Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 11 April 2013

Petugas-Petugas Calon Pilihanraya Parlimen dan DUN di Jerantut

Bermulanya penamaan calon pada 20 April nanti maka akan bemulalah siri kempen secara rasmi selama 15 hari sehingga tengah malam 5 Mei 2013 oleh setiap calon-calon dalam PRU 13 nanti . Setiap calon yang bertanding akan berusaha sedaya mungkin memastikan jentera pilihanrayanya teratur dan berjalan lancar bagi memudahkan semua urusan berkempennya. 

Para pengundi biasanya hanya akan nampak kepada calon-calon sahaja semasa pengundian nanti sebab gambar-gambar calon akan terpampang dimerata tempat ketika bermulanya dari selepas penamaan calon sehingga kep hari mengundi .

Tidak kurang penting selain dari calon adalah petugas-petugas yang akan dilantik oleh calon-calon bagi mewakili dirinya dalam semua urusan berkaitan dengan SPR dan berkempen bagi pihak dirinya . Mari kita berkenalan dengan mereka ini :

Calon
Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun pada Hari Penamaan Calon.

Bagi bakal Calon yang ingin bertanding dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen, Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan. Dia boleh menulis alamat tempat tinggalnya di mana-mana tempat di Malaysia.

Bagi bakal Calon yang ingin bertanding dalam Bahagian Pilihan Raya Negeri, Dia hendaklah seorang warganegara dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.dia hendaklah menulis alamat tempat tinggalnya di dalam Negeri yang berkenaan.

Pencadang dan Penyokong

Bagi Calon yang ingin bertanding dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen, pencadang dan penyokongnya hendaklah terdiri daripada pemilih berdaftar di dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang berkenaan. Butirbutir yang perlu dicatatkan ialah nama serta nombor Kad Pengenalan. Pencadang dan penyokong juga dikehendaki menurunkan tandatangan masing-masing dalam Kertas Penamaan berkenaan (BORANG 4).

Begitu juga bagi Calon yang ingin bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya Negeri, pencadang dan penyokongnya hendaklah terdiri daripada pemilih berdaftar di dalam Bahagian Pilihan Raya Dewa Undangan Negeri, Negeri berkenaan. Butir-butirnya yang perlu dicatatkan ialah nama serta nombor Kad Pengenalan. Pencadang dan Penyokong dikehendaki menurunkan tandatangan masing-masing dalam kertas penamaan (BORANG 4A).

Ejen Pilihan Raya

Ejen Pilihan Raya ialah orang yang dilantik oleh Calon yang bertanding bagi mana-mana Bahagian Pilihan Raya untuk Parlimen atau Negeri. Sebagai Ejen Pilihan Raya, seseorang itu berhak menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pemilihan seseorang Calon seperti yang dibenarkan oleh Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ejen Pilihan Raya boleh melantik wakil Calon untuk menyertai Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

Ejen Pilihan Raya boleh melantik Ejen Tempat Mengundi, Ejen Mengira, Ejen Pengeluaran Undi Pos, Ejen Pembukaan dan Mengira Undi Pos, Pemerhati Barung, kerani dan pembawa
utusan, sama ada diberi gaji atau tidak.

Ejen Pilihan Raya ialah menguruskan semua rekod dan penyata perbelanjaan yang berkaitan dengan pilihan raya bagi Calonnya.

 Semua pembayaran yang dilakukan yang berkaitan dengan penjalanan atau pengurusan pilihan raya hendaklah diurus atau dibuat melalui Ejen Pilihan Raya itu.

Ejen Pilihan Rayanya hendaklah menyimpan kirakira perbelanjaan pilihan raya yang dilakukan bagi tiap-tiap perkara pada tiap-tiap hari dengan disokong oleh baucar-baucar. Baucar-baucar ini hendaklah dikemukakan bersama dengan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.

Seseorang Calon diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih dan melantik Ejen Pilihan Raya oleh kerana apa jua perbuatan rasuah atau yang menyalahi undang-undang (sebagaimana yang dinyatakan dalam Bab III dan IV Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) yang dilakukan oleh Ejen Pilihan Raya akan disifatkan di bawah Undang-undang sebagai telah dilakukan oleh Calon, dan ini boleh membatalkan keputusan pilihan raya (Seksyen 14(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954). Oleh yang demikian, Calon hendaklah menasihati Ejen Pilihan Raya supaya meneliti dan memahami peruntukan-peruntukan di bawah Bahagian III dan IV Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengenai perbuatan-perbuatan yang menyalahi Undang-undang.

Ejen Pilihanraya mestilah warga negara malaysia berumur 21 tahun keatas dan tidak pernah melakukan kesalahan piliahnaraya dan tidak bangrap

Ejen Tempat Mengundi
Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan proses pengundian di dalam Tempat Mengundi (Saluran) berjalan mengikut undangundang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

Setiap calon atau ejen pilihanraya memastikan melantik ejen tempat mengundi secukupnya sepanjang tempoh pengundian . Calon boleh melantik seberapa ramai ejen tempat mengundi bagi setiap saluran peti undi . walaubagaimanapun hanya seorang sahaja dibenarkan berada di dalam bilik pengundian saluran tersebut pada satu-satu masa . Dan setiap ejen mengundi mestilah bertugas sekurang-kurangnya 2 jama bagi setiap sesi . Jika ejen meninggalkan tugas kurang dari tempoh 2 jam maka tidak ada penganti dibenarkan masuk kedalam bilik mengundi . Jadi calon-calon mestilah memastikan ejen tempat mengungi telah makan secukupnya atau berak dan kencing secukupnya sebelum masuk kedalam bilik mengundi saluran masing-masing .seorang ejen tempat mengundi boleh berada selama mana yang ia kehendaki . Tapi seeloknya calon hendaklah menjadualkan supaya ejen tempat mengundi diganti pada waktu-waktu tertentu . Ejen yang telah diganti boleh masuk semula menjadi ejen mengantikan ejen yang mengantikan terdahulu selepas cukup 2 jam .
Adalah dicadangkan supaya  Ejen Tempat Mengundi bagi sesi pertama adalah dari kalangan ejen yang telah berpengalaman. Begitu juga bagi sesi terakhir mengundgui iaiatu sekitar jam 4 ptg hendaklah ditukar ejen kepada ejen yang berpengalaman dan ianya nanti boleh bertindak sebagi ejen mengira undi pula .

Jika ada 7 saluran dan jika calon telah memjadulkan setiap Ejen menjaga tempat mengundi bagi setiap 3 jam iaitu :

Sesi Pertama : 7am hingga 10:00am 
Sesi Kedua : 10am hingga 12pm
Sesi Ketiga: 12pm hingga 2pm
Sesi Keempat 2pm hingga 4:30pm
Sesi Kelima 4:30pm hingga 7pm ( terus menjadi Ejen Mengira Undi)

Sesi maka setiap saluran 5 Ejen Tempat Mengundi bagi setiap saluran dan jika 7 saluran maka Ejen yang diperlukan ialah seramai 35 orang .Walau bagaimanapun mungkin boleh dikurangkan kepada hanya 21 orang jika Ejen sesi pertama juga kan bertugas sebagai ejen sesikeempat dan ejen sesi kedua bertugas sebagai ejen sesi kelima. Pandai-pandai mengagihkan jadual . Perkara paling penting ialah jangan sesekali meninggalkan bilik mengundi tanpa Ejen Tempat Mengundi diganti.

Ejen Mengira Undi
Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan Proses Pengiraan Undi di dalam Tempat Mengira Undi berjalan mengikut undang-undang dan peraturan peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)

Ejen Mengira Undi boleh dilantik dari kalangan selain dari Ejen Tempat Mengundi. atau boleh jga dilantik dari kalangan Ejen Tempat Mengundi .Seeloknya Ejen Mengira Undi ini dilantik dikalangan Ejen Tempat mengundi bagi sesi terakhir bagi setiap saluran .

Oleh itu Sebagai Contoh : Calon PAS bagi Parlimen Jerantut PRU13 ialah Dr Hamzah Jaafar . Dah tentut dia warga negara dan berumur lebih 21 tahun kan . Alamat dia boleh di Kuala Lumpur . Dia hendklah mencari seorang Pencadang dan seorang Penyokong dari mana-mana DUN Damak , Pulau Tawar atau DUN Tahan yang telah disahkan dalam daftar pemilih yang akan diguna pakai dalam PRU13 ini oleh SPR .





Tiada ulasan: