian:

1. Setiausaha
2. Bendahari
3. Ketua Penerangan
4. AJK dilantik dari kalangan Pergerakan Pemuda
5. AJK dilantik dari kalangan Pergerakan Wanita
6. AJK dilantik dari kalangan Pergerakan Puteri
7.  AJK
8.AJK
9.AJK
10. AJK

Beliau boleh melantik seramai sekurang-kurangnya 10 orang lagi jawatankuasa kepada 26 jawantankuasa yang dilantik dalam mesyuarat pewakilan pada 12 dan 19 Oktober baru baru ini .

ADUN Pulau Tawar yang kalah dalam pertandingan bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian baru baru ini juga layak berada dalam jawatankuasa umno bahagian menjadikan 11 anggota tambahan . Cumanya jika ADUN Pulau Tawar masuk kedalam jawatakuasa bahagian melalui kuata ADUN maka beliau tidak layak untuk mengundi dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa . Bagi melayakkan beliau mengundi maka beliau perlu dilantik mengikut kuata 10 AJK lantikan .

Agak-agak siapakah yang akan dilantik oleh Cikgu Nazlan bagi mengukuhkan kedudukan beliau dalam jawatankuasa UMNO Bahagian yang baru ini . Untuk kukuh beliau perlu melantik Setiausaha , Bendahari dan Ketua Penerangan dari luar jawatankuasa yang dipilih .

Kemungkinan ini akan berlaku ?

Setiausaha : Mustapha Maarof (orang muda kuat kerja)
Bendahari : Tengku Azlan
Ketua Penerangan : Dato' Kamaruzzaman Baria ( sifu cikgu nazlan)
AJK : Adzland Labit (wakil pergerakan pemuda)
AJK : Dr Ahmad Shukri Ismail

atau

Setiausaha : Mustapha Maarof (orang muda kuat kerja)
Bendahari : Dato' Lim Ah Chap
Ketua Penerangan : Dato' Kamaruzzaman Baria
AJK : Adzland Labit (wakil pergerakan pemuda)
AJK : Dr Ahmad Shukri Ismail

atau bawa fresh blood ke Jerantut  seperti berikut :

Setiausaha : Dr Zuraidi Ishak (SUPOL Menteri Pertanian)
Bendahari : Dato Sharif Shamsudin ( Ahli Perniagaan Terkenal Pahang)
Ketua Penerangan : Ahmad Saruji Abd Aziz (Lulusan MBA Havard University)
AJK : Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail
AJK wakil pemuda
AJK wakil wanita
AJK wakil puteri
AJK Mustapha Maarof
AJK Adzland Labit
AJK Cikgu Sofian

Selasa, 22 Oktober 2013

Kalimah Allah dalam Logo Negeri Pahang


Siapa yang beria berkokok konon nak jaga kalimah Allah ?  Logo negeri Pahang tertera kalimah Ya Latif yang merupakan salah satu antara Al Asmaul Husna yang bermaksud "Allah Yang Maha Lembut"

Kalimah yang dijadikan lambang resmi kerajaan negeri dalam urusan surat menyurat terkadang dicampak kedalam tong sampah, dipijak, dibuang sebagai sampah yang hina dan adakalanya ditampal dipakaian dan dipakai oleh orang bukan Islam serta bebas dibawa masuk ke tandas dan tempat-tempat maksiat. 

Sabtu, 19 Oktober 2013

Terkini Keputusan Pemilihan UMNO Jerantut - Cikgu Nazlan Tewaskan Wan Amizan





Tahniah kepada semua yang menang dalam pemilihan UMNO Bahagian Jerantut pada 19 Oktober 2013 di ADTEC Temin . Majoriti daripada 640 pewakilan UMNO Jerantut yang hadir daripada 658 yang layak mengundi hari ini telah memberikan mandat kepada Cikgu Nazlan (352 undi) iaitu Ahli Parlimen Jerantut untuk menerajui UMNO Bahagian Jerantut . Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Mohd. Zukarmi Abu Bakar berkata, sebanyak 18 perwakilan tidak hadir iaitu tiga dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, Dun Damak (lapan orang), DUN Pulau Tawar (lima orang) dan masing-masing seorang dari UMNO Bahagian Jerantut serta Pergerakan Puteri UMNO. "Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau perkara tidak diingini dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan kerana menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi serta saling menghormati antara satu sama lain. "Sesi pemilihan dimulakan dengan penyandang Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan berakhir dengan perwakilan dari DUN Tahan," katanya.

Terima kasih kepada Tengku Azlan (286 undi) yang telah melaksanakan tugasnya selama 3 penggal . Terima kasih kepada Wan Amizan yang telah memberikan sokongan padu (ye ke?) selama ini kepada Tengku Azlan . Sekarang buktikan bahawa anda adalah UMNO sejati dengan memberikan sokongan padu (boleh ke?) pula kepada Cikgu Nazlan . Kepada Tengku Lan, walau kalah Tengku tetap masih boleh menyempurnakan manifesto Tengku untuk membina bangunan UMNO Jerantut dan mengembalikan DUN Damak kepada calon UMNO. Ahli UMNO sudah menunggu bangunan ini sejak mula Tengku mengambilalih Kepimpinan UMNO Jerantut 3 penggal yang lepas . Wan Amizan dan Nazri Ngah adalah penyokong Tengku maka tanggungjawab membina bangunan tetap berada dibawah tanggungjawab bersama Wan Amizan dan Nazri Ngah. Jika jiwa Tengku berada dalam UMNO Jerantut maka bantulah UMNO Jerantut untuk memiliki bangunan sendiri. Malu dengan PAS yang telah mempunyai bangunan dan markaz sendiri sejak lebih 10 tahun yang lepas . 

Ada ura-ura bahawa pengiraan semula ingin dilakukan oleh Team Wan Amizan . Walaupun Wan Amizan dan Nazri Ngah berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tetapi kekecewaan jelas terbayang diwajah Wan Zamzuri dan Kamaruzaman Baria  kerana walau full swing kempen telah dilakukan oleh mereka berdua  melalui media dan face2face namun kerusi Ketua masih tidak menjadi milik kumpulan Wan Amizan. 

Walau apa pun Wan Amizan , Nazri Ngah dan semua AJK yang dipilih kini kenalah memberi sokongan padu kepada Cikgu Nazlan. Sekarang ini sama ada UMNO Jerantut boleh bersatu padu atau tidak , bukan bergantung kepada Ketua Bahagian tetapi bergantung kepada Wan Amizan. Kalau Wan Amizan tidak boleh bekerjasama maka sampai bila pun UMNO Jerantut tidak akan bersatu. Sekarang pisau perpaduan itu ada dalam tangan Wan Amizan , jika pisau itu digunakan olehnya untuk mengores atau memotong maka terpotong atau tergoreslah benda yang ingin dipotong dan digoris itu . Jika sebaliknya Wan Amizan ingin menyimpan elok-elok pisau itu dalam sarungnya maka tiada benda yang akan tergores atau terpotong . 

Cikgu Nazlan sudah menghulurkan tangan perpaduan , kini terpulang kepada Wan Amizan untuk menyambutnya . Tengku Azlan kita tentu lega sekali bila berjaya membebaskan dirinya dari belenggu kerenah UMNO Jerantut . Selamat beristirihat Tengku Lan . Semoga Kuantan Port terus maju dan mungkin Amanah Cawangan Pahang memerlukan khidmat Tengku Lan .

Kepada Ketua Wanita yang telah mendapat surat anugerah kebesaran tu , simpan elok-elok surat tu . Jangan guna lagi title anugerah tu . Manalah tahu kot-kot anugerah itu tidak jadi direalisasikan oleh pemberinya.

Kepada Cikgu Lan .... title Cikgu tu sudah mencukupi ,disayangi dan disanjungi oleh rakyat . Gunakanlah title tu dimana-mana pun . Janganlah impikan title yang tinggi-tinggi untuk 5 tahun akan datang ni .

TEAM PERPADUAN UMNO BAHAGIAN JERANTUT
Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris
Timbalan K/Bahagian : Wan Amizan 
Naib Ketua Bahagian : Nazri Ngah
Ketua Pemuda : Zamri Rahim
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Puteri : Sarfinaz Azman
Senarai AJK Bahagian:

Kepada blogger-blogger Jerantut yang sejak kempen pemilihan UMNO bermula dulu banyak menyokong Tengku Azlan (kononnyelah ... sebenarnya mereka menyokong Wan Amizan) , kini berilah sokongan padu pula kepada kepimpinan baru anda . 

Bagi blog p81 sejak mula beroperasi , masih dengan misi untuk memajukan Jerantut . Apa jua pendirian semasa blog p81 adalah untuk Jerantut . blog parlimen81 berjuang untuk rakyat Jerantut . Siapapun yang blog p81 sokong adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat Jerantut bukan kepentingan individu atau kroni tertentu . Sejak sebulan lepas blog parlimen81 memperjuang supaya Cikgu Nazlan menang Ketua Bahagian juga untuk kepentingan rakyat Jerantut .Blog parlimen81 berjuang supaya Wan Amizan dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Bahagian juga untuk kepentingan rakyat DUN Tahan, Blog parlimen81 tidak berkempen untuk Nazri Ngah kerana merasakan kerusi Naib Ketua perlu diisi oleh orang muda yang boleh menyokong usaha-usaha yang akan dilakukan oleh Ketua Bahagian yang baru kerana pemikiran, cita rasa dan gerak kerja Ketua Bahagian perlu mengambil kira pola pemikiran golongan muda.

Esok-esok belum tentu blog parlimen81 akan berkempen untuk Cikgu Nazlan . blog parlimen81 boleh sahaja berkempen untuk pasukan Yohanis , blog parlimen81 boleh sahaja kerkempen untuk Wan Amizan , blog parlimen81 seboleh mungkin berhujah berdasarkan fakta-fakta terkini . Kalau ada juga fakta yang salah itu blog parlimen81 memohon maaf kepada semua . Khas untuk blogger WZWH , terima kasih kerana kita sentiasa menyokong satu sama lain dalam berblog untuk Jerantut.

Dalam kita menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan, sifat amanah adalah memainkan peranan yang amat penting. Tanpa sifat amanah, akan mudahlah berlakunya sebarang penyelewengan seperti perbuatan rasuah dan bermacam-macam lagi yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Apabila hilang amanah maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat. Maka bertanya seorang lelaki : Bagaimana hilangnya amanah itu? Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Iaitu apabila sesuatu urusannya diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan dan kebinasaan".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang tafsirnya :
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".


PEMILIHAN UMNO MALAYSIA

Pilihan Jerantut untuk Naib Presiden : Ahmad Zahid menerima 573 undi diikuti oleh Mohd. Shafie (409) dan Hishammuddin (356) )

Presiden : Datuk Seri Najib Bin Tun Razak
Timbalan Preseiden : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden : Zahid Hamidi (185 - menang) undi
Naib Presiden : Shafie Afdal (174 - menang) undi
Naib Presiden : Hishamuddin (100 - menang) vs Mukhriz (91) vs Isa (7) vs Ali (7) undi
(Undi popular Mukhriz (55,290) mengatasi Hishamuddin (54,829)
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Wanita : Datuk Seri Sharizat Jalil
Ketua Puteri : Mas Ermieyati Samsudin 

Trend pemilihan UMNO di Pahang dan Johor adalah gandingan Zahid , Hishamuddin dan Shafie . sementara trend pemilihan di negeri-negeri utara pula ialah Zahid , Shafie dan Mukhriz , Perak dan Selangor Zahid , Shafie dan lain-lain calon, Melaka (Zahid , Shafie , Mukhriz+Ali ) , NS (Zahid , Shafie ,Mukhriz +Isa)




TEAM PERPADUAN PILIHAN P81 TAK MENJADI 
Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris

Timbalan K/Bahagian : Wan Amizan 
Naib Ketua Bahagian : Mustapha Maarof
Ketua Pemuda : Zamri Rahim
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Puteri : Sarfinaz Azman


PAS KAWASAN JERANTUT

YDP : Yohanis Ahmad
TYDP : Yousliyddy Desa
NYDP : Abdul Rahman Teh
Ketua Urusan Ulamak : Alias Mahmud
Ketua Pemuda : Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin
Ketua Muslimat : Roskhainuazmani Razab

Jumaat, 18 Oktober 2013

Amanat Cikgu Nazlan Untuk 658 Pewakilan Mesyuarat Agong UMNO Jerantut 19 Oktober 2013

Kepada 658 pewakilan yang akan mengundi di Mesyuarat Agong UMNO Jerantut pada 19 Oktober 2013 nanti . Dengarlah amanat dari Cikgu Nazlan ini .


 

Maklumat dari kedua-dua belah pihak telah anda perolehi , maka pewakilan buatlah pemilihan mengikut maklumat yang ada pada anda dan jangan lupa solat isthikarah sebelum mengundi memohon agar Allah memberi petunjuk pemimimpin yang terbaik untuk UMNO jerantut dan rakyat Jerantut . Ingat Jerantut memelrukan seorang yang dekat dengan rakyat Jerantut . UMNO Jerantut perlukan seorang pemimpin yang duduk di Jerantut , berkubang bersama dengan rakyat Jerantut . Jangan pilih pemimpin yang membiarkan anda berkubang tetapi mereka bersenang lenang tanpa sepalit lumpur. Fikir-fikirkanlah .





Team Perpaduan UMNO Jerantut 
Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris 
Timbalan Ketua : Wan Amizan 
Naib Ketua : Mustapha Maarof 
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin 
Ketua Pemuda : Zamri Rahim 
Ketua Puteri : Norsarpinaz