Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 17 Oktober 2014

Projek Rangsangan Ekonomi Untuk Jerantut

Semenjak 3-5 tahun ni banyak betul cadangan projek-projek untuk merangsang ekonomi Jerantut . Tahniah kepada semua pimpinan kerajaan dan politik yang bersungguh sunguh utk memajukan Jerantut . p81 akan ulas sikit kepentingan setiap projek ini dalam merangsang ekonomi jerantut . Walaupun ulasan ini mungkin tidak betul dari padangan ahli ekonomi tapi p81 nak ulas juga sikit.


1. Projek Sturgeon
2. Projek Jalanraya Jerantut - Pasir Raja.
3. Projek Ladang Sawit
4. Projek Naiktaraf Jalan dan Stesen Keretapi
5. Projek Greater Jerantut
6. Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran
7. Projek Jalan Jerantut-Lepar -Sungai Lembing-Kuantan
8. Projek naik taraf sekolah tunas bakti.
9. Projek tapak rumah generasi baru felda dan kampung tradisi.
10. Projek Hub Pendidikan Jerantut
11. Projek Jalan Lingkaran
12. Projek Tanaman Kekal Rengat
13. Projek Penanaman Sayur-Sayuran




1. Projek Sturgeon .


Bagus projek ini . Memberi peluang pekerjaan kepada pendudukan tempatan pada peringkat awal pembinaan . Tapi seperti yang dikatakan banyak pihak keburukan dari segi eko system lagi besar impaknya. Jadi bawaklah projek ini ketempat lain . Dari segi rangasangn ekonomi jangka panjang tak besar sangat kesannya kepada rangsangan ekonomi setempat .


 2. Projek Jalanraya Jerantut - Pasir


Sangat Bagus projek ini . p81 tak boleh komen lebih . Sangat besat impak kepada rangsangan ekonomi untuk penduduk disekitar jalanraya ini dan ekonomi Jerantut akan berkembang dengan adanya jalan ini .


3. Projek Ladang Sawit


Tak payah ceritalah . memang semua dah Nampak impaknya kepada KDNK Jerantut .memang sangat merangsangkan . walau ada turun naik tapi memang impaknya sangat tinggi untuk ekonomi Jerantut sekarang ini .


4. Projek Naiktaraf Jalan dan Stesen Keretapi


Projek ini kalau setakat hanya upgrade Jalanraya dan stesen utk kegunaan penumpang tiada impak sangat kepada ekonomi jerantut tapi kalau di manipulatekan system keretaapi yang sedia ada ini utk tujuan membawa projek projek industry berat dan segala input dan outputnya menggunakan system kertapi api ini maka impaknya jadi tinggi .




5. Projek Greater Jerantut


Projek Greater Jerantut ini kalau menjadi memang bagus tapi ada pra-syarat utk projek ini berdaya maju . Kalau pra-syarat ini tidak dipenuhi silap-silap projek Greater Jerantut ini akan jadi Bandar hantu .


6. Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran


Projek ini sangat baik untuk rangsangan ekonomi . Projek yang telah terbengkalai lama ini perlu disegerakan .


7. Projek Jalan Jerantut-Lepar -Sungai Lembing-Kuantan


Projek ini juga sangat baik untuk merangsang ekonomi disekitar gugusan felda lepar dan juga Jengka dan Jerantut . Perlu segera di usahakan peruntukannya oleh gabungan ahli parlimen dan adun di  Jerantut , Maran , Paya Besar


8. Projek naik taraf sekolah tunas bakti.


Projek ini katnya bernilai hamper RM40 juta tapi tak de sangat impaknya kepada ekonomi Jerantut cuma pada peringkat pembinaan adalah sikit utk peluang pekerjaan kpd org Jerantut. Dan pada peringkat operasi adalah juga impak dari segi kontrak pembekalan dan spending oleh guru-guru.


9. Projek tapak rumah generasi baru felda dan kampung tradisi.


Sangat bagus . memberi peluang kepada generasi baru untuk memiliki rumah pada harga yang mampu dimiliki dan menyekat generasi ini berhijrah keluar dari Jerantut dan seterusnya merangsang ekonomi Jerantut dengan sumber tenaga kerja dan kuasa beli generasi ini.


10. Projek Hub Pendidikan Jerantut


Wow . Terima kasih kerana ADTEC telah beroperasi . Selain itu akan mula memberi impak sedikit masa lagi . Selain ADTEC  perlu juga disegerakan membawa projek Kampus Universiti ke Jerantut , ini lah projek yang paling memberi rangsangan terhebat untuk ekonomi Jerantut dalam keadaan ekonomi Jerantut yang hanya berharap kepada rangsangan dari industry sawit dan getah. Kemasukan pelajar yang ramai akan menstabilkan ekonomi di Jerantut ketika harga getah dan sawit tidak mampu merangsang ekonomi Jerantut. Projek ini perlu disegerakan dan disokong oleh semua ahli parlimen dan adun . Jadikan projek ini sebagai matlamat utama untuk diusahakan oleh ahli parlimen dan adun-adun . DO juga perlu seiring utk memastikan hub pendidikan ini tercapai . Bagaimana ? Tanah tak de dah ? sapa kata Tanah tak ada ? tu kat temin tu ada 700 ekar tanah yang dipajak kepada pengusaha sawit boleh diambil kembali . Lihat bagaimana ekonomi jengka berkembang dan terus bertanah dengan adanya kampus UITM . Lihat sedikit masa lagi ekonomi Raub akan terrangsang dengan pembukaan kampus UITM .... banyak lagi Universiti yang memerlukan kampus cawangan .... buat proposal kepada university-university tersebut supaya membina kampus cawangan mereka di Jerantut . Susah sangat ke untuk ahli parlimen atau adun berjumpa dengan Naib Canselor atau menteri pelajaran utk tujuan ini . Yang penting sebelum pergi tu pastikan Tanah yang cukup luas telah direservekan sebagai hub pendidikan . Lihat Muadzam Shah yang terangsang oleh kampus UNITEN. Ini adalah satu syarat yang perlu dipernuhi bagi memastikan kejayaan Greater Jerantut


11. Projek Jalan Lingkaran


Dimana-manapun  keberadaan jalan keretapi dan sungai boleh membantutkan pertumbuhan bandar . Cadangan jalan lingkaran ini sangat baik bagi menghubungkan dua kawasan yang di halang oleh jalan keretapi . Bagus idea ini . Greater Jerantut memerlukan jalan lingkaran ini untuk sukses.


12. Projek Tanaman Kekal Rengat


Projek ini telah bertahun tahun berjaya tapi hasilnya amat tidak memberangsangkan . Jabatan pertanian perlu melihat balik projek ini . Jabatan Audit Negara perlu segera menaudit projek ini bagi memastikan projek ini adalah projek yang boleh merangsang ekonomi jerantut dalam jangkamasa panjang


13. Projek Penanaman Sayur-Sayuran


Siapa sangka bahawa Jerantut adalah antara pembekal utama sayur-sayuran segar ke Pasar Borong Selayang . Selain Cameron Highland , Jerantut adalah pembekal utama sayur-sayuran ke Pasar Borong Selayang . Jika ada galakan yang lebih dari Jabatan pertanian lebih banyak sayur-sayuran akan sampai ke Pasar Borong Selayang . FAMA ada data ini rasanya . ahli parlimen dan adun serta DO boleh rujuk dengan FAMA dan Jabatan Pertanian.


Maaf memang ulasan ini ada yang tak betul dari padangan ahli ekonomi ini adalah pandangan dari rakyat biasa yang tidak belajar ekonomi di sekolah.









Isnin, 6 Oktober 2014

Tiga Kedai Musnah Terbakar di Bandar Jerantut Pada Eid Adha

Satu kejadian kebakaran telah memusnahkan 3 unit rumah kedai di hadapan stesen bas bandar jerantut