Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 8 Mei 2013

Siapa Menteri Besar Pahang ?

Ada dua hari lagi untuk kita berteka teki siapakah akan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang untuk tempoh 5 tahun akan datang . Spekulasi timbul bila pelantikan MB Pahang pada kali ini agak lambat . Negeri yang bermasalah mungkin semua faham kenapa perlantikan agak lambat tapi di negeri Pahang ini UMNO menang selesa tapi perlantikan tetap lambat dan ini yang menimpulkan spekulasi mungkinkah Datuk Nan yang hampir-hampir terpaksa memotong telingganya gara-gara kelantangan mulutnya keangkuhannya mencabar pengundi Bentong . Kemenangan Tiong Lai dengan majoriti hanya 300 lebih undi betul-betul memalukan Datuk Nan.

Jadi siapakah yang bakal dilantik sebagai MB yang baru :

1. ADUN Lanchang ?
2. ADUN Inderapura ?
3. ADUN Muadzam ?
4. ADUN Pulau Tawar
5. ADUN Dong ?
6. ADUN Peramu Jaya

Mungkinkah malaysia akan mempunyai MB pertama dari kalangan wanita ? iaitu Datuk Maznah Mazlan iaitu seorang bekas Exco Pahang dan  Timbalan Menteri ?

Atau mungkinkah bagi memperkuatkan UMNO di Kuantan dan menarik golongan muda maka Datuk Shafik Fauzan yang masih muda akan dilantik sebagai Menteri Besar ?

Atau mungkinkah Datuk Najib ingin melantik Datuk Ahmad Shukri atau Datuk Shaharudin yang sudah tua dan masing-masing pernah menjadi Exco dan pernah dikaitkan dengan kes tender plat kereta sebagai MB ?

Atau melantik dari kalangan hiraki kepimpinan UMNO Pahang iaitu Datuk Shakar ?

Atau mungkinkah seoarang MB dari kalangan orang luar hiraki UMNO iaitu bekas setiausaha sulit kanan PM yang kini menjadi ADUN Peramu Jaya



Bagaimanapun, semua desas-desus ini bakal terjawab apabila Menteri Besar mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang dijadualkan jam 5 petang Khamis manakala barisan Exco akan berbuat demikian jam 9 pagi Jumaat ini

Updated : Hari ini Khamis 9 Mei 2013 secara rasmi Datuk Seri Adnan Yaacob terus kekal sebagai Menteri Besar Pahang sehingga mencecah umur 68 tahun . Jadi selepas PRU-14 nanti barulah Pahang akan mempunyai Menteri Besar yang baru . Jika Najib masih lagi kekal sebagai PM sebelum PRU14 ini adalah dijangkakan selepas PRU14 nanti Najib akan mempunyai 2 calon yang boleh mengantikan Datuk Nan iaitu :

1. ADUN Peramu Jaya
2. ADUN Inderapura

Jadi kepada ahli-ahli politik muda dan baru bolehlah bermula sekarang untuk membuat repo yang baik dengan kedua-dua adun tersebut. untung untung nanti ada laba untuk anda. Itupun jika BN tidak tewas kepada PR dalam PRU14 nanti.

Tiada ulasan: