Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 30 Januari 2012

Kerajaan Barisan Nasional Pahang Ikut Langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Kenyataan MB Datuk Seri Adnan yang nampak agak sikit cengkong hari ini yang memnajangkan tempoh pajakan untuk lot-lot rumah yang mempunyai pajakan 66 tahun kepada 99 tahun secara automatik melambangkan keperihatinan kerajaan Barisan Nasional Pahang terhadap rakyat nya . Langkah ini amat dipuji kerana inilah yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Pahang . Mungkin tidak ramai yang mempunyai tanah lot berpajakan 66 tahun tapi dengan langkah ini maka sebahagian rakyat akan gembira .

Langkah ini hampir sama seperti langkah yang telah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada penghujung tahun 2011 (klik sini) yang hanya mengenakan premium sebanyak RM1000 untuk memanjangkan tempoh pajakan bagi lot-lot kediaman diseluruh Selangor . Langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu sangat menyenangkan hati rakyat-rakyat Selangor .

Diharapkan negeri-negeri lain juga akan mengambil langkah yang sama seperti di Selangor dan Pahang dalam mengembirakan hati rakyatnya.

Itulah pentingnya bila ada persaingan politik yang sihat maka rakyat yang untung.

Dibawah ini adalah kenyataan Adnan :


KUANTAN: Home land lots with 66-years lease in Pahang will have the lease automatically extended to 99 years starting this year.
Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said there would be no additional land premium charge for the extension even though the state government stood to lose millions of ringgit in revenue.
"This is the state government's response to claims and complaints that land application processes are slow.
"However, this is limited to home land lots,'' he told reporters after distributing school bags and uniforms to school children donated by Pahang Foundation here on Monday.
Adnan added that he was aware of the tedious processes involved but procedures had to be adhered to.

Jumaat, 30 Disember 2011

Misteri Ulu Pahang

Ulu Sungai Pahang masih lagi menjadi mesteri kepada masyarakat Pahang dan Malaysia . Dimana letaknya Ulu Pahang masih lagi mesteri hakta penduduk tempatan di Kuala Tembeling pun ada yang tidak tahun mesteri Ulu Pahang . Dimanakah titik sebenar Ulu Pahang masih tidak dapat di tentukan hatta oleh Jabatan Perparitan dan Saliran atau jabatan Pemetaan malaysia . Ianya tetap misteri dan tidak ada siapa yang ingin merungkaikan misteri ini .

Secara logik sudah tentulah salah satu dari Sungai Jelai atau Sungai Tembeling yang menjadi punca utama Sungai Pahang dan secara teorinya sudah tentulah Ulu Sungai pahang itu samada terletak di sempadan Cameroon Highland atau di sempadan Terengganu . Tapi misteri tetap tinggal misteri .

Kalau ianya adalh misteri maka ia adalah sesuatu yang amat menarik . Biarkan isinya kekal misteri kerana bila misteri maka ramai yang ingin tahu sebab apa ianya masih misteri .

Kalau ramai yang ingin tahu maka demand untuk mengetahui misteri tersebut tentulah tinggi sedangkan jawapan/supply kepada misteri tersebut hanya satu . Misteri tersebut hanya ada satu iaitu di Kuala Tembeling . Jika ingin juga tahu misteri tersebut anda perlulah datang ke Kuala Tembeling . Hanya di Kuala Tembeling misteri tersebut wujud . Jadi ?????

Ini adalah satu produk pelancongan yang baik . Pelbagai Tagline boleh diwujudkan untuk menambah minat kepada misteri tersebut seperti  " Jerantut - Town of Three River " , "Jerantut - Sungai Pahang Bermula di Sini"atau macam-macam lagi tagline yang menarik boleh diwujudkan bagi mengambarkan misteri Ulu Pahang ini .


Jadikan destinasi ini sebagai Must Visit Itenarary bagi setiap pelancong yang datang ke Jerantut .


Kalau Tanjung Piai di Johor boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan dengan tagline  The Most Southern Point of Mainland Asia . Kalau Simpang Mengayau di Kudat Sabah boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan dengan tagline Tip of Borneo . Kalau tepian sungai mekong di Sempadan Thailand , Myanmar dan Laos boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan dengan tagline "Segi Tiga Emas" . Kenapa pertemuan tiga sungai utama ini tidak boleh dijadikan satu produk pelancongan yang setaraf dengan ketiga-tiga produk tersebut . 


Sebenarnya p81 amat menghormati Ketua Menteri Melaka keran dibawah kepimpinannya bermacam-macam produk pelancongan boleh diwujudkan di Melaka . Sesuatu yang tidak munasabah pun boleh menjadi produk pelancongan yang hebat di Melaka .


Jabatan Pemetaan Malaysia perlu istiharkan satu titik di pertemuan sungai Tembeling dan sungai Jelai itu sebagai Ulu Sungai Pahang .


Jabatan Pelancongan perlukan keluarkan peruntukan untuk membina infrasturtur monumen yang kukuh di titik tersebut dan mempromosi titik tersebut . Jika ada peruntukan besar maka mungkin 3 buah jambatan gantung boleh dibina menrentasi tiga tebing sungai menuju monumen tersebut . Jabatan pelancongan juga perlulah mengeluarkan peruntukan mempromosi produk ini .


Pejabat / Majlis Daerah perlu menyelengara monumen tersebut .


Secara tak langsung maka akan ada kegiatan ekonomi boleh digenerate disini dengan penjualan cenderahati dan lain-lain lagi yang boleh menampung kekurangan pelancong yang menggunkan perkhidmatan Jety Kuala Tembeling disebabkan ramai yang kini pelancong kini terus ke Taman Negara mengunakan perkhidmatan kenderaan darat .

Khamis, 22 Disember 2011

Kilang Simen Idea Tun Razak Paling Bernas

Kerajaan Pahang pada tahun 1993 dulu ada buat joint venture bina kilang simen di bukit sagu kuantan . Joint venture berasaskan 50:50 ini agak menarik kerana industri cement memang menguntungkan dan simen sentiasa tak cukup di malaysia tepaksa import dari luar , Bisnes ini memang viable .walaupun modal besar tapi partner kerajaan pahang memang dah terkenal dengan kepakaran dalam industri pembinaan .jadi market simen ini akan dicari oleh YTL .Kilang ini mula beroperasi dalam tahun 1998.

''The potential for the cement market is there, especially when the economy is revived,'' Khalil said (klik sini)
semasa pembukaan rasmi kilang ini dlm tahun 1998 ketika kerajaan Pahang masih mempunyai kepentingan
50% dlam Pahang Cement iaitu 33.3% melalui Pasdec dan 16.7% melalui Perbadanan SUK. (klik sini)

Ketika bercakapa kepada pemberita pada tahun 1995 duluTan Sri khalil Yaacob yang ketika itu adalah MB Pahang berkata pelaburan kerajaan dalam industria cement ini adalah salah satu cara utk kerajaan negeri lari
dari terlalu bergantung kepada pendapatan dari sumber hutan.(klik sini)

Tapi entah macam mana dalam tahun 2003 kerajaan pahang telah jual 50% pada harga RM138 Juta kepentingan dalam Pahang Cement Sdn Bhd kepada YTL Industri Sdn Bhd secara share swap dimana
kerajaan Pahang mendapat 20% atau 36,800,000 unit kepentingan dalam syarikat YTL Cement Berhad pada harag RM3.75 sesaham.

Kemudian entah macam mana kepentingan kerajaan Pahang dalam YTL Cement menyusut lagi kepada 10.34% sahaja atau 48,705,611 unit . Ini kemungkinan disebabkan kerajaan pahang tak
subscribe ICULS yang ditawarkan oleh YTL cement dalam tahun 2005 dulu sedangka semua pemegang
utama (anak beranak YTL lah) melanggannya.( klik sini) ...dan kini dengan cadangan privitization YTL Cement secara share swap  (klik sini) juga maka kerajaan Pahang hanya akan memegang tidak sampai 8.83% atau 154396786.87 kepentingan saham dalam YTL Corp yang akan memberi pendapatan dividen tahunan sebanyak lebih kurang RM3.17 Juta ringgit setahun atau RM264,000 sebulan (klik sini)
atau dividen ini mewakili lebih kurang 2.3% per year.

Tidak dinafikan nilai saham kerajaan saham yang dipegang itu telah meningkat dari RM138Juta dalam tahun 2003 kepada hampir RM238Juta ketika ini

artikel saya ini sebenarnya banyak fakta tidak tepat dari segi angka2 mungkin pihak yang lebih arif
boleh membetulkan angka2 ini tapi apa yg ingin saya beritahu ialah jika dulu kerajaan memiliki 100% kepentingan dalam Pahang Cement yang telah ditubuhkan pada tahun 1971 hasil cadangan Tun Razak pada tahun 1970 kini telah menjadi milik orang lain sedangkan Tun Razak pada tahun 1970 dahulu potensi yang sangat besar dalam industri simen ini .

Harapan saya agak Datuk Najib dan Datuk Nan dapat mengambil iktibar dari keadaan ini dalam tidak menjadikan projek kilang simen di Gunung Senyum terlepas lagi (klik sini)

Selasa, 20 Disember 2011

Selamat Tinggal Prof Aziz Bari!

Selamat Tinggal Prof Aziz Bari!
Muhammad Kamil Abdul Munim, UIAM

Saya terkenang akan peristiwa ketika peghujung semester yang lalu, saya dan rakan-rakan sibuk untuk mendaftar subjek bagi semester ini. Saya dan beberapa rakan beruntung kerana berjaya mendaftar subjek Undang-Undang Perlembagaan atau Constitutional Law bersama Prof Aziz Bari (gambar). Beberapa rakan yang lain tidak berjaya disebabkan oleh timetable clash dan kuota yang sudah penuh.

Sosok ini jarang dilihat berlegar di sekitar fakulti. Hanya nama sahaja yang kerap didengari. Menjadi anak didik beliau adalah satu peluang yang dinantikan.

Sosok ini sangat cool. Masuk ke kelas lenggang kangkung tetapi tidak kangkung. Hanya sehelai kertas dan marker pen ditangan. Tidak ada attendance list. Apa yang menarik ialah pelajar berbondong bondong hadir ke bilik kuliyah walaupun kuliyah bermula jam 8 pagi. Beliau mampu menarik pelajar untuk ke bilik kuliyah tanpa menjadikan rekod kehadiran sebagai ugutan.

Beliau memiliki aura tersendiri.

Selepas isu rampasan kuasa di negeri Perak, nama beliau sekali lagi menjadi perbualan masyarakat dalam isu JAIS di Selangor.

Peranan sebagai ahli akademik dinafikan kerana memberikan pandangan akademik yang telus dan benar. Dosa kali ini cukup besar. Aziz Bari perlu dikekang.

Dosa-dosa ini direka khas untuk kepentingan pihak tertentu yang menganggap diri mereka ma’sum sehingga tidak boleh ditegur. Mujur mereka hidup di akhir zaman. Kalau di zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, keangkuhan dan ketakabburan mereka ini akan dibayar cash oleh yang Maha Takabbur. Kisah Fir’aun, Haman, Namrud, Qarun dipandang enteng ataupun tidak pernah ambil tahu. Kasihan dengan kejahilan mereka.

Prof Aziz Bari letak jawatan

Kini Prof Aziz Bari hanya menunggu akan berakhirnya semester ini untuk ‘angkat kaki’ dari UIA. Hasrat ini dinyatakan oleh beliau sendiri. Bukan kerana diarah untuk berbuat demikian tetapi atas dasar ‘belas kasihan’ terhadap pihak pengurusan UIA yang saban hari semacam didesak oleh campur tangan luar. Khabar anginnya pihak istana juga datang ‘melawat’ UIA.

Beliau dilihat sebagai bebanan ataupun liability kepada pentadbiran UIA. Ada juga ibu bapa yang datang mengadu kepada pihak kuliyah atas alasan anak mereka tidak faham tentang apa yang diajar oleh Prof Aziz Bari ketika dalam kuliyah (selama 22 tahun beliau mengajar ini kali pertama laporan sebegini dibuat).

Tindakan ini seakan desakan yang dilakukan secara tidak langsung atau impliedly supaya beliau ‘berambus’ segera dari UIA. Tiada alasan untuk memecat beliau. Justeru modus operandi yang berbeza mesti diguna pakai. Kesan daripada itu, sedikit sebanyak kebebasan beliau sebagai ahli akademik disekat. Oleh itu, meninggalkan UIA mungkin jalan terbaik.

Sehingga kini ramai pelajar yang tertanya tanya dimanakah kenyataan beliau yang telah mencalar imej universiti. Persepsi pelajar ialah di sana mungkin ada campur tangan politik. Persepsi pelajar ialah mungin rektor patut berundur. Persepsi pelajar ialah universiti bukan lagi universiti. Pihak pentadbiran dilihat seolah olah bersekongkol dalam usaha untuk mengekang beliau. Kadang kadang dilihat flip flop dan play safe dalam memberi kenyataan.

Universiti sebagai wadah atau medan percambahan dan pertempuran ilmu kini seolah-olah telah menjadi medan untuk memuja dan mengampu. Persepsi pelajar ialah kenapa rektor perlu takut? Jika beliau dianiayai oleh tangan ghaib ribuan pelajar UIA akan bersama beliau atas dasar kebenaran.

Hasrat untuk memperbaiki kedudukan institusi pengajian tinggi di negara ini dan juga hasrat untuk mencapai status seperti Oxford dan Harvard yang sering dilaungkan itu hanyalah idea bodoh dan retorik semata-mata andai kata sistem dan amalan yang dibudayakan ini masih dikekalkan demi manjaga kepentingan bapak-bapak yang sedang berkuasa.

Kesannya, akibat hujah tidak dapat dibalas dengan hujah, Prof Aziz Bari menjadi mangsa. Kehilangan beliau adalah satu kerugian yang amat besar kepada universiti. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Prof Aziz. Saya berbangga menjadi batch terakhir beliau. Sumbangan dan jasa beliau akan terus dikenang. Semangat itu tidak pernah luntur dan akan dibawa bersama. Berjayalah di medan tempur yang lain dengan satu tujuan iaitu untuk merencana perubahan menyeluruh dan bersekutu.

In Aziz Bari We Trust!

Hanya RM1000 Untuk Perbaharui Pajakan Tanah Kediaman Di Selangor ?

Wow hebatnya polisi kerajaan selangor yang baru ini . Kalau betul polisi ini dilaksanakan ianya amat memberi faedah yang besar kepada rakyat negeri Selangor . Beruntunglah rakyat negeri Selangor . Beruntunglah mereka yang memilih dan tidak memilih Pakatan Rakyat dalam PRU13 dulu . Polisi ini amat ditunggu-tungu oleh sebagaian besar penduduk selangor yang menduduki tanah berstatus leasehold . Sebelum ini rakyat diselangor terpaksa membayar sebanyak 1/4 dari harga pasaran untuk perbaharui pajakan tanah mereka , jika tak maka tanah dan rumah akan di ambil oleh kerajaan . Jika RM1000 jer maka taraf leasehold maka semua rakyat mampu memperbaharui status lease hold mereka selama 99 tahun lagi dan lagi dan lagi . Kalau di Pahang ini hartanah berstatus leasehold ini banyak terdapat di sekitar seperti Bandar Indera Mahkota Kuantan dan beberapa perbandaran baru lagi di sekitar Kuantan . Walaupun sekarang ini penduduk Indera Mahkota Kuantan belum dibebani lagi untuk membaharui status leasehold mereka tapi jika kerajaan Pahang Barisan Nasional  dapat mengikut jejak lankah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini amatlah baik .

PETALING JAYA: Owners of leasehold residential properties in Selangor have reason to rejoice — they will no longer have toworry about hefty land renewal premiums when their leases expire.Residents of Selangor will be able to renew land leases under the newly introduced Private Residential Ownership Scheme at an affordable token premium of just RM1,000, instead of the current market rate, provided they remain on the property.

In view of rising land costs, the scheme will make premium payments much more affordable for owners of leasehold properties,holders of Temporary Occupation of Land (TOL) licences and those who have just converted the status of their land (fromagricultural to residential).
Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim told The Edge Financial Daily in a recent exclusive interview that the philosophy behind the move is to ensure that the people of Selangor can realise the wealth of their assets.
“Let¶s say, for example, people who have lived in Petaling Jaya for two generations and have a [99-year] lease. They are now left with another 30 years. The value of the land, which has a lease of 30 years is different from the value of the land which has a lease of 99 years. This is very straightforward.

