Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 10 Oktober 2011

Bodo Punya Olang

.... menteri mana punya kerja ni .... baru 4 hari bentang budget dah tarik balik ....

Dibawah ini adalah petikan ucapan PM Najib yang ingin mengkaji elaun ahli parlimen . 


Sebenarnya berapa gaji ahli parlimen ini . Menurut blog wzwh gaji ahli parli adalah seperti berikut :

Berapa gaji ahli parlimen Malaysia? 
Gaji hakiki           : RM6508.59
Elaun Pemandu   : RM1200

Sejak Bil Gaji ahli parlimen di Aktakan pada tahun 1980, gaji ahli parlimen telah disemak pada tahun 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005. Selepas tahun 2005 tidak ada kenaikan gaji ahli parlimen.

Jika dibandingkan dengan gaji ahli parlimen negara jiran sebulan:
  • Singapura- RM33,589
  • Indonesia- RM18,112
  • Thailand-   RM12,539


Nyatalah gaji ahli parlimen Malaysia antara yang terendah sekali.



Pada hari Jumaat lalu p81 telah mengulas mengenai elaun parlimen ini dalam tajuk 1OONE-OFF BUDGET (baca sini)

Dan ini pula adalah kenyataan Menteri Nazri Aziz yang menarik balik untuk mengkaji elaun ahli parlimen.

Takkanlah sebab ada beberapa ahli parlimen dari parti pembangkang bagi ulasan mengenai kenaikan elaun ahli parlimen maka terus dibatalkan kajian ...... adakah budget yang baru di bentangkan oleh PM Najib baru empat hari lalu budget olok2 .... budget main2 ... boleh suka2 bentang kemudian tarik balik sebelum dibahaskan diparlimen .....bodo punya olang .....

Seperti yang telah ditekankan oleh p81 dalam postin 1ONE-OFF Budget .... ahli parlimen dan adun perlukan kemudahan seperti berikut untuk melancarkan tugas mereka . Semua ahli parlimen kena dapat kemudahan ini .

1.  Elaun sewa permis Pusat Khidmat min RM2000/bulan
2. Elaun Pegawai Pusat Khidmat RM2000/bulan
4. 1one-off renovasi dan kelengkapan Pusat Khidmat RM50,000

Ahad, 9 Oktober 2011

PAS Jerantut Makin Parah

PAS Jerantut makin parah . risikan oleh parlimen81 menunjukan 80% cawangan PAS di Jerantut tidak berfungsi . Hanya 3% sahaja yang masih bermesyuarat secara tetap setiap minggu . Cawangan lain hancur . Cawangan di Felda langsung tidak berfungsi . Ada cawangan yang tidak diketahui siapa ajknya . Ada cawangan langsung tiada berduit didalam akaun bank .

Memang PAS Jerantut makin parah . PAS cawangan langsung tidak bersedia untuk berhadapaan dengan pilihanraya yang bila2 masa sahaja akan diumumkan oleh PM Najib .

Ada sumber-sumber risikan bahawa terdapat beberapa cawangan di Felda dalam proses untuk dibubarkan dan kesemua ahli-ahli PAS di situ akan mengistiharkan untuk masuk UMNO dalam masa terdekat ini .

Ini menunjukan bahawa PAS Jerantut makin parah .

Dalam keadaaan PAS dijangka mudah menewaskan UMNO dalam PRU13 nanti sesuatu yang tidak dijangka oleh UMNO telah berlaku dalam PAS yang memudahkan untuk UMNO meneruskan tradisi menang di Parlimen Jerantut .

Sabtu, 8 Oktober 2011

1ONE-OFF BUDGET

Salam semua warga Jerantut . Hari ini kita telah di sajikan dengan 1ONE-OFF BUDGET .

Antara 1ONE-OFF BUDGET adalah seperti berikut :

1. 1ONE-OFF UNTUK BEKAS KAKITANGAN KEMAS DAN JASA - RM3000
2. 1ONE-OFF UNTUK BEKAS TENTERA DAN BALU BEKAS TENTERA - RM3000
3. 1ONE-OFF UNTUK ISI RUMAH KURANG RM3000 - RM500
4. 1ONE-OFF UNTUK BANTUAN PERSEKOLAHAN - RM100

parlimen81 berpuas hati dengan budget yang dibentangkan pada kali ini . Budget seperti ini akan muncul setiap 4-5 tahun sekali .

Tapi parlimen81 tertarik juga kerana budget ada menyentuh mengenai elaun ahli parlimen dikaji untuk dinaikkan . Parlimen81 sokong tapi budget tersebut mestilah menyentuh mengenai kemudahan untuk ahli parlimen . Sepatutnya setiap ahli parlimen mesti di beri kemudahan seperti berikut (jika belum ada )

1. Elaun Sewa Pejabat + Broadband + Elektrik + Air - RM2000 sebulan
2. Elaun Renovasi Pejabat + Kelengkapan Pejabat  RM50,000 1ONE-OFF setiap penggal
3. Elaun Kakitangan Pejabat Ahli Parlimen - RM2000 sebulan

Khamis, 6 Oktober 2011

Belanjawan Pakatan Rakyat vs Belanjawan Barisan Nasional

Mari sini tuan tuan dan puan-puan . Ini adalah Budget pilihanraya bagi kedua -dua pihak yang berjaya memenangi pilihanraya PRU13 nanti . Jika Pakatan menang inilah budget yang mereka akan bentangkan semula di parlimen dan jika Barisan menang budget yang akan dibentangkan esok akan diguna pakai untuk tahun 2012 nanti .

Belanjawan Kerajaan Pakatan Rakyat 2012
Muat Turun Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim – Belanjawan Pakatan 2012
Muat Turun Ringkasan Belanjawan Pakatan 2012
Download English Summary Pakatan Budget 2012

Buku Jingga
Muat Turun Buku Jingga (Versi PDF)
Download Abridged Orange Book (PDF Version)



Belanjawan Kerajaan Barisan Nasional 2012
Muat Turun Ucapan Datuk Seri Najib Razak – Belanjawan Barisan 2012 (akan diupdate esok)
Muat Turun Ringkasan Belanjawan Barisan 2012 (akan diupdate esok)
Download English Summary Barisan Budget 2012 (akan diupdate esok)