Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 30 Mac 2013

Calon Calon UMNO Jerantut - Mana Satu Pilihan Najib ?


Ini hanya spekulasi . Empat calon diatas berpotensi besar untuk dicalonkan oleh PM Najib sebagai calon UMNO untuk:

1. Parlimen Jerantut
2. DUN Tahan
3. DUN Pulau Tawar

Mana satu agaknya pilihan Najib ?  Wan Amizan ( The Best Ever Adun We Had ) mungkin kekal di Tahan atau parlimen . Cikgu Nazlan orang Gintong mungkin di Pulau Tawar atau parlimen . Dato Sharif mungkin di parlimen atau Tahan . Tajul Razi mungkin di parlimen atau Pulau Tawar . Mana satu pilihan Najib . Dato Sharif atau Tajul Razi jika bertanding di DUN kemungkinan besar paling kurang akan dilantik menjadi EXCO kalau tidak mungkin terus dilantik sebagai Menteri Besar mengantikan Datuk Nan.

Dato Sharif dan Tajul Razi terkenal di lapangan korporat . Tapi mereka berdua bukan dari kalangan inner circle UMNO Jerantut . Jika Dato Sharif berkorporat di Pahang maka Tajul Razi berkoporat di Kuala Lumpur . Kedua-dua berpotensi besar menjadi EXCO atau MB . Pahang memerlukan seorang MB yang berkaliber dan berkorporat untuk menguruskan limpahan hasil dari royalti minyak nanti . Memerlukan seorang MB yang mahir dalam selok-belok korporat dalam dan luar negara.

Perlu menyediakan infrastuktur dan menarik seramai mungkin pelabor . Maka seorang MB yang ada integriti dan kebolehan korporate dalam mentadbir Pahang di perlukan oleh Datuk Najib.

Tajul Razi orang Pulau Tawar jati sementara Dato Sharif ada darah Pulau Tawar. Ada juga spekuasi mengatakan Ahmad Jaafar akan bertanding di Pulau Tawar . Beliau sekarang ini SU Agama MB Pahang juga merupakan bekas ADUN Tahan.

Rabu, 20 Mac 2013

Parlimen Bubar 3 April 2013 ?

UNIT RISIKAN berbisik lagi ke telinga BLOG PARLIMEN81 dan membuat spekulasi lagi dengan menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib akan mengadap Yang Dipertuan Agong pada Rabu 1 April 2013 bagi memohon pekenan untuk membubarkan parlimen petang terebut dan seterusnya membolehkan Pilihanraya Ke-13 dilaksanakan pada hujung April atau awal Mei 2013. SPR juga telah umumkan minggu lepas bahawa pilihanraya akan diadakan serentak diseluruh Malaysia


Majlis Kemuncak Jelajah Janji DiTepati di Kuantan Pahang pada 23 Mac 2013 juga menandakan bahawa PM Najib telah bersedia untuk menghadapi PRU13 . Dalam majlis ini beliau meminta mandat untuk 5 tahun lagi dari rakyat Pahang . Beliau juga berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada orang Kuantan supaya beralih arah dari Pakatan Rakyat kepada Barisan nasional dalam PRU13 nanti . RM50 juta untuk baiki jalanraya dan RM50 juta untuk projek tebatan banjir . Terpulanglah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pahang selepas PRU13 nanti untuk uruskan wang tersebut.

Sepatutnya ikut kata risikan pembubaran akan dilakukan pada 22 Februari 2013 tetapi memandangkan terdapat masalah maka ditanguhkan beberapa kali dan hari ini adalah sangat sesuai untuk dibubarkan parlimen . Dan kebetulan pula MB Selangor mengumumkan Selangor akan bubar selepas Chap Goh Mei . Maka PM Najb baru perasan bahawa jika beliau membubarkan parlimen 22 Februari 2013 maka ianya akan melukakan hati orang cina dan memberi mileage kepada MB Selangor . Jadi 27 Februari 2013 dirasakan masa yang sesuai untuk membubarkannya. Tapi kejadian di Lahad Datu telah mengagalkan lagi PM Najib untuk membubarkan parlimen . Kini kejadian di Lahad Datu sudah agak reda dan kini masa yang sesuai untuk membubarkannya iaitu bubar dihari yang mulia dalam segala hari iaitu hari Jumaat 15 Mac 2013 tapi kemudian beliau terlupa pula rakyat ingin tahu prestasi ETP dan GTP yang belum diumumkan lagi maka semalam beliau telah umumkan pencapaian beliau dalam GTP dan ETP .Jadi sepanjang minggu ini dan minggu lepas PM Najib akan cuba melihat dan mengkaji feedback dari orang ramai  berkaitan dengan prestasi tranformasi beliau .Cadangan  20 Mac 2013 juga tidak menjadi kerana skandal rasuah Taib Mahmud yang meledak satu dunia . Tapi pembubaran automatik DUN Negeri Sembilan pada 27 Mac ini akan memungkinkan sekali lagi spekulasi untuk Najib bubarkan parlimen .



Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang . Pengerusi BN telah arahkan supaya semua bilik gerakan jentera BN dibuka selewat2nya pada 1 Februari 2013 lalu . Dan sejak itu BN Jerantut begitu aktif dengan program KAS SAYANG JERANTUT yang tamat pada 24 Februari lalu dan dijangka disambung lagi beberapa hari. 

Wan Amizan - Calon Dun Tahan
Wan Amizan Wan Abdul Razak The Best Ever ADUN We Had in Jerantut pun dah tak sabar menunggu pengumuman Najib samaada beliau akan dicalonkan semula bagi mempertahankan jawatan ADUN Tahan atau dinaikkan pangkat sebagai calon Ahli Parlimen.
Berapa bilik gerakan yang telah dibuka sekarang ini  oleh BN Jerantut . Apakah bilikan gerakan Pakatan Rakyat Jerantut juga telah mula dibuka atau adakah terdapat arahan dari kepimpinan Pakatan Rakyat Jerantut untuk mengarahkan bilik gerakan dibuka sekarang ini .Bersiap sediakah semua parti komponen BN dan PR dengan bendera dan banner untuk pilihan raya ini .

Apakah pula persiapan bahagian gerak gempur BN dan PR .Sudah siapkah isu-isu yang ingin dimainkan sepanjang PRU13 nanti dan sudah siap sediakah BN dan PR untuk menjawap isu-isu yang akan dilontarkan oleh pihak lawan .

Rasanya sama ada BN atau PR telah ada senarai calon masing-masing.
Siapakah Calon Ahli Parlimen Jerantut ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Pulau Tawar ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Tahan ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Damak ? MCA vs PKR/ DAP ?

Cikgu Nazlan - Calon Parlimen Jerantut

Ketika  BN masih dong dang dong dang dengan senarai calon-calonnya parlimennya samaada Tengku Lan , Dr Shukri  dan Wan Amizan  kali ini atau BN Jerantut akan menampilkan semua muka baru ? Diberitakan jika muka baru maka Cikgu Nazlan menjadi calon pilihan utama Tengku Lan jika beliau tidak bertanding. Diberitakan juga Lau Lee masih akan kekal di Dun Damak dan muka baru Datuk Nazri Ngah sebagai calon pilihan Tengku Lan untuk DUN Pulau Tawar.
Nazri Ngah - Calon Dun Pulau Tawar
Lau Lee - Calon Dun Damak



Dr Hamzah Jaafar - Calon PR Parlimen Jerantut
Pakatan Rakyat dah hampir pasti dengan senarai calon bagi setiap dun  dan parlimen iaitu PR Dr Hamzah , Ustaz Yuhanis , Ustaz Zakuan dan Cikgu Koh ?

Kepada pengundi bijak2lah mengundi. Yang belum daftar maaf anda tak layak mengundi pru13 ini. Kepada jemaah tabligh marilah sama2 mengundi. tunaikan hak anda. anda tak mahu mengundi itu hak anda tapi jgn pengaruhi rakan anda

Calon Pakatan Rakyat
Bagi BLOG PARLIMEN81 punya analisis dijangkakan BN akan menyapu bersih semua kerusi-kerusi yang ditandinginya melalui UMNO iaitu Parlimen Jerantut , DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar dengan pertambahan majoriti disetiap peti undi. Sementara itu DUN Damak BN di jangka akan kalah tipis dengan undi BN dijangka meningkat tapi Pakatan Rakyat akan menang di kerusi ini. Sementara itu analisis blog parlimen81 pula menjangkakan BN akan terus menguasai dewan undangan negeri pahang selepas PRU13 nanti. Pakatan Rakyat pula p81 jangkakan agak beruntung jika dapat mempertahankan kerusi yang dipegang oleh PKR dan PAS sekarang ini yang mana kerana analisis menunjukan sokongan melayu telah kembali kepada BN terutamanya diluar bandar yang mana 70% pahang adalah dari luar bandar. Walaubagaimanapun p81 jangkakan DUN Jengka akan bersaing sengit kerana ramai peneroka Felda adalah berasal dari Kedah dan Kelantan. Sementara DUN tandingan MCA seperti Bilut dan Teruntum akan jatuh ke PR sama seperti Damak. Sementara itu Triang dan Tras dijangka terus kekal dibawah Pakatan Rakyat . Jika Pakatan berjaya mempertahankan Beserah dan Semantan dan menambah Indera Mahkota maka  BN akan membentuk kerajaan Pahang dengan kemenangan sebanyak 34 kerusi berbanding dengan 42 kerusi yang ada. Tapi firsat p81 mengatakan bahawa PAS akan kehilangan semua kerusinya dalam PRU13 nanti dengan itu BN akan membentuk kerajaan dengan kemenangan 37 kerusi . Firasat p81 jga kuat mengatakan PKR akan kehilangan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .

Rabu, 13 Mac 2013

Wan Amizan Wan Abdul Razak The Best Ever ADUN Tahan We Had

klik sini senarai calon calon berpotensi jerantut

WZWH telah mengariskan kriteria untuk calon UMNO sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut . WZWH secara tidak langsung bila mengariskan kriteria-kriteria dibawah ini mempromosikan calon Wan Amizan Wan Abdul Razak bagi mengantikan Tengku Lan . Blog parlimen81 memang menyokong dan bersetuju sangat dengan segala apa yang diperkatakankan oleh WZWH .

Memang Wan Amizan Wan Abdul Razak The Best Ever ADUN We Had in Jerantut . Tak pernah lagi dalam sejarah UMNO Jerantut ada seorang pemimpin boleh membawa hampir RM1 billion projek baru ke Jerantut . Hanya Wan Amizan Wan Abdul Razak sahajalah pemimpin tersebut . Wan Amizan juga sangat petah bercakap . Sangat mudah menyesuaikan diri dengan orang ramai tak kira muda atau tua semua dia boleh bergaul . Tak loket dengan duit . walau gaji dia kecil sebagai ADUN tapi dia akan usahakan juga mencari duit luar untuk memberi khidmat sebaik mungkin dikawasannya .Ialah kalau setakat duit ADUN dan peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan mana cukup .Tak boleh tidak duit luar diperlukan untuk memajukan kawasan seperti DUN Tahan ini. Sebab  itu bekas ADUN PAS dulu YB Malek tidak banyak memberi kepada orang Ulu Tembeling sebab beliau tidak pandai macam Wan Amizan cari duit luar . Dulu ADUN PAS hanya berharapkan kepada duit elaun ADUN sahaja untuk servis DUN Tahan tak macam YB Amizan yang berusaha mencari duit luar untuk servis DUN Tahan . Itulah kehebatan Wan Amizan yang tiada pada arwah YB Malek dulu . Tapi anatara jasa YB Malek yang paling penting ialah ianya memberi kesedaran kepada kerajaan BN yang telah lama meminggirkan DUN Tahan . YB Malek telah berjaya memaksa kerjaaan membina dengan segera jalan ke Kuala Tahan . Di era YB Malek penduduk sekitar DUN tahan dapat talian talipon lebih awal dari penduduk Pulau Tawar. itulah kehebatan YB Malek . YB Ahmad Jaafar pun tak boleh lawan dua orang YB Tahan yang paling hebat ini iaitu YB Malek dan YB Wan Amizan.

Bermacam bantuan yang dihulurkan oleh Wan Amizan Wan Abdul Razak untuk penduduk yang rata-rata dikawasannya dikategori pendalaman itu . Wan Amizan Wan Abdul Razak mudah ditemui oleh orang kampung . Tak kira ceruk mana kampung pun dia boleh akses dengan kemudahan-kemudahan yang dia ada seperti Jet Ski , Helikopter , 4WD atau motor cros  pun dia akan cuba sampai di wilayah jajahannya . Dari tingkat empat putrajaya hingga ke istana di Pekan hingga ke hutan balak di ceruk-ceruk hulu tembeling semua dia boleh akses untuk memastikan kawasan jajahannya di majukan dan hasilnya secara fisikalnya kini :

1. Jalan Raya dari Kg Tuit ke Kg Pagi berjaya diperolehi oleh beliau 2010
2. Ladang Sawit berjaya di perolehi oleh beliau
3. Bangunan Tambahan untuk sekolah rendah ulu tembeling berjaya diperolehi oleh beliau 2010
4. Pembangunan ladang hutan berjaya diperolehi oleh beliau .
5. Kolej Komuniti berjaya di perolehi oleh beliau
6. Projek hidro power plant diperolehinya

Tidak cukup dengan projek disekitar DUN Tahan  beliau juga usahakan projek-projek di luar DUN tahan bagi memastikan hasilnya nanti katanya boleh dinikmati oleh masyarakat Ulu Tembeling dibawah jajahan DUN Tahan.

Itulah orang yang bernama Wan Amizan Wan Abdul Razak seorang anak muda yang sangat berkaliber kepimpinannya . Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian, pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan . Hubungan baik ini beliau terjemahkan pula dengan jaringan beliau dengan komuniti korporat baik dalam dan luar negara juga membawa banyak pelaburan bernilai tinggi ke parlimen Jerantut ini.

Ramai yang tak percaya dengan kebolehan dan ketrampilan beliau . Blog SPU dan Urang Drrulug kata macam-macam kat Wan Amizan (klik sini) dan sini dan sini  .Kesian Wan Amizan tapi memang Wan Amizan memang berwibawa .Nah lihatlah bukti-bukti tentang projek yang telah dibawa oleh beliau atau keluarga rapat beliau ke DUN Tahan .

               A. BANGUNAN TAMBAHAN SEKOLAH ULU TEMBELING RM8 JUTA


                 B. JALAN RAYA KG TUIT KG PAGI RM121 JUTA

             C. PROJEK LUAR DUN TAHAN RM68 JUTA




Nah . Itu semua hasil usaha keras beliau selama menjadi ADUN tahan . Amat rugi jika kepimpinan tidak mencalonkanya kembali untuk dinilai oleh rakyat Tahan atau Jerantut . Beliau juga diberitakan ada menwujudkan YAYASAN TEMBELING bagi membantu rakyat Tahan . Yayasan ini akan memohon projek ladang-ladang hutan dan konsesi-konsesi balak yang mana hasil daripada penjualan balak nanti kata pembantunya akan disalurkan kembali sebahagian kecil untuk rakyat DUN Tahan . Memang beruntung sangat orang DUN tahan mempunyai seorang ADUN seperti Datuk Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak ini .

Jadi jika nama Wan Amizan tiada dalam list jadi kami rakyat Jerantut merayu kepada Datuk Najib supaya menilai kembali supaya datuk Wan Amizan dimasukkan kembali namanya dalam senarai calon . Ini menepati kenyataan Datuk Najib dalam temubual “Conversation with the PM” programme aired on TV3 baru-baru ini seperti berikut :

"The list of Barisan Nasional (BN) candidates for the 13th general election is almost ready but is subject to changes even up to the moment of the announcement, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said last night.
He said the changes were necessary to ensure that the selected individuals were winnable candidates and the best.
“Every time we study the list, we are driven to make changes, but we may have not much time (to do that). We check, scrutinise and ponder if there could be a better candidate.
“I believe this process will go on up to the moment that we announce the candidates. There may be changes right up to that time.
“However, the basic list is there. Candidates have been decided for most of the constituencies. We will field those people who have been categorised as winnable candidates,” he said"


Ini kriteria digariskan oleh blog WZWH bagi memperkuatkan lagi menjustifikasikan untuk Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak sebagai calon Parlimen atau DUN Tahan.

Dari segi UMNO, pemimpin mestilah dari pimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang memahami budaya politik UMNO Jerantut dan tahu apa kehendak parti dari bahagian, sayap-sayap dan cawangan serta realiti politik Jerantut.

Dari segi masyarakat tahu bagaimana mahu memenuhi kehendak masyarakat. Adalah lebih baik calon parlimen Jerantut dipilih dari barisan ADUN di Jerantut. 68,000 pengundi perlu lihat kepada trek rekod pencapaian pembangunan di DUN.

Selama mana menjadi ADUN dan apa peruntukan pembangunan yang berjaya dibawa baik bagi projek pembangunan yang sudah dijalankan , sedang dibuat, akan dibuat dan mendapat kelulusan.


13 soalan yang perlu dijawab oleh calon-calon parlimen Jerantut :

  1. Sanggupkah anda berkorban untuk orang Jerantut?
  2. Apa sumbangan anda kepada parlimen Jerantut setakat ini?
  3. Apa program-program yang anda sudah buat bagi parti UMNO, BN dan masyarakat Jerantut?
  4. Apa projek-projek pembangunan samada  scale bersaiz kecil, sederhana dan besar yang anda telah berjaya bawa ke parlimen Jerantut?
  5. Apa hubungan PRO anda dengan masyarakat, penjawat awam, orang kampung, grassroot, orang muda, orang tua, wanita, puteri, orang Cina, orang India, orang Asli dan golongan minoriti?
  6. Sejauh mana hubungan anda dengan beberapa NGO, Pertubuhan, Persatuan, Kelab samada perniagaan, sosial dan sukan?
  7. Sejauh mana anda boleh menjiwai budaya masyarakat Jerantut samada di kampung-kampung tradisional, Peneroka Felda dan bandar/suburban Jerantut?
  8. Sejauh mana hubungan anda dengan Putrajaya, Kementerian, Kuantan dan Istana?
  9. Apakah visi dan misi anda bagaimana mahu membangunkan parlimen Jerantut dengan pesat?
  10. Sejauh mana hubungan anda dengan komuniti korporat baik dalam dan luar negara bagi membawa banyak pelaburan bernilai tinggi ke parlimen Jerantut?
  11. Apakah kekuatan-kekuatan  anda yang boleh anda yakin memenangi PRU 13 parlimen Jerantut?
  12. Bagaimana anda sebagai komander perang mahu mengarah dan mengurus jentera perang parti PRU 13 parlimen Jerantut dengan lebih cekap dan berkesan?
  13. Akhir sekali adakah anda calon yang bersih kelihatan lebih dan nampak bersih dari segi peribadi, personaliti, sahsiah, ilmu, keagamaan yang boleh menarik minat 68,000 pengundi Jerantut?


Jika seseorang ADUN itu berjaya membawa peruntukan ke DUN lebih RM1 bilion maka itu dikira KPI yang baik untuk menjadi calon parlimen Jerantut.

Rakyat perlu melihat ADUN mana yang rajin buat program bukan saja di DUN sendiri tetapi merentasi 1parlimen Jerantut melibatkan DUN-DUN yang lain.

Bagaimana ADUN itu menyumbang kepada pendidikan dan kegiatan PIBG sekolah, keagamaan masjid dan surau, sukan keceriaan masyarakat dan kebajikan pengundinya dijaga.

Bagaimana hubungan ADUN ini dengan anak-anak muda, orang tua, pentadbir awam, orang Cina dan golongan minoriti.

Sudah tentu rakyat Jerantut mahu seorang calon parlimen Jerantut yang mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian, pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.

Cuba 68,000 pengundi Jerantut bertanya mana janji-janji ADUN-ADUN ini yang telah ditepati?

Parlimen Bubar 15 Mac 2013 PRU-13 6 April 2013

UNIT RISIKAN berbisik lagi ke telinga BLOG PARLIMEN81 dan membuat spekulasi lagi bahawa Datuk Najib menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib akan menghadap Yang Dipertuan Agong hari ini Khamis 13 Mac  bagi memohon pekenan untuk membubarkan parlimen besok 15 Mac 2013 dan seterusnya membolehkan Pilihanraya Ke-13 dilaksanakan pada 6 April 2013.

Sepatutnya pembubaran dilakukan pada 22 Februari 2013 tetapi memandangkan terdapat masalah calon BN dibeberapa kawasan yang belum selesai maka terpaksa ditangguh sehingga esok . Dan kebetulan pula MB Selangor mengumumkan Selangor akan bubar selepas Chap Goh Mei . Maka PM Najb baru perasan bahawa jika beliau membubarkan parlimen 22 Februari 2013 maka ianya akan melukakan hati orang cina dan memberi mileage kepada MB Selangor . Jadi 27 Februari 2013 dirasakan masa yang sesuai untuk membubarkannya. Tapi kejadian di Lahad Datu telah mengaglkan lagi Pm Najib untuk membubarkan parlimen . Kini kejadian di Lahad Datu sudah agak reda dan kini masa yang sesuai untuk membuabarkannya iaitu bubar dihari yang mulia dalam segala hari iaitu hari Jumaat 15 Mac 2013.
Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang . Pengerusi BN telah arahkan supaya semua bilik gerakan jentera BN dibuka selewat2nya pada 1 Februari 2013 lalu . Dan sejak itu BN Jerantut begitu aktif dengan program KAS SAYANG JERANTUT yang tamat pada 24 Februari lalu dan dijangka disambung lagi beberapa hari.

Berapa bilik gerakan yang telah dibuka sekarang ini  oleh BN Jerantut . Apakah bilikan gerakan Pakatan Rakyat Jerantut juga telah mula dibuka atau adak terdapat arahan dari kepimpinan Pakatan Rakyat Jerantut untuk mengarahkan bilik gerakan dibuka sekarang ini .Bersiap sediakah semua parti komponen BN dan PR dengan bendera dan banner untuk pilihan raya ini .

Apakah pula persiapan bahagian gerak gempur BN dan PR .Sudah siapkah isu-isu yang ingin dimainkan sepanjang PRU13 nanti dan sudah siap sediakah BN dan PR untuk menjawap isu-isu yang akan dilontarkan oleh pihak lawan .

Rasanya sama ada BN atau PR telah ada senarai calon masing-masing.
Siapakah Calon Ahli Parlimen Jerantut ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Pulau Tawar ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Tahan ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Damak ? MCA vs PKR/ DAP ?

Ketika  BN masih dong dang dong dang dengan senarai calon-calonya samaada Tengku Lan , Dr Shukri , Wan Amizan dan Lau Lee kali ini atau BN Jerantut akan menampilkan semua muka baru ?
Pakatan Rakyat dah hampir pasti dengan senarai calon bagi setiap dun  dan parlimen iaitu PR Dr Hamzah , Ustaz Yuhanis , Ustaz Zakuan dan Cikgu Koh ?

Kepada pengundi bijak2lah mengundi. Yang belum daftar maaf anda tak layak mengundi pru13 ini. Kepada jemaah tabligh marilah sama2 mengundi. tunaikan hak anda. anda tak mahu mengundi itu hak anda tapi jgn pengaruhi rakan anda

Bagi BLOG PARLIMEN81 punya analisis dijangkakan BN akan menyapu bersih semua kerusi-kerusi yang ditandinginya melalui UMNO iaitu Parlimen Jerantut , DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar dengan pertambahan majoriti disetiap peti undi. Sementara itu DUN Damak BN di jangka akan kalah tipis dengan undi BN dijangka meningkat tapi Pakatan Rakyat akan menang di kerusi ini. Sementara itu analisis blog parlimen81 pula menjangkakan BN akan terus menguasai dewan undangan negeri pahang selepas PRU13 nanti. Pakatan Rakyat pula p81 jangkakan agak beruntung jika dapat mempertahankan kerusi yang dipegang oleh PKR dan PAS sekarang ini yang mana kerana analisis menunjukan sokongan melayu telah kembali kepada BN terutamanya diluar bandar yang mana 70% pahang adalah dari luar bandar. Walaubagaimanapun p81 jangkakan DUN Jengka akan bersaing sengit kerana ramai peneroka Felda adalah berasal dari Kedah dan Kelantan. Sementara DUN tandingan MCA seperti Bilut dan Teruntum akan jatuh ke PR sama seperti Damak. Sementara itu Triang dan Tras dijangka terus kekal dibawah Pakatan Rakyat . Jika Pakatan berjaya mempertahankan Beserah dan Semantan dan menambah Indera Mahkota maka  BN akan membentuk kerajaan Pahang dengan kemenangan sebanyak 34 kerusi berbanding dengan 42 kerusi yang ada. Tapi firsat p81 mengatakan bahawa PAS akan kehilangan semua kerusinya dalam PRU13 nanti dengan itu BN akan membentuk kerajaan dengan kemenangan 37 kerusi . Firasat p81 jga kuat mengatakan PKR akan kehilangan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .

Ahad, 10 Mac 2013

Tengku Lan Kekal Calon BN Parlimen Jerantut PRU13

Berikut adalah senarai terkini calon-calon PRU13 yang dikeluarkan oleh Biro Risikan BLOG P81:

PARLIMEN
1. Tengku Azlan :  Barisan Nasional/UMNO
2. Ustaz Dr Hamzah  : Pakatan Rakyat/PAS

DUN Pulau Tawar
1. Datuk Nazri Ngah : Baisan Nasional/UMNO
2. Ustaz Yohanis  : Pakatan Rakyat/PAS

DUN Tahan
1. Wan Amizan Wan Abd Razak :  Barisan Nasional/UMNO
2. Ustaz Zakuan : Pakatan Rakyat/PAS

DUN Damak
1. Datuk Lau Lee : Barisan Nasional/MCA
2. Chegu Koh : Pakatan Rakyat/PKR or DAP
3.    ?                  : 3rd Force/Berjasa

Tengku Lan dijangka akan terus bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang . Ini bagi meredakan persaingan hebat antar Gu Wan Amizan dan Gu Dr Shukri dalam UMNO bahagian Jerantut .Tengku Lan kali ini akan bergandingan dengan Datuk Nazri Ngah , Wan Amizan dan Datuk Lau Lee dalam mempertahankan penguasaan Barisan Nasional di Jerantut . Datuk Nazri Ngah menjadi pilhan Tengku lan untuk bertanding di DUN Pulau Tawar hasil dari Resolusi Kangaroo sekitar Februari baru-baru ini . Barisan Nasional melihat walau pun pengaruh Datuk Dr Shukri masih kuat di DUN Pulau Tawar tetapi memandangkan kalau letak tunggul kayu pun Pulau Tawar tetap akan menjadi milik Barisan Nasional maka mana-mana calon yang mempunyai modal adalah keutama Barisan Nasional . Ketika ini calon yang paling banyak modal ialah Datuk Nazri Ngah yang mempunyai banyak kontrak-kontrak dalam tangan disamping konsesi-konsesi yang bernilai besar yang dikongsi bersama partnernya. Disamping itu kelebihan Datuk nazri Ngah ialah beliau anak FELDA yang akan bertembung pula dengan calon PAS juga anak FELDA

Sementara itu bagi mempertahankan DUN Tahan tiada calon lain yang lebih sesuai selain dari Datuk Wan Amizan . Ini kerana hanya calon yang bekerja keras sahaja yang layak duduk DUN Tahan ini disamping faktor kos yang tinggi bagi memberi khidmat  di DUN yang mempunyai kesukaran akses ini. Sejarah telah membuktikan Wan Amizan yang boleh akses hampir kesemua kawasan-kawasan ini dengan kemudahan yang terkini sama ada melalui jalan darat , jalan air , dan jalan udara Disamping itu pihak atasan BN juga melihat kepada usaha-usaha yang telah dibuat oelh Datuk Wan Amizan selama ini dalam membangunkan DUN Tahan telah menampakkan hasilnya . Pihak atasan juga melihat projek-projek yang sepatutnya telah siap tapi belum siap yang telah diusahakan budgetnya sehingga ke tingkat 4 dan dianugerahkan kepada syarikat-syarikat milik Wan Amizan dan keluarganya perlu dipastikan disiapkan . Jika calon lain yang dipilih mungkin banyak hanki panki projek tersebut akan terdedah dan ini akan menyukarkan peluang Barisan Nasional di DUN Tahan.


Sementara itu pengaruh Datuk Lau Lee di peringkat MCA Pahang membuatkan Barisan Nasional akan terus memilihnya untuk PRU 13 ini . Walau terdapat bantahan dari akar umbi rakyat di Damak tapi memandangkan akar umbi MCA jerantut measih memerlukan Datuk Lau Lee maka Barisan Nasional tetap dengan pilihan asal. Billionaires-billionaires Jerantut juga masih menyokongnya . Ini yang paling penting . Sokongan rakyat jatuh nombor dua.