“So why can¶t you give it to the people? Because after all they are going to stay there. Why don¶t you ask them to realise the value and the government will not lose out?

“Based on that concept, we allow you to renew your lease for RM1,000 instead of calculating [the premium] based on the market price. The premium is based on market price ... a quarter of the value, and the RM1,000 renewal fee is just a fraction of that,” said Khalid.

However, if the owner decides to sell or transfer the property subsequently, he would have to pay up the full premium.

The current premium for lease renewal is calculated based on one-quarter of the land¶s current market value, divided by 100 and multiplied by the number of years renewed.In effect, for the renewal of a 99-year lease, the owner has to pay around a quarter of the property¶s current value.

A 10,000 sq ft plot of land in Tropicana at RM250 psf, for instance, would be worth at least RM2.5 million, based on current market rates of RM250 to RM350 psf. Based on the formula, the land renewal premium is a hefty RM618,750 at current market prices — compared with RM1,000 under the new scheme if the owner continues to live there.

With land prices escalating yearly, the scheme offers a cushion and assurance that the homeowner or the next generation will not not be kicked out of their homes due to a lack of funds for premium renewal.

The scheme exempts transfers due to inheritance from paying the full premium, while owners of 60-year-old leases will be able to convert their leases to 99 years.

For those who can afford to pay the full premium, a 30% discount will be given if it is settled within the next six months from the date of the policy announcement.


It is anticipated that the new policy will benefit 100,000 households in the state, with the numbers expected to rise as moredevelopments are undertaken on leasehold land.

New areas being opened up in the state are increasingly leasehold — as opposed to freehold — as they are mostly statealienated land.“As the state is the biggest landowner, it is only natural that state-alienated land becomes a major source of new township development. Plantation land is the only other major source of large landbank for development which is freehold,” a property analyst told The Edge Financial Daily.

He cited Kota Damansara and Tropicana as examples of state-alienated land that have become prime leasehold developments in Petaling Jaya, and noted that most of Shah Alam is leasehold.
“For freehold township developments, large landbanks can only come in the form of plantations. That¶s why developers are moving towards less prime areas such as Beranang, Semenyih and Rawang,” he said.

The analyst also expects leasehold and freehold prices. “It¶s already happening ... the stigma of leasehold properties is no longer there as there is a scarcity of new freehold projects. This move should further narrow the distinction,” he added.

“The next big project is the RRI [Rubber Research Institute of Malaysia] land in Sungei Buloh. Given that it is privatised government land, potential buyers will be watching to see if its freehold or leasehold.”
The issue of renewing land leases has plagued Selangor residents for the past few years, especially those who have property in prime but older parts of Petaling Jaya, such as Sections 1 to 5, whose leases are running out.

“What we are doing is giving wealth back to the people in a way that it is no loss to the state, but will instead give potential to the state. That is what µmerakyatkan ekonomi¶ [the people¶s economy] is all about,” Khalid told The Edge Financial Daily.

The scheme came into force on June 1 this year with little fanfare, and is not well-known within the state or even among property developers.
It is also not without criticism from some quarters, while there were grouses from owners who did not know of its existence.

Indeed, several property developers as well as owners of leasehold properties contacted by The Edge Financial Daily last week said they were unaware of this scheme.

Khalid aims to organise workshops explaining the workings of the scheme.“Very shortly we will organise a workshop on what to do in order to increase the lease. There are a lot of people who wanted to
debate with us on the economics and political philosophy. We don¶t mind the debate, provided you [have the same] knowledge as we do,” he said, adding that it took a couple of meetings with the state district officers to convince them that the scheme is workable.

VPC Alliance (KL) Sdn Bhd chartered surveyor and director James Wong said the move is good for homeowners, as they need to pay only a nominal sum to renew the lease whether for 99 or 60 years.
He said under the Selangor Land Rules, the additional premium would come up to quite a huge sum. He reckoned that owner of a bungalow of 10,000 sq ft would have to pay between RM150,000 and RM250,000 in premium to renew the lease.