Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 24 Oktober 2011

Pilihan Extreme Untuk Jerantut


Salam Orang Jerantut .

Semua orang jerantut cuba fikir-fikirkan . Kalau setakat ahli parlimen jerantut dapat jawatan timbalan menteri ... baik tak yah ...ahli parlimen atau adun dari jerantut perlu jadi MB atau Menteri penuh baru orang jerantut boleh dapat tempiasnya ...nak harapkan ahli parlimen jerantut dari UMNO jadi PM tak nampak gayenye . Kalau tak lebih baik orang jerantut pilih calon PAS .... rasanya kalau calon pas yang menang lebih banyak pembangunan yang datuk najib akan bagi kat jerantut .... tak caya cubalah .... sebabnya dah berapa orang adun kita jadi exco dah berapa ahli parlimen kita jadi timbalan menteri tapi habuk pun tarak . Dulu masa Dato Sharif Ahmad jadi Menteri Pertanian Penuh dalam tahun akhir tahun 70-an dulu, walaupun dia orang luar tapi banyak juga peruntukan pembangunan  dalam bidang pertanian mengalir ke Jerantut.

Dulu bila arwah YB Malek dari PAS jadi ADUN Tahan berduyun-duyun peruntukan sampai ke DUN Tahan . Memang arwah takde duit nak peruntukan ke DUN Tahan tapi disebabkan dialah banyak infrasturktur di bina di DUN Tahan samaada semasa atau selepas UMNO kembali merampas DUN Tahan dari PAS . 

Dulu masa arwah Cikgu Bakar dari S46 jadi ADUN Pulau Tawar . bermacam peruntukan DUN Pulau Tawar dapat . UMNO lah yang paling beruntung sebab kerana Cikgu Bakar maka org UMNO boleh jadi YB kat Pulau Tawar sampai sekarang. Sebab itu orang UMNO kena bagi peluang Zurkarmi jadi calon UMNO utk dun pulau Tawar PRU13 nanti bagi mengenang jasa ayahnya mengembalikan kerusi DUN Pulau Tawar dari MCA.

Cuba tanya Ku Lan secara ikhlas sebab apa dia tolak jadi timbalan menteri ari tu . Jadi Jerantut hanya perlukan 3  option sahaja untuk pilihanraya akan datang :

1. Ahli Parlimen UMNO Jerantut perlu jadi Menteri Penuh atau 
2. ADUN UMNO dari Jerantut perlu jadi Menteri Besar atau
3. Ahli Parlimen Jerantut mesti dari Parti Pembangkang PAS .

Hanya ini sahaja 3 option extreme yg pada pendapat p81 yang boleh mempercepatkan kemajuan jerantut.

Tiada ulasan: