Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 11 Disember 2010

Offshore Pahang Ada Minyak ?

Adakah Offshore Pahang mempunyai simpanan minyak yang besar ? Adakah simpanan minyak di luar pantai Pahang lebih besar dari luar pantai Terengganu dan Kelantan ? Pertanyaan ini datang dari lubuk hati saya bila mengetahui bahawa Datuk seri Najib menggumumkan baru-baru ini kerana telah mengujudkan satu lagi oil & gas supply base di Pantai Timur iaitu Tanjung Agas Oil & Gas Supply Base di Kuala Pahang . Pantai Timu telah mempunyai satu o&g supply base iaitu Kemaman Supply Base yang menjadi pusat sehenti untuk menyokong pengeluaran minyak dan gas di luar pantai Terengganu . Kebanyakan Oil & Gas Supply Base biasanya adalah digazetkan sebagai kawasan free tax . Semua barang-barang yang masuk dan keluar adalah bebas cukai . Di Kemaman Supply Base atau orang ganu sebut KSB ni dah ada lebih 200 syarikat yang beroperasi . Ada pro dan cons nya bila bila syarikat ini beroperasi dalam kawasan supply base ini . Kawasan ini biasanya di monopoli oleh satu syarikat . Sewanya atau pajakan ditentukan oleh syarikat tesebut dan biasanya mahal . Sebab itu banyak juga syarikat sokongan kepada industri oil dan gas di Kemaman tidak beroperasi dalam kawasan supply base ini kerana mereka boleh mendapatkan tanah dan sewa pejabat lebih murah di luar supply base .

Jadi bila Datuk Najib umumkan supply base dibina di Pahang untuk support industri oil dan gas ini maka tak dapat tidak mungkin kat luar pesisir pantai Pahang itu ada simpanan gas yang tinggi . Kalau tiada kenapa satu lagi supply base dibina di Pahang . Kenapa supply base tidak dibina di Kelantan kerana luar pantai Kelantan sudah terbukti dan semua orang tahu mempunyai simpanan minyak dan gas yang banyak dan Kelantanlah yang lebih memerlukan kemudahan supply base berbanding dengan Pahang .

Sebab itu saya dapat rasakan bahawa luar pantai pahang mempunyai simpanan gas dan minyak yang banyak . Jika betul maka Pahang akan mempunyai pendapatan yang banyak hasil royalti atau wang ehsan minyak nanti . Maka dapatlah Pahang nanti membayar hutang-hutang yang telah bertimbun dengan kerajaan persekutuan dan seterusnya mengunakan royalti minyak itu nanti untuk membangunkan infrastrktur2 penting bagi memacu kemajuan Pahang secara menyeluruh.

Adakah Jerantut mendapat tempias hasil kewujudan supply base di Pekan itu . Untung Orang Pekan untuk sebab PM kita orang Pekan . Banyak peruntukan ECER berlegar di Pekan.

Tiada ulasan: