Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 29 Oktober 2011

Dia Datang ... dengan Lengang Lengoknya

Dia datang lagi ..... 4 tahun lepas dia datang .... kali ini dia datang lagi ..... kali ini khabar angin mengatakan ada 5000 keping  . Khabar angin juga mengatakan harga setiap keping adalah RM2 . jadi ada RM10,000.00 . wow senang beetul buat duit . Tak kisah kalau 5000 itu untuk 5000 ribu tapi 5000 itu hanya untuk 150 sahaja dengar khabar nya . apa kriteria untuk memilih 150 itu ? Adakah sama seperti sebelum ini . Adakah bini tok empat , anak tok ampat , kawan adun, sedara mara adun , ketua kerani , cikgu duduk kuantan , pegawai duduk kuala lumpur akan dipilih juga lagi .

Kali ini dengar kabarnya 150 itu di durian hijau dan rumpun makmur . orang rumpun makmur dah marah-marah . orang durian hijau dah marah-marah . kalau orang rumpun makmur dan durian hijau tak termasuk dalam 150 itu pasti orang sana akan mengamuk sakan kali ini .

Dulu orang durian hijau dah melepas kali ini kalau melepas lagi tak tahu lah ...... orang durian hijau sakit hati kat org yang dapat dua kali title datuk sebab mereka kata dulu tempat itu mereka telah usahakan tiba-tiba org yang dapat title datuk dua kali tu sapu hak mereka .... kemana mereka nak lari kata orang durian hijau .... dibelakang  kena himpit dengan felda didepan kena himpit dengan sungai pahang .... ada yang sekangkang kera kena kebas dengan org diruluq .... akhirnya orang durian hijau nanti bercucuk tanam ditebing sungai pahang nampak gayanya .... silap2 kena humban kedalam sungai pahang mereka nanti ..... tapi kalau orang durian hijau mengamuk nanti silap2 yang nak rampas tempat mereka tu kena humpan dulu ke sungai pahang biar hanyut sampai ke pekan .... orang macam tu memang serasi sangat duduk di pekan gamaknyalah ...

Akhir tahun lepas ke awal tahun ini dengar cerita berebut juga orang pulau tawar dengan orang jerantut dengan borang tapak rumah dekat bukit rang tapi sampai kini tak tahu cerita ..... agarnya bila dah bubar tesok naik baliklah cerita ni .....

Begitulah rakyat asyik kena tipu jer .... edar borang lepas tu gertak !!!  sekali dua buat begitu boleh lah .... masuk kali ketiga terjun kairlah deme .

Rabu, 26 Oktober 2011

Laporan Audit Jerantut dan Pahang

Laman-laman blog memperkatakan tentang laporan audit 2010 . TV juga memperkatakan tentang laporan Audit 2010 . TV3  memulakan Buletin Utama semalam dengan Laporan Audit  2010 dengan rumusan seperti berikut :

1. Kutipan Hasil Kerajaan Selangor susut 10% .
2. Kerajaan Kelantan di ditegur supaya berbelanja lebih berhemah
3. Kerajaan Pulau Pinang di tegur supaya memperkemaskan proses pemberian dan pemilihan pemilik rumah kos rendah .

parlimen81 juga memulakan proses mengulas Laporan Audit semalam (klik sini) dengan mengaitkan Laporan Audit Lebuhraya Senai-Desaru dengan Projek Jalan Kampung Tuit ke Kampung Pagi di Ulu Tembeling supaya dibuat dengan spesifikasi yang sebagaimana dalam Approved Detail Design dan juga merayu supaya para technician dan jurutera JKR serta para residen engineer yang bertanggung jawab memantau projek tersebut bagi pihak kerajaan memastikan kontraktor bertanggunjawab mematuhi spesifikasi supaya projek tersebut tidak menjadi seperti jalan Temerloh-Jerantut , Jerantut-Jengka atau seperti jalan Bentong-Raub yang beralun-alun sekarang ini.

Secara direct perkara yang banyak diperbincangkan didalam Laporan Audit 2010 megenai Jerantut ialah berkaitan dengan Jabatan Bekalan Air Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut  . JBA ditegur kerana kesilapan dalam pemberian elaun kepada beberapa kakitangannya dan ada beberapa kakitangan yang tidak datang bertugas tidak diambil tindakan . Harapan p81 kepada kakitangan JBA supaya mengambil tindakan positif hasil teguran dari Audit Negara itu supaya prestasi pembekalan air di sekitar Jerantut ini kurang tergangu terutama semasa musim2 perayaan dan cuti sekolah dan kenduri kendara . Sementara itu Majlis Daerah ditegur supaya lebih peka kepada masalah sekitar seperti sampah dikutip , papan tanda tidak di baiki dll lagi .

Berikut ini pula ialah rumusan oleh Ketua Audit Negara bagi 4 Negeri dimulai dengan negeri TV3 ulas iaitu Selangor , Kelantan dan Pulau Pinag dan kemudian Negeri Pahang .

Rumusan dan Syor Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor


Rumusan dan Syor Ketua Audit Negara bagi Negeri Pulau Pinang



 Rumusan dan Syor Ketua Audit Negara bagi Negeri Kelantan


Rumusan dan Syor Ketua Audit Negara bagi Negeri Pahang

Selasa, 25 Oktober 2011

Laporan Juru Audit : Jalan Raya Tuit - Kampung Pagi Gagal Ujian Jalan ?

NONE
Bila agaknya Jalan dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi nak siap ? Harapan kami agar jalan itu siap mengikut jadual yang telah dirancangkan . Dan harapan kami juga agar kualiti jalan tersebut adalah tip top dan dibuat mengikut spesifikasi dan Approved Detail Design . Jangan ada cubaan untuk menipu untuk mendapat keuntungan yang lebih . Para technician dan jurutera yang memantau projek jalan ini perlu bebas dari rasuah . Periksa dan test2 betul2 setiap inci jalan tersebut . Pastikan kerja tanah yang berkualiti dan dicompact dengan kemas dan ditar dengan ketebalan yang betul .Memandangkan jalan raya ini dikhabarkan diaward kepada sebuah syarikat bumiputera ternama di Jerantut ini maka syarikat tersebut perlu membuktikan bahawa syarikat itu benar2 berwibawa untuk membina jalan tersebut mengikut spesifikasi . Jangan pula di alibabakan 100% projek tersebut . Jangan nanti dalam Laporan Jabatan Audit negara tahun 2012 atau 2013 didapati laporan auditnya adalah seperti laporan dibawah ini .

Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

“Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya kurang memuaskan.

“Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm,” petik laporan itu.

Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijanlankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.

“Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka kepada pengguna.”

Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.

Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina ‘pelindung sungai’ atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai.

“Bagaimanapun, pihak Audit mendapati river protection di tebing jambatan lima sungai tersebut masih belum dibina. Keadaan tebing jambatan yang belum dibina river protection adalah di Sungai Layau dan Sungai Papan.

“Reventment Protection perlu dibina bagi mengelakkan hakisan tanah di kawasan yang telah ditentukan di sepanjang lebuh raya. Pihak Audit mendapati syarikat konsesi belum membina reventment protection di kedua-dua arah lebuh raya,” kata laporan itu lagi.

Takziah - Anak Tun Khalil Yaakob meninggal dunia

Anak Tun Khalil Yaakob meninggal dunia

Anak kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Mohammad Raznam, 46, meninggal dunia pagi ini.Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Shahbandar, Pekan.

Isnin, 24 Oktober 2011

Tahniah Dato' Karam

Tahniah Dato' Karam . Dato' Karam yang terkenal di TV3 dalam mengenegahkan dan menyelongkar isu-isu berkaitan dengan alam sekitar ini banyak berjasa kepada negeri Pahang kerana telah mempertahankan pembinaan Loji Lynas . Dalam usaha mempertahankan Lynas ini Dato'Karam telah ke Australia bagi membuktikan bahawa Lynas tidak merbahaya kepada alam sekitar .

Tahniah lagi sekali kepada Dato'Karam . Dan tahniah juga kepada Dato'Dato' Wan Amizan kerana mendapat anugerah Dato' untuk kali kedua kerana jasanya yang amat besar kepada masyarakat DUN Tahan dan Jerantut . Rasanya dengan anugerah Dato' terkini yang diterima oleh Wan Amizan ini maka beliau adalah Dato' yang paling kanan sekali dalam ramai-ramai Dato' (selain Tengku Lan) yang ada di Jerantut ini .

Maka selayaknya Dato'Dato yang lain memberi laluan kepada Dato' Wan Amizan jika beliau berhasrat untuk mengantikan Tengku Lan nanti jika Tengku Lan tidak lagi berminat untuk bertanding di Parlimen.

Pilihan Extreme Untuk Jerantut


Salam Orang Jerantut .

Semua orang jerantut cuba fikir-fikirkan . Kalau setakat ahli parlimen jerantut dapat jawatan timbalan menteri ... baik tak yah ...ahli parlimen atau adun dari jerantut perlu jadi MB atau Menteri penuh baru orang jerantut boleh dapat tempiasnya ...nak harapkan ahli parlimen jerantut dari UMNO jadi PM tak nampak gayenye . Kalau tak lebih baik orang jerantut pilih calon PAS .... rasanya kalau calon pas yang menang lebih banyak pembangunan yang datuk najib akan bagi kat jerantut .... tak caya cubalah .... sebabnya dah berapa orang adun kita jadi exco dah berapa ahli parlimen kita jadi timbalan menteri tapi habuk pun tarak . Dulu masa Dato Sharif Ahmad jadi Menteri Pertanian Penuh dalam tahun akhir tahun 70-an dulu, walaupun dia orang luar tapi banyak juga peruntukan pembangunan  dalam bidang pertanian mengalir ke Jerantut.

Dulu bila arwah YB Malek dari PAS jadi ADUN Tahan berduyun-duyun peruntukan sampai ke DUN Tahan . Memang arwah takde duit nak peruntukan ke DUN Tahan tapi disebabkan dialah banyak infrasturktur di bina di DUN Tahan samaada semasa atau selepas UMNO kembali merampas DUN Tahan dari PAS . 

Dulu masa arwah Cikgu Bakar dari S46 jadi ADUN Pulau Tawar . bermacam peruntukan DUN Pulau Tawar dapat . UMNO lah yang paling beruntung sebab kerana Cikgu Bakar maka org UMNO boleh jadi YB kat Pulau Tawar sampai sekarang. Sebab itu orang UMNO kena bagi peluang Zurkarmi jadi calon UMNO utk dun pulau Tawar PRU13 nanti bagi mengenang jasa ayahnya mengembalikan kerusi DUN Pulau Tawar dari MCA.

Cuba tanya Ku Lan secara ikhlas sebab apa dia tolak jadi timbalan menteri ari tu . Jadi Jerantut hanya perlukan 3  option sahaja untuk pilihanraya akan datang :

1. Ahli Parlimen UMNO Jerantut perlu jadi Menteri Penuh atau 
2. ADUN UMNO dari Jerantut perlu jadi Menteri Besar atau
3. Ahli Parlimen Jerantut mesti dari Parti Pembangkang PAS .

Hanya ini sahaja 3 option extreme yg pada pendapat p81 yang boleh mempercepatkan kemajuan jerantut.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Surat Belia Pulau Tawar Untuk Dr Shukri dan Tengku Lan

Hari ini p81 rasa terharu juga bila baca satu blog di Jerantut ini . Rasanya blog ini bukan blog politik cuma blog kampung biasa sahaja . p81 pun ada linkkan blog ini dalam blog p81 sebab banyak sejarah kampung tersebut dipaparkan dalam blog tersebut . p81 suka baca blog itu sebab banyak artikel-artikel dan dokumen sejarah bermula dari akhir tahun 1800an dulu dipaparkan . Dulu p81 hanya dengar kisah Wan Ali tapi diblog tersebut ada gambar Wan Ali  , barulah p81 kenal wajah Wan Ali . Dulu p81 dengar kampung tersebut memang popular di Pahang tapi bila membaca dokumen dalam blog tersebut memang sememangnya dulu kampung tersebut sangat maju bukan seperti hari ini . Dulu masa zaman British dan zaman Tun Razak memang mendapat perhatian khusus . Banyak projek-projek besar dibuat di kampung tersebut . Blog tersebut juga ada dokumen dalam bentuk keratan surat khabar lama tentang kisah Mat Kilau ketika Mat Kilau melawan penjajah dan juga ketika Mat Kilau kembali semula ke kampung tersebut . Jadi p81 kategorikan blog ini sebagai bukan blog politik cuma blog kampung memaparkan aktiviti kampung dan sejarah kampung tersebut . Cuma ada satu posting terbaru dalam blog ini yang p81 merasakan ada seperti rintihan dari belia kampung tersebut untuk tatapan dan tindakan dari wakil rakyat mereka . Dibawah ini p81 copy pastekan posting tersebut secara penuh :

Surat Belia Pulau Tawar Untuk Dr Shukri dan Tengku Lan 

Kepada

Doktor SHUKRI  dan Tengku LAN
Wakil Kome Kat DUN dan Parlimen


TARIKH : 21 HARIBULAN SEPULUH 2011

PERKARA : KOME NAK PADANG BOLA
YB Semua Yang Dikasihi


Tujuan kome tulis surat nie sebab kome nak mintak deme tolong cakap kat kerajaan negeri dengan kerajaan pusat supaya adjustkan peruntukkan untuk baiki padang kat kampong kome nie. Padang yang kome ande tu dah hancur lebur  . Baler beto babi hutan kat kampung kome tu , bergerutu padang de sodoknye  , tak geti bahase dihalau nyer datang balik , dah naik hutan dah padang kat sebelah Pusat Khidmat Dun Pulau Tawao tu. Jadi kome nie xde tempat nk maen bola . Itu la kome selalu wat muka xmalu maen kat padang Sekolah Perian tu.

2.    Bagi pihak deme yang nak taw..team kampong kome (PUTA FC) memang dikenali ramai kat Jerantut nie. Terkenal sebab kome pandai main bola dan sebab kuat bergaduh ye juge . Jadi untuk meningkatkan kemahiran kome dalam skill maen bola nie kome nak mintak jasa baik deme berdua la untuk adjustkan  permintaan belia kampung kome nie untuk  baiki atau buat padang baru kat kampong kome. Sebenarny belia kome ni berbakat besar dalam bola ni . Ramai dah jadi pemain negeri.

3.     Sebenarnya dah byk kali dah kome hantar surat rasmi tapi polong beto tak pernah kena layan . Matnyer deme ni yek . Sebagai belia yang bertanggungjawab kome nie rasa terpanggil untuk buat permohonan  terakhir ini  . Kalau tak layan juge , jem kome ni sebab kerayan dah kome ni asyik menjam dan bersapih padang dengan budak sekolah rendah  . Gone kome nak pergi global macam ni berlatih padang budak , berlawan padang besar , kena titik jer la kome .

Gini lah YB , kome mintok la jasa baik deme untuk betul2 adjustkan permohonan kome nie. Tapi jangan deme adjust ke deme dahlah padang lame tu .

Yang benar.

t.t
(Wakil Belia Muda Pulao Tawao)
 ... belia tua ramai ngat kat Pulao Tawao tu tapi kome ni memang belia muda 

posting asal  klik sini  . p81 harap kepada YB2 yang baca atau pembantu beliau yang baca atau hatta pegawai kerajaan yang baca  posting ini tolonglah bantu mereka . Persatuan Bolasepak Jerantut pun mungkin boleh tolong-tolong tengokkan masalah mereka ini . Bahasa kampung yang mereka gunakan itu memang nampak kasar sikit tapi menurut kawan p81 yang berasal dari kampung tersebut , itu memang bahasa biasa dituturkan oleh mereka seharian . Jadi janganlah ambil hati sangat jika rasa bahasa itu kasar . Bantulah mereka .

Selasa, 18 Oktober 2011

Peneroka dan Kakitangan Felda Perlu Pertahankan Hak Mereka dalam KPF

Salam semua warga Jerantut .

Kali ini nak ulas sikit pasal KPF dan isu perlantikan ISA Samad sebagai Pengerusi KPF. Saya tak tahu butir-butir detail apa sebenarnya permasalahan dalam isu perlantikan ISA Samad sebagai pengerusi Felda yang heboh diperkatakan oleh pihak pembangkang tapi secara general yang saya faham ialah depa ulas isu ini ialah kenapa ISA Samad boleh dilantik sebagai pengerusi KPF . Memandangkan di Jerantut ini ramai peneroka dan kaitangan Felda maka disini saya petik sedikit undang-undang kecil KPF untuk tatapan warga Felda di Jerantut . ( UKK KPF )

Bahagian 4
Undang-undang Kecil
 
KEANGGOTAAN
1.
Anggota-anggota  Koperasi  ini  terdiri daripada  sekelian   mereka   yang turut sama dalam permohonan untuk  mendaftarkan Koperasi ini dan  mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut Peraturan dan  Undang-undang kecil ini dari semasa ke semasa.
 
   
   
2.
(1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada entiti-entiti berikut:-
 
 
a.
Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik.
b.
Koperasi-koperasi peneroka Felda.
c.
Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik.
d.
Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi anggota Koperasi sebelum bersara.
e.
Koperasi-koperasi kakitangan Felda.



Bahagian 5

Undang-undang Kecil

ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI



11.
a.
(1) Pengelolaan hal-ehwal  Koperasi  ini   menurut perenggan 42(a) Akta, hendaklah  terserah  kepada  satu Lembaga yang mengandungi dua belas orang yang  terdiri  daripada   perwakilan-perwakilan yang dipilih oleh mesyuarat agung perwakilan menurut perenggan (d) fasal (1) Undang-undang kecil 32 dan Undang-undang kecil 36
  
b.
(2) Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Koperasi hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang dicalon oleh Felda.



12.
(1) Seseorang perwakilan tidak layak untuk dipilih menjadi anggota Lembaga, menurut seksyen 43 Akta, jika dia:
 
 
a.
Telah disabitkan  atas  suatu  kesalahan  di  bawah  Akta; atau
b.
Telah dipecat sebagai pekerja sesuatu koperasi berdaftar; atau
c.
Telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Audit Dalaman  bagi Koperasi ini; atau
d.
Ada kepentingan diri dalam mana-mana aktiviti yang diusahakan oleh Koperasi ini; atau
e.
Selepas dua tahun Koperasi didaftarkan , belum genap tempoh dua tahun  menjadi anggota Koperasi ini.


Kalau saya taksirkan UKK diatas itu (betulkan saya jika saya salah taksir) :
1. kuasa melantik Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari KPF ialah ditangan FELDA dan tidak semestinya dari kalangan Anggota Lembaga Koperasi yang dilantik oleh Mesyuarat Agong Perwakilan tapi mestilah dari kalangan anggota KPF .

2. Pengerusi mestilahlah dari kalangan peneroka dan ahli keluarganya , kakitangan felda dan ahli keluarganya  serta wakil yang dilantik oleh koperasi yang mengangotai KPF.

Jadi taksiran saya mudah jika ISA Samad termasuk dalam mana-mana kategori seperti diatas maka beliau sememangnya layak dan pihak pembangkang hanya membuang masa mempertikaikan perlantikan beliau dan peneroka perlulah mempertahankan tindakan KPF melantik ISA Samad sebagi pengerusi mereka dan

jika beliau tidak termasuk dalam kategori tersebut maka semua anggota KPF dari kalangan peneroka felda dan kakitangan felda di Jerantut ini perlulah mempertahankan hak mereka sebagai anggota KPF dari campurtangan orang luar KPF.

Isnin, 10 Oktober 2011

Mohd Zukarmi Abu Bakar Calon UMNO Potensi Dun Pulau Tawar

Mohd Zukarmi Abu Bakar Sedang Memikirkan Strategi 

Anak Mantan ADUN Semangat 46 DUN Pualu Tawar  ini telah dilantik sebagai Setiausaha Bahagian UMNO Jerantut yang baru . Strategi politik Zukarmi seperti dipermudahkan . Ini adalah calon berpotensi untuk mengalas tugas sebagi calon DUN Pulau Tawar . 

Melepas lagilah DO Bera dan Enchu Nazari nampak gayanya .


Bodo Punya Olang

.... menteri mana punya kerja ni .... baru 4 hari bentang budget dah tarik balik ....

Dibawah ini adalah petikan ucapan PM Najib yang ingin mengkaji elaun ahli parlimen . 


Sebenarnya berapa gaji ahli parlimen ini . Menurut blog wzwh gaji ahli parli adalah seperti berikut :

Berapa gaji ahli parlimen Malaysia? 
Gaji hakiki           : RM6508.59
Elaun Pemandu   : RM1200

Sejak Bil Gaji ahli parlimen di Aktakan pada tahun 1980, gaji ahli parlimen telah disemak pada tahun 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005. Selepas tahun 2005 tidak ada kenaikan gaji ahli parlimen.

Jika dibandingkan dengan gaji ahli parlimen negara jiran sebulan:
  • Singapura- RM33,589
  • Indonesia- RM18,112
  • Thailand-   RM12,539


Nyatalah gaji ahli parlimen Malaysia antara yang terendah sekali.



Pada hari Jumaat lalu p81 telah mengulas mengenai elaun parlimen ini dalam tajuk 1OONE-OFF BUDGET (baca sini)

Dan ini pula adalah kenyataan Menteri Nazri Aziz yang menarik balik untuk mengkaji elaun ahli parlimen.

Takkanlah sebab ada beberapa ahli parlimen dari parti pembangkang bagi ulasan mengenai kenaikan elaun ahli parlimen maka terus dibatalkan kajian ...... adakah budget yang baru di bentangkan oleh PM Najib baru empat hari lalu budget olok2 .... budget main2 ... boleh suka2 bentang kemudian tarik balik sebelum dibahaskan diparlimen .....bodo punya olang .....

Seperti yang telah ditekankan oleh p81 dalam postin 1ONE-OFF Budget .... ahli parlimen dan adun perlukan kemudahan seperti berikut untuk melancarkan tugas mereka . Semua ahli parlimen kena dapat kemudahan ini .

1.  Elaun sewa permis Pusat Khidmat min RM2000/bulan
2. Elaun Pegawai Pusat Khidmat RM2000/bulan
4. 1one-off renovasi dan kelengkapan Pusat Khidmat RM50,000

Ahad, 9 Oktober 2011

PAS Jerantut Makin Parah

PAS Jerantut makin parah . risikan oleh parlimen81 menunjukan 80% cawangan PAS di Jerantut tidak berfungsi . Hanya 3% sahaja yang masih bermesyuarat secara tetap setiap minggu . Cawangan lain hancur . Cawangan di Felda langsung tidak berfungsi . Ada cawangan yang tidak diketahui siapa ajknya . Ada cawangan langsung tiada berduit didalam akaun bank .

Memang PAS Jerantut makin parah . PAS cawangan langsung tidak bersedia untuk berhadapaan dengan pilihanraya yang bila2 masa sahaja akan diumumkan oleh PM Najib .

Ada sumber-sumber risikan bahawa terdapat beberapa cawangan di Felda dalam proses untuk dibubarkan dan kesemua ahli-ahli PAS di situ akan mengistiharkan untuk masuk UMNO dalam masa terdekat ini .

Ini menunjukan bahawa PAS Jerantut makin parah .

Dalam keadaaan PAS dijangka mudah menewaskan UMNO dalam PRU13 nanti sesuatu yang tidak dijangka oleh UMNO telah berlaku dalam PAS yang memudahkan untuk UMNO meneruskan tradisi menang di Parlimen Jerantut .

Sabtu, 8 Oktober 2011

1ONE-OFF BUDGET

Salam semua warga Jerantut . Hari ini kita telah di sajikan dengan 1ONE-OFF BUDGET .

Antara 1ONE-OFF BUDGET adalah seperti berikut :

1. 1ONE-OFF UNTUK BEKAS KAKITANGAN KEMAS DAN JASA - RM3000
2. 1ONE-OFF UNTUK BEKAS TENTERA DAN BALU BEKAS TENTERA - RM3000
3. 1ONE-OFF UNTUK ISI RUMAH KURANG RM3000 - RM500
4. 1ONE-OFF UNTUK BANTUAN PERSEKOLAHAN - RM100

parlimen81 berpuas hati dengan budget yang dibentangkan pada kali ini . Budget seperti ini akan muncul setiap 4-5 tahun sekali .

Tapi parlimen81 tertarik juga kerana budget ada menyentuh mengenai elaun ahli parlimen dikaji untuk dinaikkan . Parlimen81 sokong tapi budget tersebut mestilah menyentuh mengenai kemudahan untuk ahli parlimen . Sepatutnya setiap ahli parlimen mesti di beri kemudahan seperti berikut (jika belum ada )

1. Elaun Sewa Pejabat + Broadband + Elektrik + Air - RM2000 sebulan
2. Elaun Renovasi Pejabat + Kelengkapan Pejabat  RM50,000 1ONE-OFF setiap penggal
3. Elaun Kakitangan Pejabat Ahli Parlimen - RM2000 sebulan

Khamis, 6 Oktober 2011

Belanjawan Pakatan Rakyat vs Belanjawan Barisan Nasional

Mari sini tuan tuan dan puan-puan . Ini adalah Budget pilihanraya bagi kedua -dua pihak yang berjaya memenangi pilihanraya PRU13 nanti . Jika Pakatan menang inilah budget yang mereka akan bentangkan semula di parlimen dan jika Barisan menang budget yang akan dibentangkan esok akan diguna pakai untuk tahun 2012 nanti .

Belanjawan Kerajaan Pakatan Rakyat 2012
Muat Turun Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim – Belanjawan Pakatan 2012
Muat Turun Ringkasan Belanjawan Pakatan 2012
Download English Summary Pakatan Budget 2012

Buku Jingga
Muat Turun Buku Jingga (Versi PDF)
Download Abridged Orange Book (PDF Version)



Belanjawan Kerajaan Barisan Nasional 2012
Muat Turun Ucapan Datuk Seri Najib Razak – Belanjawan Barisan 2012 (akan diupdate esok)
Muat Turun Ringkasan Belanjawan Barisan 2012 (akan diupdate esok)
Download English Summary Barisan Budget 2012 (akan diupdate esok)