Jentera sedang meratakan tanah di tapak projek
Mungkin saya tidak beli lot kedai ini dan kemungkinan juga ramai dari kalangan penduduk asal Feri tidak akan beli lot kedai ini . Nanti bila siap lot kedai ini akan banyaklah pernigaan baru dibuka di Feri ini . Penduduk Feri pun sudah ramai , banyak taman-taman perumahan yang telah dan sedang dirancang di Feri . Lama-lama Feri ini akan bercantunm juga dengan bandar Jerantut .
Orang Melayu yang kaya-kaya kat Feri atau sekitarnya jangan hanya pandang sahaja projek-projek dekat dengan Feri ini . Kalau orang Melayu hanya pandang sahaja maka suatu hari nanti orang Melayu tidak akan menguasai perniagaan di Feri lagi .
Beginilah lebih kurang bentuk Feri di sini pada akhir 70-an dulu
Jambatan Sultan Abdullah di Jerantut Feri Dalam Fasa Akhir Pembinaan 1978
(Rasanya hampir 80% orang Jerantut tak tahu nama jambatan ini)
Tapi kini Feri kembali ceria , banyak taman-taman perumahan disekitarnya yang dibina dan diduduki menyebabkan kuasa membeli di Feri semakin meningkat . maka para perniaga besar di bandar Jerantut melihat peluang ini . Maka mereka sudah merancang untuk membina rumah kedai yang mahal disini dan menjadikan Feri sebagai bandar satelit kepada Jerantut . Kalau harga rumah kedai mahal maka orang Melayu hanya mampu melihat kemajuan Feri yang mana peniaga cina akan kembali menguasai ekonomi di Feri seperti akhir tahun 70-an dan awal 80-an dulu . Maka ketika itu yang dapat bertahan mungkin hanya Murtabak Feri yang walaupun setiap tahun harga meningkat tapi masih dibeli oleh orang ramai .
Sebenarnya orang Melayu dah tak mengusai Feri sebenarnya . Kalau kita lihat dari Feri hingga ke bandar Jerantut hampir 90% tanah-tanah no 1 ditepi jalan telah bertukar milik kepada orang cina . kalau adapun tanah orang melayu hanyalah lot-lot no 3 atau 4 . Ini juga sudah cukup untuk kita lihat bahawa cina sudah mengusai Feri. Jangan nanti dalam kita mengwar-warkan kemajuan kampung kita seperti cerita Pak Kadok yang terlompat-lompat bersorak girang kerana ayamnye menang tapi tapi tak sedar kampung tergadai .