

Pusat Pelancongan Kuala Salan memang termashur sejak dari zaman akhir tahun1800-an lagi . Di sini pernah dikatakan berlakunya "Sumpah Pulau Tawar" oleh pahlawan-pahlawan Pahang . Kini , disini pelbagai aktiviti eco-pelancongan yang digerakkan oleh masyarat setempat dan luar . Jika zaman 80-an dahulu disinilah tempat jambori pengangkap yang tersohor di Jerantut . Tempat ini menjadi popular secara bermusim . Hanya di musim panas atau kemarau sahaja Kuala Salan ini menjadi begitu popular . Menjadi tempat masyarat sekitar Jerantut untuk beriadah bersama keluarga . Tebing sungai yang putih bersih dengan dengan pasir yang landai menjadi pusat kegiatan perkhemahan , pemandian dan pemancingan . Sejak bulan akhir Januari 2014 hingga kini setiap minggu tidak pernah putus dengan pelancong yang menjadikan pantai Kuala Salan sebagai tempat membawa keluarga berkelah dan memancing . Majlisdaerah atau Pejabat penghulu perlu memikirkan supaya tempat ini dilengkapi dengan kemudahn awam seperti tandas dan tempat persalinan . Memang dulu-dulu ada bangunan kekal tempat persalinan dan tandas untuk kegunaan orang awam tetapi keadaan sungai turun naik menyebabkan kemudahahn itu musnah dilanda banjir . Mungkin Majlis daerah atau Pejabat penghulu perlu memikirkan satu fasiliti mudah alih untuk ditempatkan disini . Bila habis musim perkelahan bolehlah di simpan semula kemudahan tersebut dan bila tiba musim kemarau boleh dipasang kembali kemudahan tersebut .


Kuala Salan memang mudah diakses . Ada jalan tar sehingga kegigi sungai . Tak perlu 4x4 untuk kesini . Mercedes S siries pun boleh sampai dan boleh landing digigi sungai.