Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 5 Januari 2011

BN Begitu Senonim Sekali Unggapan Barang Naik

Hari ini RON 97 naik lagi . Dah hampir seminggu rakyat marhaen mengeluh payah nak beli minyak masak kat kedai . Bukan nak mintak subsidi atau free nak beli pun susah. Semalam saya kedai runcit ... puas satu kedai saya pusing-pusing tak jumpa minyak masak . Akhirnya saya jumpa kotak minyak sawit dalam kedai itu belum dibuka . Saya buka sendiri kotak itu dan ambil 2 kampit setiap satu sekilo minyak masak . Saya bawa ke kuanter untuk bayar . Tokey kedai sound saya . Boleh beli satu je . Marah bukan main saya , hampir2 saya tak beli minyak masak tu . Tapi megenangkan isteri telah berpesan nak gorengkan pisang kegemara saya maka saya dengan berat hati beli je laa satu kampit .
Menteri hari hari cakap minyak cukup . Jangan panik . Kita akan tambah minyak dipasaran . Kenapa terjadi begini . Kitakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia . Kitakan punya agensi pengeluar sawit paling besar didunia FELDA . Kenapa kita kekurangan minyak sawit di pasaran kita sendiri ? Adakah FELDA sendiri bertanggungjawab menyorok minyak . Dengar cerita kita ada minyak sawit yang ada kat Malaysia sekarang ini mempunyai backlog sehingga 11 tahun baru boleh di habiskan jika program tanam semula seluas 125,000 hecktar tidak dilaksanakan . Tapi kenapa minyak masak tidak cukup di pasaran Malaysia . Menyorok barangan kawalan adalah satu kesalahan kan ? Kenapa tidak ada tindakan dari pihak kerajaan kepada agensi seperti FELDA, FELCRA, RISDA, SALCRA , Sime Darby dan lain-lain.

Semua kepada permasalahan ini adalah terletak pada harga sawit yang mahal sekarang ini . Semua orang tahun kerajaan telah allocate certain among of budget untuk subsidi minyak masak ini . Setiap pengeluar minyak akan minta peruntukan ini untuk minyak yang dikeluarkan untuk pasaran domestik . Harga minyak dunia setiap hari naik tapi peruntukan subsidi kerajaan tidak naik jadi peruntukan kerajaan itu akan cepat habis untuk menampung perbezaan harga minyak dunia dengan harga minyak tempatan . Bila alokasi telah habis maka syarikat pengeluar minyak masak akan berhentikan pemasaran kepasaran tempatan dan tunggu sehingga kerajaan keluarkan peruntukan tambahan . Bila kerjaan lambat keluarkan perntukan inilah menmyebabakan minyak tidak ada dipasaran . Kalau ada sesiapa sanggup beli minyak ikut harga pasaran dunia saya rasa tidak akan ada masalah minyak masak kat malaysia sekarang ini .

Adakah minyak masak juga kerajaan perlu buat seperti harga petroleum ron97 dan ron95 ? MInyak sawit Gred A dan Minyak Sawit Gred B ? Sawit A tiada kawalan dan sawit B dengan kawalan ?

Tiada ulasan: