Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 22 Disember 2011

Kilang Simen Idea Tun Razak Paling Bernas

Kerajaan Pahang pada tahun 1993 dulu ada buat joint venture bina kilang simen di bukit sagu kuantan . Joint venture berasaskan 50:50 ini agak menarik kerana industri cement memang menguntungkan dan simen sentiasa tak cukup di malaysia tepaksa import dari luar , Bisnes ini memang viable .walaupun modal besar tapi partner kerajaan pahang memang dah terkenal dengan kepakaran dalam industri pembinaan .jadi market simen ini akan dicari oleh YTL .Kilang ini mula beroperasi dalam tahun 1998.

''The potential for the cement market is there, especially when the economy is revived,'' Khalil said (klik sini)
semasa pembukaan rasmi kilang ini dlm tahun 1998 ketika kerajaan Pahang masih mempunyai kepentingan
50% dlam Pahang Cement iaitu 33.3% melalui Pasdec dan 16.7% melalui Perbadanan SUK. (klik sini)

Ketika bercakapa kepada pemberita pada tahun 1995 duluTan Sri khalil Yaacob yang ketika itu adalah MB Pahang berkata pelaburan kerajaan dalam industria cement ini adalah salah satu cara utk kerajaan negeri lari
dari terlalu bergantung kepada pendapatan dari sumber hutan.(klik sini)

Tapi entah macam mana dalam tahun 2003 kerajaan pahang telah jual 50% pada harga RM138 Juta kepentingan dalam Pahang Cement Sdn Bhd kepada YTL Industri Sdn Bhd secara share swap dimana
kerajaan Pahang mendapat 20% atau 36,800,000 unit kepentingan dalam syarikat YTL Cement Berhad pada harag RM3.75 sesaham.

Kemudian entah macam mana kepentingan kerajaan Pahang dalam YTL Cement menyusut lagi kepada 10.34% sahaja atau 48,705,611 unit . Ini kemungkinan disebabkan kerajaan pahang tak
subscribe ICULS yang ditawarkan oleh YTL cement dalam tahun 2005 dulu sedangka semua pemegang
utama (anak beranak YTL lah) melanggannya.( klik sini) ...dan kini dengan cadangan privitization YTL Cement secara share swap  (klik sini) juga maka kerajaan Pahang hanya akan memegang tidak sampai 8.83% atau 154396786.87 kepentingan saham dalam YTL Corp yang akan memberi pendapatan dividen tahunan sebanyak lebih kurang RM3.17 Juta ringgit setahun atau RM264,000 sebulan (klik sini)
atau dividen ini mewakili lebih kurang 2.3% per year.

Tidak dinafikan nilai saham kerajaan saham yang dipegang itu telah meningkat dari RM138Juta dalam tahun 2003 kepada hampir RM238Juta ketika ini

artikel saya ini sebenarnya banyak fakta tidak tepat dari segi angka2 mungkin pihak yang lebih arif
boleh membetulkan angka2 ini tapi apa yg ingin saya beritahu ialah jika dulu kerajaan memiliki 100% kepentingan dalam Pahang Cement yang telah ditubuhkan pada tahun 1971 hasil cadangan Tun Razak pada tahun 1970 kini telah menjadi milik orang lain sedangkan Tun Razak pada tahun 1970 dahulu potensi yang sangat besar dalam industri simen ini .

Harapan saya agak Datuk Najib dan Datuk Nan dapat mengambil iktibar dari keadaan ini dalam tidak menjadikan projek kilang simen di Gunung Senyum terlepas lagi (klik sini)

Tiada ulasan: