Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 27 Mac 2014

Pusat Pelancongan Kuala Salan Perlukan Kemudahan Awam

Pusat Pelancongan Kuala Salan memang termashur sejak dari zaman  akhir tahun1800-an lagi . Di sini pernah dikatakan berlakunya  "Sumpah Pulau Tawar" oleh pahlawan-pahlawan Pahang . Kini , disini pelbagai aktiviti eco-pelancongan yang digerakkan oleh masyarat setempat dan luar . Jika zaman 80-an dahulu disinilah tempat jambori pengangkap yang tersohor di Jerantut . Tempat ini menjadi popular secara bermusim . Hanya di musim panas atau kemarau sahaja Kuala Salan ini menjadi begitu popular . Menjadi tempat masyarat sekitar Jerantut untuk beriadah bersama keluarga . Tebing sungai yang putih bersih dengan dengan pasir yang landai menjadi pusat kegiatan perkhemahan , pemandian dan pemancingan .   Sejak bulan akhir Januari 2014 hingga kini setiap minggu tidak pernah putus dengan pelancong yang menjadikan pantai Kuala Salan sebagai tempat membawa keluarga berkelah dan memancing . Majlisdaerah atau Pejabat penghulu perlu memikirkan supaya tempat ini dilengkapi dengan kemudahn awam seperti tandas dan tempat persalinan . Memang dulu-dulu ada bangunan kekal tempat persalinan dan tandas untuk kegunaan orang awam tetapi keadaan sungai turun naik menyebabkan kemudahahn itu musnah dilanda banjir . Mungkin Majlis daerah atau Pejabat penghulu perlu memikirkan satu fasiliti mudah alih untuk ditempatkan disini . Bila habis musim perkelahan bolehlah di simpan semula kemudahan tersebut dan bila tiba musim kemarau boleh dipasang kembali kemudahan tersebut .


Kuala Salan memang mudah diakses . Ada jalan tar sehingga kegigi sungai . Tak perlu 4x4 untuk kesini . Mercedes S siries pun boleh sampai dan boleh landing digigi sungai.