Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 25 Ogos 2011

CUBA TELITI FAKTA BERIKUT

FAKTA 1 :
Anggaran schedule menunaikan haji pada 1432H ialah seperti anggaran tarikh penting tertakluk kepada pindaan seperti berikut:

1. Penerbangan Pertama (Fasa I) : 29 September 2011
2. Penerbang Akhir (Fasa I) : 29 Oktober 2011
3. Wukuf (9 Zulhjiah) :5 November 2011
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011
5. Hari Tasrik (11,12 dan 13 Zulhijah) : 7, 8 dan 9 November 2011
6. Penerbangan Pertama (Fasa II ) : 13 November 2011
7. Penerbangan Akhir ( Fasa II) : 13 Disember 2011


FAKTA 2:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, 2011

FAKTA 3:
PUTRAJAYA 24 Ogos - Lebih 30 peratus daripada peruntukan RM1.4 bilion dalam program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) akan disalurkan untuk membantu golongan warga emas.
Daripada kira-kira 500,000 penerima bantuan yang disasarkan, warga emas menerima peruntukan terbesar iaitu RM455 juta diikuti orang kurang upaya (RM332 juta), program-program kemasyarakatan komuniti (RM303 juta), kanak-kanak (RM290 juta) dan balu polis dan tentera (RM4.1 juta).

FAKTA 4:
KUALA LUMPUR 16 Ogos -Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.
* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

FAKTA 5:
PUTRAJAYA 10 Ogos - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

FAKTA 6:
SINGAPURA 10 Ogos - Ekonomi Asia yang masih lagi merasai keperitan kesan kemelesetan ekonomi global pada 2008 mungkin terpaksa bergelut dengan situasi yang lebih teruk daripada tiga tahun lalu, menurut penganalisis serantau. Kebimbangan akan berlaku kemelesetan ekonomi sekali lagi semakin memuncak selepas penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) diturunkan buat kali pertama dan pasaran menjunam seperti yang dijangkakan.

FAKTA 7;
2011/08/24PUTRAJAYA: Kuota jemaah haji dari negara ini dinaikkan kepada 28,000 pada tahun ini, berbanding 26,000 sebelum ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata Malaysia mengemukakan permohonan untuk menambah kuota itu kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi dalam mesyuarat yang lalu dan ia diluluskan berdasarkan pertambahan rakyat di negara ini.
"Pada masa yang sama kita juga sedang memohon kuota tambahan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan haji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran projek Kompleks Pentadbiran Islam Putrajaya, di Presint 3, di sini hari ini.

Berdasarkan fakta-fakta diatas agak2lah bilakah PRU-13 ye

1. Ekonomi dijangka bertambah teruk dalam 1-2 tahun akan datang. PM Najib tak akan ambil risiko ketika ekonomi terlalu teruk .
2. Adakah PM Najib akan buat PRU13 dalam musim haji ?
3. PM Najib mesti nak bentang budget kaw2 dulukan ?
4. PM Najib mesti nak tambat hati masyarakat cina.

So p81 agak2lah PRU13 hanya akan diadakan diantara 13 Disember 2011 dan 23 Januari 2012.

Kenapa ? Selepas 13 Disember semua jemaah haji dah balik dan 23 Januari masyarakat cina dah nak sambut tahun baru cina pulak .......

Tiada ulasan: